Aku melihat suamiku sudah tidur lena di sebelahku. Aku mengambil kesempatan untuk berdoa kepada tuhan agar dapat memberkati kehidupan seharianku. Aku pun melelapkan mata dengan perlahan akibat terlalu mengantuk. Harap-harap esok adalah hari indah aku.
"Luna...Luna bangun lecturer dah datang" Aku terdengar suara sayup-sayup memanggil namaku. Aku lantas terbangun dan terkejut apabila aku sedang berada di dalam kelas. Yang paling aku terkejut bagaimana Claire iaitu kawan lamaku boleh ada di sini."Ehhh...Claire?! Macamana aku boleh ada dekat sini?! Apa yang dah jadi ni?!" Aku berasa hairan mengapa aku boleh berada di dalam kelas sedangkan tadi aku elok sahaja tidur bersama suamiku.
"Kau merepek apa ni Luna? Tulah engkau tidur sampai tak ingat dunia. Kau ada dalam kelaslah. Kau ni dah kenapa bangun-bangun terus tanya soalan pelik. Kau mengigau apa ni?" Tanya Claire dengan nada hairan.
"Kau seriuslah? Cuba kau tampar aku sekarang. Kalau boleh aku nak bangun dari mimpi ni. Apasal nampak real sangat ha?" Soalku dengan hairan.
"Kau nak sangat kan? Meh sini aku tampar kau bukan sahaja boleh bangun dari mimpi, malah boleh bangun kat alam bazakh lagi." Ujar Claire lalu menampar pipiku dengan kuat.
"Aduh!!! Sakitlah sis!!" Aku cuba menutup mataku agar aku boleh bangun di dunia sebenar. Setelah aku membuka mata tiba-tiba sahaja wajah lecturer terpampang di hadapan wajahku.
"Kau dah kenapa nyah? Kalau kau nak buat drama sila buat kat depan sana biar satu kelas ni tengok." Ujar lecturer tersebut mengundang ketawa satu kelas. Aku menunduk wajah akibat malu diketawakan.
Disebabkan aku tidak berpuas hati dengan apa yang sudah terjadi pada diriku. Aku segera membuka telefonku dan meneliti tahun yang sedang aku hadapi sekarang. Apa?!!! Tahun 2008? Inikan tahun waktu aku masih menuntut di Unversiti? Adakah aku sedang berada di masa silamku. Aku meneliti kedudukan aku sekarang. Rupanya aku sedang berada di negara asalku iaitu Australia.
"TAK MUNGKIN!!!"Aku menjerit sehingga pelajar lain terdiam mendengar jeritanku.
"LUNA CASIDY. Sila kawal suara anda agar tidak menganggu pelajar lain. Nak saya humban awak kat luar kelas? Kalau nak sila keluar sekarang sebelum saya bertukar menjadi singa." Ujar lecturer tersebut sekali lagi mengundang tawa satu kelas. Claire mencubit bahagian pinggangku.
"Auch sakitlah!!" Aku menjerit kesakitan.
"Kau ni kalau ya kot tak payalah nak jerit satu kelas malu tau tak. Kau ni sakit apa ya sampai otak kau sekarang dah jadi makin tak betul?" Soal Claire.
"Sorry..sorry..aku tak sengaja. He..he.." Ujarku walhal aku masih bingung dengan apa yang sudah terjadi sekarang. Takpa kalau tak dapat guna cara ni untuk bangunkan aku semula mungkin boleh guna cara lain.
"Weh..nyah.." Tiba-tiba sahaja ada orang mencuit bahuku dari belakang. Rupanya Benjamin. Benjamin orang pernah tegurku di restoran sehingga menyebabkan pergaduhan dengan suamiku akibat salah faham.
YOU ARE READING
HE'S MY HUSBAND🚫 (COMPLETE)
Romance(AMARAN: SESIAPA YANG TOXIC TU. SILA JANGAN BACA SEKIRANYA ANDA TIDAK SUKA DENGAN JALAN CERITA NI❗ JUST FOR ADVICE) Sepasang suami isteri yang sering berada dalam kecelaruan di alam perkahwinan. Suaminya iaitu ROY MENDEZ mempunyai sikap panas baran...