Hari ini sesi persekolahan di buka setelah 2minggu cuti pertengahan tahun berakhir . Penantian untuk bertemu lagi dengan Cikgu Fatin berakhir dan hari ini pasti aku akan dapat bersemuka lagi dengannya . Pagi itu , sesi persekolahan berjalan seperti biasa . Suasana di Sekolah sedikit riuh memandangkan para pelajar kembali gembira bertemu dengan kawan-kawan mereka . Aku seperti biasa hanya berada di bilik kerja sepanjang sesi persekolahan . Seharian aku termenung di bilik kerja memikirkan akan rindu untuk beraksi semula di atas padang bola sepak . Aku mengikuti perkembangan Liga yang pasukan aku sertai dan pasukanku berada di kedudukan yang tidak baik memandangkan saingan yang agak sengit dan mencabar perlu di lalui oleh pasukanku . Alangkah indahnya jika aku turut dapat membantu pasukan untuk memperbaiki kedudukan ke arah yang lebih baik . Aku tidak jika kembali pulih nanti adakah masih aku dapat memperagakan aksi yang sama seperti sebelum mengalami kecederaan yang mungkin sekali memusnahkan karierku sebagai pemain bola sepak .
Bunyi Lonceng panjang menandakan selesai sesi persekolahan pada hari ini dan semua pelajar sudah pun bersiap untuk pulang ke rumah masing-masing . Aku tidak merasakan ingin pulang ke rumah pada waktu ini memandang jika pulang ke rumah pun tiada apa hendak di lakukan jadi aku bercadang untuk pulang ke rumah petang nanti . Kawasan sekitar bangunan sekolah telah pun sunyi menandakan semua pelajar sudah pun pulang ke rumah . Sedang aku bermain komputer melayari pelabagai video dari " youtube " aku terdengar akan bunyi tapak kasut tumit wanita menghampiri bilikku . Aku menjangka Cikgu Fatin atau Cikgu Zulaikha datang ke bilikku memandangkan agak jarang sekali untuk guru-guru lain bertemu denganku luar dari waktu persekolahan . Namun sangkaanku meleset apabila suara yang memberi salam dan mengetuk pintu itu bukan dari suara yang aku biasa dengari .
" Tokk tokk .. Assalamualaikum " . Pintu bilik kerja ku di ketuk oleh satu suara yang aku tidak kenali .
" Waalaikumsalam .. Sekejap ye " . Aku memperbetulkan diri sebelum membuka pintu . Sejurus pintu di buka aku tergamam seketika apabila yang datang ke bilikku ialah Ustazah Diana .
" Haa Fiq kan .. maaf ye ganggu ni " . Suaranya lembut sahaja bertutur kepadaku sambil aku masih tergamam melihat Ustazah Diana depan mataku .
" Fiqqq oh Fiqqq " . Tangan Ustazah Diana melambai di hadapan mukaku cuba mengejutkan dari khayalan itu .
" Ehh ehh maaf Ustazah tergamam kejap tengok Ustazah datang sini hahaha " Kataku sedikit malu di hadapannya .
" Ehh kamu ni .. kelakar pula .. tengah sibuk ke ni ? saya ada hal nak bincang dan nak minta tolong sedikit " . Kata begitu lembut sahaja memandang ke arah ku .
" Tak adalah sibuk pun .. ada apa yang nak di bincangkan tuh Ustazah ? " . Soalku terus kepada urusan kerja . Kami berdua masih berada di depan pintu bilikku .
" Haa jemput lah saya masuk dulu duduk bincang kt dalam .. haish awak ni " . Katanya bersahaja sambil meninjau ruang dalam bilikku yang menarik di hiasi olehku .
" Ehh Ustazah nii .. tak elok lah berdua jee kt sini .. Dah sunyi petang-petang ni .. orang nampak jadi fitnah pulak nanti .. Haaa kita bincang kt pondok tengah bangunan tuh .. terbuka sikit " . Kataku yang cuba menunjukkan baik di hadapan Ustazah Diana .
" Ehhh betul juga cakap awak .. ha jom lah ke pondok tu " . Jawab Ustazah Diana .
Hasil perbincangan hampir 40 minit bersama Ustazah Diana ialah beliau ingin meminta bantuanku untuk " key in " dan kemaskini data-data peribadi pelajar dalam laman web sekolah . Dia sedar bahawa tugasan ini bukanlah tugasan berkaitan aktiviti sukan namun atas sebab kesibukan dan kekangan masa menyebabkan Ustazah Diana meminta bantuan dariku . Dia tidak tahu untuk meminta bantuan dari sesiapa memandangkan semua guru dan staff ada tugasan lain yang perlu di uruskan . Atas sebab ikhlas dan senang hati melihat Ustazah Diana perlukan bantuan dariku , aku tanpa berfikir panjang sedia menghulurkan bantuan kepadanya . Ustazah Diana sedikit lega apabila aku sudi membantunya . Dia juga meminta maaf atas berkenalan denganku secara tergesa-gesa untuk meminta bantuan dariku . Selesai berbincang Ustazah Diana meminta diri untuk pulang ke rumahnya . Aku berjalan kembali ke bilik kerja sambil menyemak segala dokumen pelajar yang di serahkan kepadaku . Hampir keseluruhan data-data pelajar perlu untuk di kemaskini kedalam laman web Sekolah oleh kerana itu mungkin Ustazah Diana merasakan di tidak mampu melakukan seorang diri tatkala dirinya sangat sibuk . Aku mengelamun sendirian di dalam bilik kerjaku mengenang kembali pertemuan pertama bersama Ustazah Diana sebentar tadi . Wajahnya yang cantik berkaca mata bermain di fikiranku . Susuk tubuh Ustazah Diana juga bermain di fikiranku . Ustazah Diana berbaju kurung berwarna putih berbunga warna-warni serta bertudung menutupi dadanya yang agak besar dan menarik untuk di terokai . Ketinggian Ustazah Diana sedikit rendah berbanding Cikgu Fatin . Aku mengelamun sendirian sehingga petang sebelum bergerak pulang ke rumah pada jam 5 petang .