BAB 6

6.8K 201 13
                                    

Aku masih lagi duduk termenung di tepi katil sambil menunggu waktu makan tengah hari. Sepatutnya Roy membawanya sepinggan makanan tetapi mengapa dia langsung tidak muncul sehingga sekarang?

Aku tersentak apabila pintu tersebut tiba-tiba terbuka dan terpaparlah wajah bengis milik suamiku. Dia memandangku dengan renungan tajam dan meletakkan sedulang makanan tersebut di atas meja. Aku mula menundukkan kepalaku di bawah akibat takut angkara kejadian semalam. Dia mula duduk bersebelahan denganku dan aku mula menjauhinya sedikit kerana masih trauma dengan kelakuannya haritu.

"You know you have been do many mistake in whole this time?" Soalnya.

"Ya..ya..abang.." Ujarku perlahan.

"So what kind of punishment that I should give you?" Soalnya.

"Saya tak ki..kisah kalau ab..abang nak bagi saya hu..kuman. Saya sedia teri...ma hu..kuman tu.." Ujarku dengan nada tersekat-sekat.

Roy segera mencapai sepinggan makanan tersebut dan mengangkatnya di hadapan Luna.

"Did you deserve this food?" Soal Roy. Aku segera menggelengkan kepala kerana tahu akan jawapannya.

"Yes, of course you deserve it. But this food you will eat in another way. It's like a bit disgusting and I know you will not love it." Suaranya mula menyapa di cuping telingaku dan membuatkan aku terasa seram sejuk.

"Baring..." Ujarnya. Aku agak hairan mengapa aku harus dibaringkan sedangkan dia mahu aku makan makanannya.

"Baring...kau dengar tak apa yang aku suruh?" Dia segera mengarahkan lalu aku turut mengikuti arahannya.

Aku baring di atas bantal dengan perlahan. Dan Roy pula menyuapkan sesudu nasi di dalam mulutnya. Mengapa aku harus baring sedangkan dia pula sesenang begitu sahaja dia memakan makananku? Dia mula merenung ke arahku sambil mengunyah makanan tersebut yang menampakkan rahangnya sedang bergerak. Dia mendekatkan wajahnya ke arah wajahku membuatkan jantung aku berdegup dengan kencang. Mulutnya dihala pada mulutku lalu dia memuntahkan sisa makanan di dalam mulutnya ke dalam mulutku. Aku agak terasa jijik apabila diperlakukan sedemikian. Mulutku seolah-olah ternganga enggan menerima sisa tersebut.

"Kunyah makanan tu dan jangan tinggalkan satu sisa pun kat dalam mulut kau." Ujarnya. Mataku mengalirkan air mata akibat enggan diperlakukan sebegini.

"Aku tak suruh kau nangis kan? Makan cepat!!" Tengkingnya ke arahku. Aku dengan hati yang tidak rela terpaksa menelan dengan pahit makanan tersebut dengan perlahan seolah-olah aku sedang menelan besi. Dia mula tersenyum sinis ke arahku.

Dia meminum secawan air oren lalu dikumurkan dalam mulutnya dan memuntahkan air tersebut dalam mulutku. Aku menelan air itu dengan kelat sekali. Mengapalah aku harus mempunyai suami tidak normal sepertinya? Aku diperlakukan seolah-olah binatang baginya.

"You like it huh? Kau kena habiskan semua sisa makanan aku sampai nasi dalam pinggan ni habis. Tak kisahlah kau jijik ke tidak tapi kau wajib kena habiskan. Understand honey?" Ujarnya sambil membelai perlahan rambutku. Aku hanya mampu diam dan tidak berani untuk membantah. Sampai bilakah aku harus berhadapan dengannya?

Aku terbangun akibat ada sebuah cahaya yang menggangu tidurku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku terbangun akibat ada sebuah cahaya yang menggangu tidurku. Rupanya cahaya itu datang dari telefon dimana Roy sedang ralit bermain telefon di hadapanku sambil tangan kirinya memeluk pinggangku. Wajahnya disebamkan pada leherku memudahkan dia melihat telefonnya. Aku terkejut kerana kali ini Roy baring sekatil denganku.

"Kau dah bangun? Awal betul? Masih pukul 11 malam lagini." Ujarnya.

"Aw..awak tidur dengan saya ke?" Soalku

"Apahal kau ni bodoh sangat ha? Kitakan suami isteri? Apa salahnya nak tidur sekatil? Kau memang jijik nak tidur dengan aku ke?" Soalnya dengan nada tegang.

"Tak itu bukan maksud saya. Selama ni kita jarang tidur sekatil. Saya terkejut sebab kalini awak sudi tidur dengan saya." Kataku perlahan.

"Aku ikut mood aku. Kalau mood aku baik aku tidur dengan kau. Kalau mood aku jahat, nak tengok muka engkau pun aku dah rasa stress." Katanya.

Aku sekadar berdiam diri sahaja kerana masak akan sikapnya. Di awal perkahwinan kami pun, kami tidak sebilik kerana suka akan privasi masing-masing. Roy lebih suka memiliki bilik sendiri tanpa bercampur dengan orang lain mahupun isterinya sendiri kerana ada banyak benda barangan penting yang disimpannya dan tidak mahu diketahui oleh orang lain.

Tiba-tiba panggilan telefon Roy berbunyi dan membuatkan kami berdua tersentak. Rupanya ibuku sedang menelefon suamiku.

"Kau nampak ibu kau tengah call aku? Aku nak kau jawab panggilan tu. Make sure kau jangan tersilap kata sebelum aku kerjakan engkau. Faham." Ujarnya sambil membisik perlahan di telingaku dan membuatkan aku sedikit takut.

Roy menekan punat hijau dan menghalakan telefon tersebut ke hadapanku.

"Roy, maafkan emak sebab call kamu tengah malam. Mami nak tanya kenapa Luna tu langsung tak jawab panggilan emak. Dia ok ke sekarang ni?" Ujar ibuku sedikit risau.

"Emak, ni Luna. Abang Roy yang bagi telefon ni dekat Luna. Mak jangan risau Luna ok je dekat sini dengan suami Luna. Maaf sebab Luna tak dapat nak balas panggilan emak sebab telefon Luna ada problem sikit nak kena repair kat kedai. Emak dengan ayah sihat?" Soalku sampil berpura-pura mempamerkan keceriaan.

"Emak dengan ayah sihat je Luna. Syukurlah kalau kamu berdua sihat. Ingat pesan mak jaga diri dan dengar nasihat suami tu. Telefon tu jangan lupa repair sebab senang nanti mak nak call Luna kalau ada apa-apa hal yang penting ke. Jaga diri ya nak emak tutup telefon dulu sebab ayah kamu dah bising dah tu mak ganggu tidur dia. Bye." Ujarnya.

"Bye kirim salam jugak dengan adik." Kataku.

"Ya Luna selamat malam." Ujarnya lalu menamatkan panggilan. Roy segera menutup panggilan tersebut.

"Pandai juga ya kau cakap dengan mak kau pasal telefon kau rosak sedangkan aku sendiri yang rosakkan telefon kau. Kau tau kan aku tak suka kalau kau pegang telefon buat masa sekarang ni." Katanya dengan sinis.

"Ya saya faham abang. Nanti pandailah saya buat cerita nanti pasal telefon saya tu supaya mak tak syak kita apa-apa." Ujarku.

"Bagus. Kalau boleh aku nak kau selalu cakap macamni dengan mak kau supaya mak kau tak sangsi apa-apa dengan kita. Sekarang ni aku nak kau tidur sebab dah lewat malam dah ni." Katanya sambil memeluk pinggangku.

"Abang..." Kataku perlahan.

"Kau nak apa?" Soalnya kembali.

"Saya nak pe..luk abang masa tidur boleh tak?" Aku sedikit gagap mengeluarkan kata-kataku.

"Yes of course honey. You are my wife and you deserve it. Sinilah abang pun nak peluk sayang sekali." Aku sedikit gembira kerana permintaanku tidak ditolak. Akhirnya aku dapat memeluk suamiku sambil tidur. Dulu aku sering tidur berseorangan dan agak sunyi kerana tiada peneman tidur. Aku berbantalkan lengan kanan suamiku dan tangan kirinya memeluk pinggangku. Tangan kirinya aku peluk seeratnya dan aku merasakan hembusan hangatnya mengenakan di wajahku. Dia melabuhkan ciuman perlahan di dahiku dan juga bibirku. Alangkah bagusnya kalau hubungan kami sentiasa kekal begini.

HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)Where stories live. Discover now