Aku mengelamun berpanjangan sambil berpeluk tubuh seorang diri di dalam bilikku. Aku sendiri tidak tahu berapa lama lagi harus aku bertahan dalam rumah tanggaku. Aku teringat dimana Roy mula menunjukkan belangnya di awal perkahwinan kami.
FLASHBACK
Aku sedang ralit membaca novel di ruang tamu. Tiba-tiba sahaja aku terdengar bunyi loceng pagar rumahku yang menandakan ada seseorang hadir di hadapan pintu rumah kami. Selepas itu aku terus membuka pintu dan mendapati ada seorang posmen lelaki berada di hadapan pagar kami. Tanpa membuang masa aku terus membuka pintu pagar tersebut untuk membenarkan posmen tersebut menghantar bungkusan hantaran kepadaku.
"Ni rumah Puan Luna Casidy?" Soal posmen tersebut untuk kepastian.
"Ya sayalah Puan Luna. Jadi ni bungkusan untuk saya ke?" Soalku.
"Ya puan, sila buat tandatangan dekat sini untuk mengesahkan bungkusan tersebut." Ujar posmen itu. Aku segera menurunkan tandatangan pada surat tersebut. Tiba-tiba sahaja hujan turun tidak kena pada waktunya dan membuatkan posmen itu dibasahi oleh air hujan.
"Eh encik, masuklah dekat dalam dulu. Lagipun sekarang ni tengah hujan. Takkanlah encik nak bawa motor berhujan pulak tu." Ujarku.
"Eh takpa-takpa puan, saya tak kisah kena hujan sebenarnya lagipun saya dah biasa dah bawa motor berhujan. Maaf ya puan saya taknak susahkan puan." Ujarnya dengan sikap yang peramah.
"Jangan macamtu encik, bahaya bawa motor dekat jalan licin bukannya apa takut terjadi kemalangan nanti susah pula jadinya. Encik duduklah dekat bangku situ nanti saya siapkan air untuk encik ya." Ujarku lalu masuk ke dalam rumah untuk menyediakan air untuknya.
Posmen tersebut tidak mampu berbuat apa-apa kerana dipelawa sedemikian. Dia hanya menurut sahaja tanpa membantahnya. Ini adalah kali pertama dia dilayan sebegini oleh pelanggannya
Selepas beberapa minit, Luna membawa secawan kopi dan memberikan air tersebut kepada posmen itu.
"Terima kasih puan, susahkan puan sahaja." Ujarnya dengan nada yang segan.
"Takpa minum je sementara nak tunggu hujan ni berhenti." Ujarku.
Mereka tidak menyedari bahawa ada sebuah mata tajam merenung ke arah mereka dari bahagian tingkap tingkat atas. Luna pula sedang rancak berbual dengan posmen tersebut untuk membuang rasa kekok.
Selepas beberapa minit, hujan mula berhenti dan posmen tersebut bersiap sedia untuk beredar dari situ. Luna pula segera mengemas tempat tersebut dan melangkah masuk ke dalah rumahnya. Apabila dia sudah mencuci cawan tersebut di bahagian dapur, dia terkejut melihat suaminya berdiri statik di hadapannya sambil memegang sebatang rotan. Luna agak hairan mengapa rotan tersebut ada pada tangan suaminya.
"Abang...abang nak buat apa dengan rotan tu?" Soalku dengan teragak-agak.
"Happy? Happy menggatal dengan jantan lain?" Ujar suaminya dengan nada yang tajam. Matanya yang mula mempamerkan kemerahan terus menatap tajam isterinya itu.
"Abang jangan salah sangka sebab Luna cuma suruh dia duduk kat situ sementara nak tunggu hujan berhenti. Lagipun dia cuma bawa motor dan Luna rasa kesian lah pulak kalau biarkan dia berhujan sambil bawa motor. Luna takda niat lain pun dengan dia." Ujar Luna perlahan.
"Aku tengok bukan main lagi kau layan jantan tu siap buat air lagi lepastu gelak ketawa dengan dia. Apa kau ingat aku ni dah mati sampai kau boleh layan jantan lain ikut suka hati engkau je?! Engkau ni memang dasar betina takda maruahkan?!" Katanya lalu menunjal kepalaku dengan kasar.
"Abang percayalah pada Luna, Luna takda niat pun nak buat semua tu. Luna masih lagi sedar yang Luna dah ada suami. Lagipun Luna masih lagi ada batas seorang isteri." Ujarku.
"Apa kau ingat yang kau sakan bersembang dengan jantan lain tu bukan melampaui batas ke?! Kau sini!!! Aku nak ajar kau sikit supaya kau hormat aku lebih sebagai seorang suami!!!" Dia segera mengheret badanku ke tingkat atas dan menghempaskan badanku di atas katil. Dia juga turut mengunci pintu tersebut untuk menahan aku daripada melarikan diri.
Dia melibas badan aku sekuat-kuatnya sehinggalah badan aku berbirat disebabkan olehnya.
"Sakit abang!!! Sakit!!! Jangan pukul saya lagi abang!!" Aku segera menahan badanku daripada dilibas tetapi tidak berjaya menghalangnya kerana kekuatannya 100 kali ganda lebih daripadaku kekuatanku.
"Kau ingat aku peduli kalau kau meraung dengan aku macamana sekalipun?!! Kau tau tak hati aku sakit kalau bini aku menggatal mana-mana jantan lain!! Kau rasakan ini!!!" Dia segera menampar pipiku dengan kuat sehingga aku menangis menahan kesakitan. Roy seolah-olah dirasuki oleh syaitan. Dia langsung tidak memberikan belas kasihan kepadaku dan menikmati penderitaan yang sedang aku rasakan sekarang ini.
Dia juga turut menendang bahagian perutku sehingga badanku meliuk-liuk menahan kesakitan. Aku segera batuk akibat kesan daripada tendangannya itu. Dia mula melemparkan senyuman sinis kepadaku.
END FLASHBACK
Aku segera menyebamkan wajahku pada bantal tersebut sambil menumbuk bantal tersebut untuk melepaskan segala memori peristiwa hitamku.
"Awak jahat Roy!!! Awak kejam!!" Kataku sambil memukul bantal itu dan menangis tanpa henti. Beginilah kehidupan seharian aku yang terpaksa berhadapan dengan delima hitamku.
Roy berjalan mundar-mandir di sekelilingnya. Dia mula mencengkam kepala nya dengan kuat akibat menghadapi stress.
"Tolonglah jangan kawal minda aku lagi!! Aku taknak macamni!! Aku nak ketenangan lah bodoh!!" Ujarnya sambil memaki dirinya.
Di hadapannya sekarang terdapat dua orang lelaki yang diikat kemas sambil menggigil ketakutan melihat keadaan Roy yang agak serabut. Dia takut sekiranya Roy mengapa-apakannya.
Roy memandang tajam ke arah dua orang lelaki tersebut. Matanya yang biru itu tiba-tiba sahaja bertukar merah. Dia melihat dua orang itu seperti kerasukan. Seperti ada orang yang sedang mengawal mindanya. Dia mula mengungkirkan senyuman yang menakutkan hingga dua orang lelaki tersebut menggeletar teruk.
Roy mencapai mesin gerudi dan menatap wajah mereka. Mereka seolah-olah tahu apa yang ingin dilakukan oleh Roy. Dia mendekati ke arah mereka dan mencengkam kepala salah seorang daripada mereka dengan kuat. Mata gerudi itu didekatkan pada mata lelaki itu lalu dimasukkan kedalamnya sehingga darah memercik pada wajahnya. Sisa mata lelaki tersebut yang terkena pada wajahnya segera dilapkan. Dia mencucuk kedalam sehingga menembusi otak.
"Erghhh!!!!" Lelaki itu menjerit menahan kesakitan maksima dan akhirnya suaranya tidak kedengaran lagi. Ini membuktikan bahawa lelaki itu sudah tidak bernyawa lagi. Selepas itu, Roy memandang lelaki seorang lagi di sebelahnya yang sedang menangis ketakutan. Mungkin lepasni ajal bakal memanggilnya. Roy membuat tanda senyap dan mengukirkan senyuman ngeri untuknya.
Selepas itu, kedua-dua mayat tersebut dihumban ke sebuah tempat. Tiba-tiba muncul seekor binatang buas yang menghidu mayat tersebut lalu memakannya.
"Makanlah Carlos, I know you were hungry right?" Ujar Roy.
Sebenarnya dua orang lelaki itu pernah mempunyai niat untuk merogol isterinya sewaktu dia membawa isterinya berjalan-jalan di sekeliling luar rumahnya. Dua orang lelaki itu datang secara tiba-tiba dan mengacukan parang ke arah dia dan isterinya untuk mengugutnya supaya menyerahkan isterinya kepada mereka atas cubaan merogol. Dia tidak sebodoh itu kerana tangannya sudah tersedia dengan sepucuk pistol dan kemenangan pasti menjadi miliknya.
Siapa yang cuba membuat onar dalam kehidupannya, orang itu sudah pasti tidak boleh lari dari sangkar kematiannya.
YOU ARE READING
HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)
Romance(AMARAN: SESIAPA YANG TOXIC TU. SILA JANGAN BACA SEKIRANYA ANDA TIDAK SUKA DENGAN JALAN CERITA NI❗ JUST FOR ADVICE) Sepasang suami isteri yang sering berada dalam kecelaruan di alam perkahwinan. Suaminya iaitu ROY MENDEZ mempunyai sikap panas baran...