BAB 20

4.9K 123 8
                                    

"Sssakit..abang..perlahan sikit..." Aku menahan sakit apabila Roy cuba menekankan lukaku menggunakan kapas. Lagi-lagi kapas tersebut sudah dibasahkan dengan cecair iodin.

"Kejap...tinggal sikit lagi ni. Tak lama lagi siaplah ni. Ni semua pun kau punya pasal juga. Cuba kau jangan memandai nak buat prank bodoh engkau tu. Memang taknya badan kau jadi macamni." Ujar Roy sambil menegur isterinya.

"Abang juga yang gigit badan Luna kan. Sebab tulah badan Luna jadi macamni. Bukannya disebabkan accident pun." Ujarku.

"Ehh...pandai kau nak menjawab aku ya. Kau jangan sesekali nak salahkan aku kalau dah tau sendiri yang salah. Kau patut bersyukur sebab aku sudi nak rawat luka kau." Ujar Roy dengan sinis.

"Abang..Luna nak tanya sikit boleh tak? Sampai bila kita nak tinggal kat negara orang ni ya? Abang kena ingat yang Luna ni masih ada keluarga. Takkanlah Luna nak jadi anak derhaka pula." Roy menatap tajam pada anak mataku.

"Kau ni faham ke buat-buat tak faham penjelasan aku haritu. Kan aku dah cakap yang kita akan tinggal kat sini buat selama-lamanya. Kalau keluarga kau jumpa location kita kat sini aku rasa better kita berpindah randah je. Kau sekali lagi cakap pasal keluarga kau aku cucuk mata kau nanti." Ujar Roy.

Aku hanya mencebikkan bibir sahaja setelah mendengar ugutan dari Roy.

Aku hanya mencebikkan bibir sahaja setelah mendengar ugutan dari Roy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah berada di rumah...

Mataku terbuka setelah terdengar bunyi jeritan kecil di bahagian bawah. Tapi yang menghairankan ini adalah waktu malam dan jam menunjukkan pukul 2.36 pagi. Aku menoleh di sebelahku dan mendapati Roy tidak ada di sebelahku.

Aku merasakan tidak sedap hati dan jiwaku meronta-ronta ingin mengetahui apakah yang sudah berlaku di bawah sana. Aku menurunkan kakiku di bawah lantai dan bergerak perlahan-lahan ke arah tombol pintu. Aku membuka pintu tersebut dengan perlahan.

Hatiku menjadi tidak keruan apabila mendengar jeritan tersebut yang makin kuat kedengaran. Suara tersebut menggambarkan seolah-olah perempuan sedang meminta tolong.

"Tolong..jangan apa-apakan aku..tsk..tsk.."

Itulah suara yang aku dengari dari bahagian bawah. Aku bergerak keluar dari bilik dengan perlahan. Aku segera bersembunyi di sebalik pintu kerana ingin mengetahui apakah yang sudah berlaku di sana.

Di saat aku melihat siapa gerangannya, aku terkejut melihat tubuh wanita tua yang sudah diikat rapi dan tubuhnya di tahan oleh dua orang pengawal bertubuh sasa. Kelihatan Roy berdiri statik di hadapan wanita tersebut sambil mengacukan pistol ke arah wanita tersebut. Wajah wanita tersebut dipenuhi dengan luka yang banyak seolah-olah sudah dipukul.

Apabila aku mengamati wajah tersebut, aku terkejut apabila mengetahui bahawa wanita tersebut rupanya adalah ibu kandungku! Aku segera menutup mulut untuk menghalang diriku daripada menjerit.

"Bawa betina ni kat bawah sana. Pastikan dia tak terlepas dari tangan korang." Roy mengarah pengawalnya untuk membawa ibuku ke ruangan bawah tanah. Setelah mendengar arahan daripada Roy, mereka dua segera mengheret ibuku dengan kasar dan diikuti oleh Roy.

Apabila Roy seperti sangsi akan sekelilingnya, dia segera memusingkan kepalanya. Aku cepat-cepat menyembunyikan diriku agar tidak diketahui olehnya. Selepas itu, dia pun menuju ke arah ruangan bawah tanah seperti yang dijanjinya. Aku cepat-cepat menuju ke bilik tidurku. Aku tidak menyangka bahawa Roy secepat itu menangkap ibuku. Apa puncanya juga aku tidak tahu.

Fikiranku terlintas dimana Roy menyeksa teruk ibu bapanya pada hari yang lalu. Aku berasa takut sekiranya Roy membuat perkara yang sama pada ibuku. Apa yang aku fikirkan sekarang ini adalah aku harus menyelamatkan ibuku secepat mungkin!

 Apa yang aku fikirkan sekarang ini adalah aku harus menyelamatkan ibuku secepat mungkin!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Luna! Turun! Aku dah masakkan untuk kau!" Jerit Roy dari bawah. Aku segera turun ke bawah seperti yang diarahkan oleh Roy.

Aku terlihat banyak aneka makanan yang disajikan oleh suamiku. Lagi-lagi makanan yang disediakan semuanya adalah makanan kegemaranku.

"Kau tunggu apa lagi? Pergi cuci tangan sana lepastu makan kat atas meja sana." Ujar Roy. Aku mencebikkan mulutku dan pergi ke arah singki untuk mencuci tangan. Roy yang sedang ralit mencuci pinggan segera mencalitkan jarinya yang dipenuhi sabun pada pipiku.

"Hishh!!! Apa abang ni?!" Aku tidak berpuas hati dengan tindakannya.

"Takda apa-apa. Dah pergi makan sana." Ujar Roy.

Aku duduk di atas kerusi dan mencedokkan lauk pada pingganku. Roy yang sudah memcuci pinggan segera menarik kerusi dan duduk di sebelahku. Dia memandang wajahku seolah-olah ingin menelanku.

"Abang dah kenapa ni? Taknak makan sekali ke?" Soalku.

"Takda apa-apa. Saja jak nak tengok isteri abang ni makan." Ujar Roy. Hatiku sedikit gentar apabila dia mula menggerakkan rahangnya. Matanya masih melekat menatap ke arahku. Aku mula menelan air liur kelat.

Roy segera merapatkan lagi jarak kami berdua. Hembusan nafasnya dapat aku rasakan.

"Kau taukan rumah ni ada basement?" Ujar Roy perlahan. Aku segera mengangguk perlahan.

"Dan kau taukan apa peraturan dekat rumah ni?" Ujar Roy lagi. Aku segera menatap ke arahnya.

"Tau.." Balasku perlahan.

"Tolong terangkan kat aku balik apa peraturannya?" Soal Roy kearahku.

"Saya dilarang untuk berada di ruang bawah tanah." Balasku.

"Bagus. Ingat peraturan tu sampai bila-bila. Kalau kau langgar juga, kau tahulah nasib kau macamana nanti." Ujar Roy. Sebelum dia beredar, dia sempat menepuk bahuku dan berlalu pergi. Tanganku masih terkunci lagi untuk meneruskan suapan seterusnya.

















































































































































































































































































END 🤭














HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)Where stories live. Discover now