BAB 21

5K 149 7
                                    

"Ingat, jangan nak merayau pergi mana-mana duduk je dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ingat, jangan nak merayau pergi mana-mana duduk je dalam rumah. Kalau abang tangkap sayang cuba untuk keluar dari rumah ni siaplah nanti." Ujar Roy dengan memberi arahan kepada isterinya sebelum beredar untuk ke tempat kerja.

"Ok abang..." Ujar Luna dengan bersahaja.

Setelah itu, Roy memberi ciuman pada kedua belah kanan dan kiri pipi isterinya dan kemudiannya pada dahinya. Akhir sekali Roy memberi ciuman lama pada bibir isterinya.

Luna hanya melihat sahaja pemergian suaminya yang baru sahaja keluar menaiki keretanya. Luna melihat sekelilingnya agar kawasan rumahnya adalah clear dan tidak dikawal oleh pengawal Roy. Luna menuju ke arah pintu ruangan bawah tanah dengan penuh berhati-hati. Kunci yang didapati olehnya adalah hasil daripada sewaktu dia mencuri ambil ketika Roy sedang mandi. Dia menuju membuka pintu tersebut dan terlihat tangga yang sedang menuju ke arah bawah.

Dia menuruni tangga itu dengan penuh berhati-hati agar tidak membuat sebarang bunyi. Dia berasa lega kerana kawasan tersebut tidak dikawal tegas oleh pengawal rumahnya. Kemudian, dia terdengar suara tangisan dari salah satu pintu bilik besi tersebut. Hatinya terdetik untuk membuka pintu tersebut. Dia kemudiannya membuka pintu tersebut menggunakan klip rambut  yang sudah sedia di tangannya. Akhirnya pintu tersebut berjaya dibuka.

Luna membuka pintu tersebut dengan perlahan dan terkejut melihat ibunya yang kelihatan dengan keadaan yang tidak bermaya dan tangannya diikat menggunakan besi yang tajam. Rambutnya serabai bersama badannya yang separuh bogel menampakkan banyak kesan lebam. Belum sempat Luna mendekati ibunya tiba-tiba sahaja ada serigala yang dinamakan Carlos cuba menerkam Luna. Luna sempat lagi menggelaknya.

Apa yang menghairankan. Serigala tersebut hanya memberi renungan tajam dan tidak ada tanda untuk menyerangnya. Luna masih teringat dimana Roy pernah berkata bahawa binatang buas ini tidak akan sesekali memyerang isterinya atas arahan daripada tuannya. Luna memberi isyarat kepada serigala tersebut untuk keluar dari bilik tersebut dan akhirnya serigala tersebut akur dan beredar dari tempat itu. Luna melepaskan rasa lega.

Luna segera berlari ke arah ibunya dan mengangkat badan ibunya.

"Ibu..ibu..ni Luna...ibu bangunlah." Ujar Luna yang hampir menitiskan air matanya apabila melihat keadaan ibunya. Akhirnya ibunya sedar dan melihat ke arah anaknya dengan pergerakkan yang lemah. Luna segera memeluk ibunya.

"Ibu..akhirnya Ibu sedar juga. Ibu tau tak betapa rindunya Luna bila dah sekian lama kita jarang berjumpa. Apa yang dah jadi sebenarnya? Macamana ibu boleh ada dekat sini? Kenapa Roy culik ibu dan seksa ibu kat sini?" Soal Luna bertalu-talu.

"Lu..luna. Luna kena berhati-hati selepas ni. Roy tu bukan manusia yang kita sangkakan. Dia adalah iblis yang paling bahaya dalam bumi ni. Kalau ibu tahu dia adalah orang yang macamni. Awal-awal lagi ibu akan tolak dia dan tidak akan merestui hubungan kamu berdua. Ibu minta maaf kerana sudah menghancurkan masa depan kamu Luna..tsk..tsk.." Ujar ibunya sambil menangis perlahan.

"Ibu..tidak mengapa kalau semua ni dah terjadi. Macamana lagi kita boleh undurkan keadaan lagi-lagi dia dah jadi suami sah Luna. Boleh ibu bagi tau macamana ibu boleh kena tangkap dengan Roy?" Soal Luna bersungguh-sungguh.

"Waktu tu ibu depression sangat bila dapat tau yang Roy dah bawa lari anak ibu. Ibu taknak kalau anak ibu diikat selama-lamanya dengan jantan tak guna tu. Jadi ibu buat rancangan untuk ambil semula anak ibu dan bawa pulang anak ibu ke tanah air kita semula. Ibu datang di tempat ini dan bekerjasama dengan beberapa anggota keselamatan untuk intip korang di sini. Rancangan ibu tidak berjaya kerana rupanya anggota keselamatan yang dah bekerjasama dengan ibu tu hanyalah permainan Roy dan Roy dah awal-awal beri ugutan kepada mereka dan membuat rancangan barunya untuk menangkap ibu. Akhirnya mereka bawa ibu menghadap di hadapan Roy dan mereka disuruh untuk mengunci mulut jika tidak, mereka akan dihapuskan oleh Roy dengan serta merta lagi-lagi Roy mempunyai kuasa penuh ke atas persatuan polis antarabangsa. Jadi dia boleh buat apa-apa sahaja untuk menggugut orang lain." Ujar Ibunya.

"Ibu maafkan Luna kerana Luna, ibu jadi macamni sekali. Sungguh besar pengorbanan ibu terhadap Luna..tsk..tsk.." Ujar Luna.

"Tidak mengapa. Kamu keluar dari tempat ini secepat mungkin sebab ibu takut kalau Luna ditangkap, Roy akan buat lebih teruk pada Luna." Ujar ibunya.

"Tak ibu, kita yang akan keluar dari tempat ni. Luna akan cari masa yang sesuai untuk bawa ibu keluar dari neraka ni. Luna pun dah lama benci dengan Roy. Kemesraaan semuanya itu adalah dusta kerana Luna sengaja untuk mengambil hati Roy agar Roy lebih percaya pada Luna." Ujar Luna.

"Luna dengar sini apa yang ibu cuba sampaikan pada Luna. Luna sampai bila-bila pun takkan dapat lari dari suami Luna. Ibu pun takkan selamanya boleh hidup dekat bumi ni." Ujar ibunya.

"Ibu..tsk..tsk..kenapa cakap macamtu? Luna yakin yang kita akan dapat lari dari Roy. Percaya pada Luna." Ujar Luna.

"Bukan. Luna harus percaya pada ibu yang Luna takkan dapat lari dari Roy. Ibu mungkin dapat lepaskan diri tapi bukan Luna" Ujar ibunya lagi.

"Kenapa ibu?! Apa yang ibu merepek ni kenapa pula Luna tak dapat lepaskan diri dari dia?!" Kata Luna dengan amarahnya kerana langsung tidak memahami apa yang ibunya cuba sampaikan.

"Sebab..." Belum sempat ibunya cuba menuturkan kata seterusnya. Tiba-tiba sahaja ibunya tidak sedarkan diri.

"Ibu! Ibu! Bangun jangan buat Luna macamni!!" Luna segera menggerakkan tubuh ibunya dengan kuat untuk menyedarkan ibunya semula. Dalam beberapa minit suhu badan ibunya menurun dengan mendadak. Luna dengan badan yang menggeletar meletakkan jarinya pada lubang hidung ibunya.

Tidak ada sebarang nafas.

Akhirnya Luna merangkul tubuh badan ibunya dengan kuat dan menangis meraung mahukan ibunya sedar semula. Tanpa dia sedari CCTV yang elok terpacak pada sudut tersembunyi menjadi bukti kepada Roy untuk melihat segala-galanya. Roy bermain jarinya dan tersenyum sinis melihat adegan tersebut. Sudah semestinya dia tahu yang Luna sudah lama bau akan rancangannya terhadap ibunya.

Dia juga sudah baca fikiran Luna bahawa Luna akan melanggar peraturannya dengan menuju ke kawasan larangan tersebut. Dia membuat rancangan awal-awal dengan membubuh racun pada badan Ibu Luna.

"I already warn you sweetheart. And then you deserve this kind of punishment. You totally lost your mother forever. Hi..hi..hi.."

HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)Where stories live. Discover now