BAB 13

6.3K 168 4
                                    

Aku dan Roy sedang berjalan-jalan di sekitar Times Square sambil berpegang tangan. Hari ini dimana suamiku mengajakku mengisi masa lapang pada hujung minggu.

"Abang kita beli aiskrim kat sana nak tak? Nampak macam sedap je." Ujarku dengan riang.

"Sayang kena jujur dengan abang. Bila kali terakhir sayang makan aiskrim?. Abang taknak kalau sayang terlalu terdedah dengan makanan sejuk. Nanti batuk susah juga." Kata Roy

"Luna makan aiskrim kira-kira 5 hari yang lepas. Takkan abang dah lupa abang ada belikan aiskrim vanilla waktu abang balik dari kerja." Ujarku.

"Ya baru abang ingat. Baiklah kali ni abang benarkan. Tapi yang penjual aiskrim tu lelakilah sayang. Kita cari penjual perempuan jelah. Abang takut kalau mata dia asyik-asyik lekat kat sayang je." Ujar Roy berbaur cemburu.

"Apalah abang ni. Luna janji takkan pandang mata dia. Luna akan sentiasa berpaut pada tangan abang untuk menunjukkan yang kita ni sepasang suami isteri." Ujarku untuk meredakannya.

"Oklah kalau macamtu. Abang nak Luna sentiasa berpaut pada abang. Kalau boleh muka tu jangan show sangat kat orang lain. Abang nak wajah sayang yang cantik ni mesti berselindung pada jaket abang. Ingat tu.." Ujar Roy.

"Ok abang." Balasku.

Kami segera membeli aiskrim di gerai tersebut. Aku bertindak seperti yang diarah oleh suamiku iaitu berselindung pada jaket Roy. Susah juga nak urus suami yang cemburu buta ni.

Aku terlihat ada sepasang suami isteri bersama anak perempuan mereka yang sedang menikmati aiskrim bersama. Kadangkala aku juga turut cemburu untuk memiliki sebuah keluarga lengkap seperti mereka. Aku juga ingin mempunyai seorang anak seperti orang lain agar aku tidak berasa bosan dalam menjalani kehidupan berumah tangga.

Tetapi apabila bersuamikan Roy, Roy langsung tidak membenarkanku untuk merancang kekeluargaan dengan memiliki anak. Katanya dia mahu aku untuk memberi perhatian kepadanya seorang sahaja dan bukannya untuk anak kami nanti. Dia gusar sekiranya aku mengabaikannya apabila kami sudah memiliki anak.

"Sayang..sayang? Sayang ok ke?" Soal Roy sambil melambai tangan di hadapan wajahku.

"Ehh..maaf abang. Abang dah beli ke aiskrim untuk Luna?" Soalku.

"Dah..nah ambil ni. Apa yang sayang termenung sampai tak ingat dunia ni? Sayang masih ingat dengan jantan yang jual aiakrim tadi tu ke?" Ujar Roy yang sudah berfikiran di luar kotak. Aku mengeluh perlahan.

"Abang..apa yang abang merepek ni? Luna cuma terfikir kalau kita boleh bina keluarga macam orang lain juga. Tak ke bahagia kalau kita juga ada seorang anak?" Ujarku. Riak wajah Roy tiba-tiba sahaja berubah apabila aku menyebut perkataan anak.

"Dah jom kita balik lagi. Habiskan aiskrim tu cepat." Ujarnya sambil menarik tanganku untuk menuju ke arah kereta.

"Ehh..sabarlah abang kita baru je jalan sekejap kat sini. Kita belum lagi jalan-jalan kat sana tu." Ujarku.

"Boleh tak kau dengar cakap aku sikit?! Kalau aku kata balik, baliklah tak payah nak melawan!!" Marahnya. Aku hanya akur dan mengikuti langkahnya. Sikapnya berubah dengan cepat apabila aku memulakan perbicaraan tentang anak. Apa yang abang benci sangat dengan soal anak ni?

 Apa yang abang benci sangat dengan soal anak ni?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sewaktu di dalam kereta...

"Kau memang dah tak sayang kat aku ke Luna? Kan aku dah cakap aku taknak ada anak kenapa kau masih ungkit lagi pasal ni Luna? Kau dah janji kau taknak sebut lagi pasal tu tapi kau tanya lagi pasal anak!!" Ujarnya dengan marah.

"Abang, memang pada mulanya Luna akur dengan perjanjian abang. Tapi dah bertahun-tahun kita kahwin ni. Abang tak rasa bosan ke kalau hanya kita dua je yang ada dalam rumah seolah-olah macam takde tujuan hidup. Kalau kita dah tua nanti siapa nak jaga kita dua." Ujarku yang sudah lama bersabar dengannya.

"Off courselah dengan adanya harta abang kita mampu untuk tampung kehidupan kita sepanjang hayat. Buat apa nak ada anak sedangkan kita mampu bela diri kita sampai tua." Ujarnya.

"Habistu kalau abang sakit ataupun saya yang sakit siapa nak jaga kita?. Abang kena ingat tak semestinya kita muda sepanjang tahun. Adakalanya bila kita dah tua nanti ada juga anak yang boleh jengukkan kita nanti. Takkan nak mengharap orang lain mereka semua bukannya boleh percaya pun?" Ujarku.

"Sebabtu lah abang dah cakap kesihatan wajib dijaga dan dipantau sepanjang hari. Orang lain boleh je hidup sampai 100 lebih tahun kenapa kita yang tak boleh? Dah berbuih abang cakap kesihatan wajib dijaga kalau nak sihat sepanjang tahun. Sebabtu abang selalu tekankan sayang untuk sentiasa jaga kesihatan sayang." Ujar Roy.

"Abang ni memang pentingkan diri sendiri ya? Habistu Luna macamana? Luna bosan tau hari-hari duduk dekat rumah lepastu luangkan masa sorang-sorang. Lainlah macam abang yang dah bekerja lepastu boleh jalan sana sini memang taklah abang nak bosan. At least Luna ada anak untuk temankan Luna dalam rumah." Ujarku.

"Dah pandai kau melawan aku sekarang ya." Ujarnya lalu menunjal dahiku

"Kau kena dengar sini. Aku sampai bila-bila pun takkan benarkan engkau untuk mengandung. Walaupun diorang bahagia ada anak, tapi aku takkan bahagia kalau ada anak. Aku paling pantang kalau ada budak-budak dalam rumah aku. Kau tak tau macamana aku pernah alami waktu aku kecil tinggal dengan ibu bapa aku. Diorang tak pernah pun rancang untuk ada anak tapi disebabkan satu kesilapan dan akhirnya aku dilahirkan

Aku dibenci oleh ibu bapa aku sejak dari kecil. Diorang anggap aku ni sebagai beban mereka nak tanggung perbelanjaan harian mereka. Kau nak tau tak macamana diorang buat duit? Diorang suruh aku mengemis kat tepi jalan lepas tu minta derma daripada orang kat luar sana dengan keadaan aku yang hina. Aku berjalan ke sana ke sini macam orang bodoh lepastu minta derma macam sampah masyarakat padahal aku ni asal daripada keluarga berada!!

Ibu bapa aku cakap kalau nak duit pergi mengemis kat tepi jalan sana dan diorang sedikit pun takkan bagi satu sen dekat aku. Aku mula simpan dendam dekat diorang sampailah umur aku 17 tahun bila aku dah ada kerja yang tetap. Aku sabotaj semua syarikat bapa aku sampai mereka dua mengalami muflis dengan kepakaran yang aku ada. Semua kemewahan yang kau nikmati sekarang adalah hasil daripada sabotaj aku terhadap ibu bapa aku. Bila aku dah memegang jawatan sebagai ketua pengarah keselamatan negara,

Aku mula merancang untuk memfitnah ibu bapa aku sebagai pengedar dadah. Dari situ semua orang mula menyimpan hina terhadap diorang berdua sampaikan nak keluar dari rumah pun takut kalau diejek oleh orang lain. Dari situ aku nak diorang rasa macamana kalau dihina oleh orang lain sama seperti aku lalui dulu." Ujarnya dengan penuh bangga. Aku sedikit tersentak kerana ini adalah kali pertama dia menceritakan tentang ibu bapanya kepadaku.

"Ab..abang kata diorang dah meninggal. Sebab apa ya?" Soalku terketar-ketar.

"Meninggal? Diorang tak matilah sayang. Diorang masih hidup lagi. Mungkin orang lain dah anggap diorang dah mati. Tapi diorang masih hidup dalam neraka ciptaan aku!!" Ujarnya.

"Hi..hidup? Diorang dekat mana sekarang ni?" Soalku.

"Kau memang betul-betul nak tengok dua orang bangsat tu ke? Tapi aku tak jamin yang kau akan berani dekat dengan diorang sebab diorang lebih mengerikan kalau nak dibandingkan dengan hantu." Ujarnya.

"Apa maksud abang?" Ujarku.

"Diorang dah tak nampak macam manusia dah. Kau sendirilah tengok diorang nanti. Confirm kau tak dapat tidur malam nanti." Ujar Roy yang cuba mengusik aku.

"Diorang memang ada dalam negara ni ke?" Soalku.

"Adalah, sebab tu aku pindahkan engkau kat sini biar senang sikit aku nak pantau dua orang bangsat tu. Aku belum puas seksa diorang lagi." Ujarnya.

Aku terkejut apabila mendengar perkataan "seksa". Apa yang awak dah buat ni Roy?

HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)Where stories live. Discover now