BAB 3

8.5K 242 2
                                    

Roy memotong bahan makanan sambil aku memeluk erat leher suamiku dan kakiku mengepit pada pinggang suamiku. Aku tidak tahu mengapa aku terasa sangat selesa pada posisi sebegini sambil merasai degupan jantungnya. Sementara Roy sedang sibuk memotong di belakangku, aku pula hanya memandang di sekeliling dapur dengan dekorasi yang sangat cantik.

Pakk...

Aku agak terkejut dengan tindakan suamiku yang menampar punggungku dengan kuat. Aku segera menoleh ke arah belakang.

"Sayang ni mengelamun eh? Sedap sangat ke dapat peluk abang?" Soalnya.

"Lagipun Luna mana ada buat apa-apa? Jadi kerja Luna termenung jelah. Kalau Luna nak tolong abang boleh tak?" Kataku dengan nada ceria.

"Luna kena ingat yang abang sesekali takkan benarkan sayang pegang benda tajam lagi-lagi benda tu pisau. Sayang masih ingatkan waktu tangan sayang cedera luka terkena hirisan pisau. Abang masa tu sangat risaukan sayang sebab takut kalau ada apa-apa terjadi dekat sayang. Sekarang ni biar abang aje yang handle makan minum sayang. Abang taknak Luna buat kerja kat dapur lagi." Ujarnya.

"Abang tak penat ke hari-hari masakkan untuk Luna. Luna pun nak asah bakat Luna dalam dunia masakkan. Nanti Luna bolehlah masak makanan special untuk abang." Ujarku.

"Abang tak kisah kalau tak dapat masakkan special dari sayang sebab bagi abang sayang dah cukup special bagi abang." Katanya lalu mencuit hidungku perlahan. Aku mengungkirkan senyuman apabila mendengar kata-katanya itu.

"Luna dah macam queen pula kat rumah ni. Asyik abang je yang buat kerja untuk Luna. Siapa isteri siapa suami ni?" Kataku cuba mengusik suamiku.

"You deserve to be queen in here honey. Kerja sayang hanya membalas cinta abang dan teman abang sehingga ke akhir hayat kita." Katanya.

"Abang nak keropok boleh tak?" Kataku kerana dari tadi aku menunggu makanan kegemaranku. Dia mencuit hidungku sekali lagi dan membawaku ke arah rak yang berisi snek. Dia segera memberiku 2 bungkus keropok jagung kepadaku.

"Wah ada dua!! Terima kasih abang!" Ujarku lalu mencium pipi suamiku dengan teruja. Aku pun tidak tahu mengapa hanya sebungkus keropok sahaja dapat menggembirakan aku.

"Kali ni abang akan bagi dua keropok untuk sayang. Lepasni jangan minta lagi sebab makanan ringan macamni tak baik untuk kesihatan sayang. They are a lot of fat." Katanya sambil menasihatkan aku. Aku sekadar menganggukkan kepala dan menikmati keropok yang sedia ada kepadaku.

 Aku sekadar menganggukkan kepala dan menikmati keropok yang sedia ada kepadaku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yeah! Kita nak pergi jalan-jalan dekat mana abang?" Ujarku dengan nada ceria. Ini adalah kali pertama aku dibawa keluar oleh suamiku. Semenjak ini aku sering terperap di dalam rumah dan tidak berpeluang untuk melihat dunia luar. Nak keluar dari bilik pun tak dapat apetah lagi nak jejak kat luar rumah.

Roy tersenyum melihat isterinya yang berasa sangat teruja itu. Dia segera melabuhkan ciuman pada pipi tembam isterinya itu.

"Sayang seronok tak dapat jalan-jalan kat luar?" Soalnya.

"Seronok!! Dapat tengok bangunan cantik lepastu dapat beli baju baru." Ujar isterinya seperti keanak-anakkan. Roy hanya mengungkirkan senyuman kerana sikap inilah yang membuatkan Roy semakin jatuh cinta pada isterinya.

Setelah mereka tiba di destinasi, Roy segera memberhentikan keretanya di tempat parking. Kali ini mereka berada di GROCERY MALL untuk membeli barang. Roy segera membukakan pintu untuk isterinya dan mencempung badan isterinya seperti biasa. Dia takut sekiranya isterinya cuba melarikan diri darinya oleh sebab itu dia akan sentiasa berpaut pada isterinya sebagai langkah berjaga-jaga.

Luna hanya mengendahkan sahaja tindakan suaminya kerana dia tahu suaminya enggan melepaskannya. Dia juga agak malu kerana ramai orang memandang ke arahnya yang sedang dicempung oleh suaminya seperti kebudak-budakkan walaupun kakinya kelihatan elok sahaja. Dia terpaksa menyembunyikan wajahnya pada jaket suaminya untuk menutup malu.

Apabila mereka tiba di kawasan tempat letak troli, Roy mengambil troli tersebut dan mendudukkan isterinya di dalam troli tersebut.

"Abang kenapa suruh Luna duduk dalam ni? Luna malulah." Ujarku menahan rasa malu akibat ramai orang memang pelik ke arah mereka.

"Luna duduk saja dalam tu abaikan orang kat sekeliling. You should follow my rule and no any objection." Katanya dengan tegas. Luna hanya mampu menutup wajahnya sambil duduk dalam keadaan mencangkung. Dia juga ada melihat orang sekeliling yang sedang membisikan sesuatu seolah-olah sedang mengata dirinya. Roy dengan slamber sahaja mengambil bahan masakkan tanpa memperdulikan orang di sekelilingnya. Dia menganggap orang di sekelilingnya seperti batu yang tidak bergerak.

Luna melihat suaminya sedang ralit memilih buah-buahan di tempat penyimpanan buah-buahan. Sekilas itu dia terpandang rak yang dipenuhi aneka coklat membuatkan dia menahan air liurnya.

"Abang nak tu." Luna menunding jari ke arah coklat tersebut.

"Chocholate is not good for your health and this fruit will gain you some vitamin c. Better you eat this than you choose that." Kata Roy sambil memilih buah-buahan.

Luna menahan air matanya akibat keinginannya tidak kesampaian. Kalau dia tidak terperangkap dalam troli, sudah pasti dia akan berlari ke arah coklat tersebut dan membelinya secara senyap-senyap. Roy yang melihat isterinya sedang berwajah murung segera melepaskan keluhan perlahan. Dia pergi ke arah coklat tersebut dan mengambil sebungkus lalu diletakkan di dalam troli tersebut. Luna agak terkejut kerana coklat itu betul-betul di hadapannya sekarang.

"Terima kasih abang!!" Ujar Luna dengan nada teruja.

"Kali ni je abang belikan coklat untuk sayang. Lepastu no more coklat. Understand?" Kata suaminya itu lalu Luna mengangguk perlahan.

Selepas itu mereka pergi ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran. Cashier itu agak terkejut apabila melihat seorang perempuan di dalam troli itu. Dia memandang ke arah jejaka itu dengan terkebil-kebil.

"Encik, setahu saya, kami mana ada jual mana-mana perempuan kat tempat ni. Mana encik ambil perempuan ni?" Soal cashier itu seolah-olah membuat lawak bodoh.

Roy memandang tajam ke arah cashier lelaki tersebut membuatkan cashier itu tersentak. Dia segera mengeluarkan pistol dari seluarnya dan mengacukan pada kepala cashier tersebut. Orang lain di sekeliling terus menjauhi dari mereka akibat ketakutan. Luna juga terkejut dengan tindakan drastik suaminya itu.

"Better kau buat kerja kau sebelum benda ni timbus dekat kepala kau." Ujar Roy dengan nada ketakutan.

"Ba...baik encik." Kata cashier itu sambil menggigil ketakutan. Siapa sangka lelaki yang dianggap gila pada mulanya kerana meletakkan seorang perempuan di dalam troli sejurus itu berubah menjadi seorang yang ditakuti oleh orang ramai.

Selepas itu, Roy segera membawa isterinya bersama barang yang dibelinya pergi daripada orang yang dianggap sampah baginya.

HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)Where stories live. Discover now