1 5

95 23 14
                                    

•••

« sorin »

" Jangan bergerak ! Polis dah kepung rumah ni "

Suara dari megaphone itu tersebut berjaya menghentikan perbuatan kedua dua lelaki itu ke atas aku . Dalam sekelip mata sahaja kedua dua mereka berjaya diberkas polis .

" Purple- I'm sorry- " tubuhku dipeluk kemas oleh Jacob .

" Ken- kenapa awak lambat ?! " raungku sekuat hati . Wajah aku sembamkan pada dada lelaki itu .

" Calm down dear . Everything is okay now . You are safe with me- " bisiknya lembut tetapi semakin lebat air mata aku membasahi pipi .

Sepanjang sembilan belas tahun aku hidup , inilah trauma yang memberi kesan terpaling dalam kepadaku . Masih terasa bagaimana tangan tangan mereka membelasahku , mengoyak pakaianku dan meliar ke seluruh tubuh . Syukurlah kehormatanku tidak sempat diragut oleh mereka .

Setelah 30 minit aku ditenangkan oleh Jacob . Aku mula dapat berfikir secara waras semula . Mata aku halakan pada baju yang sudah terkoyak rabak . Aku ketap bibir , cuba tahan perasaan yang audah bercampur baur .

" Purple- " serentak itu tubuhku yang terdedah dibalut dengan sweater berwarna hitam milik Bae Jacob .

Wangian yang melekat pada sweater itu mula menusuk ke rongga hidung . Sedikit sebanyak dapat menenangkan aku .

" Come with me , awak bagi keterangan dekat polis then kita ke hospital . " ujarnya lembut .

Aku hanya akur . Dengan berhati hati Jacob memimpin aku menuju ke luar rumah . Terasa longai sahaja badan saat ini .

" Sorin- are you alright ? " sapaan daripada Sir Kevin sangat mengejutkan aku .

" S- Sir ? "

Sepasang matanya mampu menjawab persoalanku . Dia sedang risaukan aku dan tetapi adakah dia tahu hubungan aku dan Jacob ?

Kevin hanya mengangguk kecil . Seolah olah menjawab persoalan yang berlegar di dalam benakku .

" Masuk la dalam kereta , biar saya drive . " Kevin tersenyum nipis .

" Careful Purple- " Jacob membantu aku masuk ke dalam kereta .

--❦︎--

Setelah beberapa pemerikasaan dilakukan ke atas aku , akhirnya aku dibenarkan balik pada jam 4 pagi . Waktu active bagi Eric Sohn .

Dengan longlai , aku melangkah beriringan bersama Jacob menuju ke arah kereta . Seriously aku sudah kekurangan tenaga yang teramat sangat . Sakit dipukul tadi masih terasa berdenyut .

" Purple- watch out . " Jacob menyambut tubuhku yang hampir tumbang .

" Sorry- " aku memejamkan mata sambil melentokkan kepala pada bahunya .

Dalam sekelip mata sahaja tubuhku sudah dicempung olehnya . Aku hanya merelakan segala perlakuannya . Lemah , tak berdaya untuk melawan .

" Tidur la Purple- "

Itu sahaja ayat terakhir yang aku dengar sebelum aku tidak sedarkan diri .

--❦︎--

Terasa berat kelopak mata untuk aku buka . Mata aku kerlingkan pada jam dinding . Sebelas pagi ? Heol- niatku nak bangun pada jam sebelas memang tercapai .

Aku halakan pandangan pada keadaan bilik seperti tongkang pecah . Segala barang tunggang terbalik . Peristiwa hitam yang berlaku semalam mula terlayar di fikiran .

Jijik- . Perbuatan jijik dua lelaki itu betul betul membuatkan aku trauma . Cecair jernih mula bertakung di tubir mata . Aku ramas hujung selimut . Serta merta aku diserang panik .

" Purple- "

Aku menoleh ke arah pintu . Kelihatan Jacob sedang berdiri sambil memegang dulang yang mempunyai mangkuk dan segelas air .

" C- Cob- . " aku meraupkan wajah .

Lelaki itu menghampiri aku lalu meletakkan dulang di tepi meja katil . Aku masih pegun dalam posisi sama . Risau jikalau Jacob ingin apa apakan aku seperti lelaki semalam .

" Come here- " tubuhku ditarik ke dalam dakapannya . Pada mulanya tubuhku mengeras . Lembut belakangku dilurutnya , bibirnya tidak habis habis mengucapkan aku sudah selamat .

Sekali lagi aku menangis semahu mahunya bagi melepaskan apa yang terbuku di dalam hati . Lecun baju lelaki itu dengan air mata .

" Dah- dah- . " Jacob menyapu lembut air mataku .

" Makan ? Saya rasa awak tak makan dari semalam lagi . " ujarnya dengan nada risau .

Mesti dia perasan ada pinggan spaghetti tak berusik dalam microwave .

" Saya nak mandi- . " ujarku bersama tagisan yang masih bersisa . Jijik dengan keadaan diriku . Aku benar benar terasa kotor .

" Need help ? "

Aku menggeleng . Perlahan aku mengesotkan badan ke arah birai katil . Cuba untuk berdiri tetapi lututku betul betul terasa lembik . Hampir sahaja aku terkulai jatuh tetapi satu tangan kekar sempat merangkul pinggangku .

" Stubborn . " gumam Jacob .

Lelaki itu memimpin aku menuju ke arah bilik air .

" Dah siap panggil ya . " satu senyuman dia hadiahkan untuk aku .

Aku hanya balas dengan anggukkan . Terubat sedikit dengan layanannya . Setelah mengunci pintu , aku menanggalkan baju bagi melihat kesan cedera pada tubuh .

Penuh dengan lebam dan calar .

Satu keluhan berat terlepas daripada bibir . Tak boleh ke aku hidup normal macam orang lain ? Tubuhku melorot jatuh di bawah tempat shower . Membiarkan air hangat jatuh menghentam tubuh .

Selesai membersihkan diri . Aku cuba menapak keluar dari bilik air . Hanya bathrobe sahaja yang tersarung pada tubuh .

" Let me help you . "

Jacob memimpin aku menuju ke arah closet . Mata aku alihkan pada lelaki itu .

" Takkan nak stay dekat sini jugak ? "

Jacob tersenyum malu sambil menepuk lembut kepalaku .

" Take your time . "

Dia terus berlalu keluar daripada ruangan ini . Lantas aku menukar pakaian sebaik sahaja pintu bilik ditutup . Oversized hoodie bersama legging hitam menjadi pilihan .

Selesai menukar pakaian , Jacob masuk kembali ke ruangan ini . Bubur yang hangat di dalam mangkuk dia angkat lalu tunjukkan pada aku .

" Bubur je ? " aku menarik muncung . Kepala masih terbayang spaghetti semalam .

" Orang sakit kena makan bubur . Now say aah- " Jacob menyuakan sudu bersisi sedikit bubur .

" Saya nak spaghet- " sudu tersebut selamat masuk ke dalam mulut .

Ish- dia ingat aku budak budak ke . Mata aku julingkan ke atas . Cuba untuk mengusir rasa bahagia yang tiba tiba menyelinap di dalam hati .

Pantas sebahagian hati cuba mengusir perasaan ini . Kuat suara di dalam kepala cuba mengingatkan diri . Jacob cuma fake husband kau Sorin . Bila bila dia boleh tinggalkan kau bila Sohee sudah pulang .

Serta merta rasa yang mekar tadi ghaib begitu sahaja .

•••

bride.Where stories live. Discover now