PROLOG

43 5 0
                                    




Aafiyah menumpukan sepenuh perhatiannya pada buku yang berada di atas meja. Sangat fokus sehinggakan bunyi getaran yang dihasilkan oleh telefon bimbitnya langsung tidak menganggu konsentrasinya. Sebaliknya, tangan semakin giat menyalin sesuatu di atas buku notanya.

Sesekali dia lirikan matanya pada jam digital yang berada di atas mejanya. Saat jam menunjukkan pukul 5.29 petang, dia berhenti menulis dan menutup buku notanya. Tanpa menunggu lama, dia bangkit dari kerusi dan terus berlari anak keluar dari biliknya.

Sebaik sahaja dia tiba di ruang tamu, dia memandang sekeliling. Kawasan itu kelihatan gelap dan sunyi menandakan tiada sesiapa yang berada di situ. Melihatkan keadaan itu, dia tersenyum kecil.

Aafiyah menapak mendekati sofa yang berada di hadapan televisyen. Alat kawalan jauh yang berada di atas meja kecil dia capai sebelum dia melabuhkan punggung ke atas sofa. Langsung, dia menekan punat on.

"Safe!" Aafiyah terjerit kecil sambil menyandarkan badan ke atas sofa.

Lega hatinya kerana dia tidak terlepas untuk menonton rancangan kegemarannya yang akan bermula pada pukul 5.30 petang itu. Ops, salah. Bukan rancangan kegemaran.

Sejujurnya, ini adalah kali pertama dia menonton rancangan ini. Dan, motif utama dia tengok rancangan itu hanya semata-mata untuk Harriz Rayqal.

Harriz Rayqal. Sebut sahaja namanya pun sudah mampu untuk buat ramai wanita cair. Dia bukan sahaja tampan, malah seorang yang mempunyai banyak bakat. Bermula daripada model sambilan dan sekarang dia sudah menjadi salah seorang artis tempatan yang popular. Bukan senang nak jadi popular dalam masa dua tahun! Memang tak dapat dinafikan yang Harriz adalah seorang yang multi-talented!

Pada hari ini, Harriz akan muncul dalam satu rancangan talk show. Talk show itu merupakan salah satu program yang popular dan sering kali menjadi perbualan ramai. Jadi, memang jaranglah talk show itu tak trending di mana-mana media sosial.

Sudah lama Aafiyah menantikan idolanya itu untuk muncul di mana-mana rancangan talk show. Setahunya, Harriz tidak pernah dijemput ke rancangan yang berformat sebegitu walaupun dia diklasifikasikan sebagai salah seorang bintang popular. Peluang keemasan ini buat Aafiyah, sebagai salah seorang ahli Theharrizvangerz rasa amat gembira setelah lama menanti kemunculannya dalam program seperti ini.

Theharrizvangerz merupakan nama fan club milik Harriz Rayqal dan, sudah semestinya Aafiyah merupakan salah satu ahli aktif dalam kelab tersebut. Dia banyak mendapat tahu tentang aktiviti dan program-program yang akan dibintangi oleh Harriz melalui group Telegram fan club itu. Tanya sahaja apa-apa tentang Harriz, semua dia tahu! All information on hands gitu!

Matanya tidak lepas dari televisyen. Selama lebih kurang satu jam dia menonton dan mendengar setiap butir bicara antara hos dan Harriz. Jemarinya pula sibuk bermain di skrin telefon.

Dia sedang membuat live update melalui aplikasi Twitter kepada peminat Harriz yang tidak dapat untuk menonton rancangan tersebut khususnya kepada peminat-peminat yang berada di luar negara. Fokus dia menaip. Tak ada pula dia fokus macam ni ketika belajar. Selalu ketika kelas 2 jam, 30 minit yang pertama aje dia akan fokus. Selebihnya dia akan rasa mengantuk dan buat kerja sendiri.

"Ada apa-apa yang Harriz ingin sampaikan kepada penonton di rumah?" soal Ilya, hos rancangan tersebut.

"Pertama sekali, Harriz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang support Harriz dan sentiasa percaya kepada Harriz. Tanpa korang, Harriz tak akan sampai ke tahap ini. This one is for you, my Theharrizvangers." Harriz mengenyitkan matanya ke arah skrin yang sedang merakam wajahnya.

"Sweet la relationship Harriz dengan peminat Harriz ni. Rasanya I pun nak jadi salah seorang ahli Theharrizvangers lah!" kata Ilya dengan rasa teruja. Kononnya, dia pun terjebak untuk menjadi peminat Harriz.

t," balas Harriz sambil buat mini heart menggunakan jari tepat ke arah kamera.

Jawapan Harriz itu buat Aafiyah rasa terharu. Air matanya mula bertakung di tubir matanya. So sweet la Harriz ni! Tak sia-sia dia minat Harriz selama dua tahun!

"Ya Allah ya tuhanku!" Jeritan Aaida dari arah belakang buat Aafiyah sedikit tersentak. Bahu Aafiyah ditepuk kuat.

"Ish! Kau ni kacau line la ! Orang baru nak feeling ni!" marah Aafiyah. Geram pula dia dengan perangai adiknya yang seorang ini. Tiba-tiba aje munculkan diri dan terus menyergahnya. Nasib baik tak tercabut jantungnya dek sergahan itu.

Aafiyah mencebik. Air matanya yang sudah jatuh di pipi diseka perlahan. Merosakkan mood betullah Aaida ni!

"Aku tak fahamlah kenapa kau tergila sangat kat dia tu. Dia bukan buat apa pun, tapi kau dah menangis? Aku ingat kat drama je boleh jumpa orang macam kau ni. Tak sangka pula kat rumah aku sendiri pun ada scene macam kat drama!" bebel Aaida persis mak-mak yang sedang memarahi anak mereka.

"Bukan aku seorang aje menangis. Kau pun sama! Kalau tengok drama Korea pun kau menangis jugak kan? So, lantak aku la nak menangis ke nak gelak ke. Itu bukan urusan kau!"

Serius. Dia penat melayan perangai adiknya yang seorang itu. Pantang tengok aku emosi sebab Harriz je dia akan mula bebel macam mak cik bawang. Ah, suka hati akulah. Hidup aku, idola aku, bentak Aafiyah di dalam hatinya.

"Eleh... dia bangkitkan drama Korea pulak... Padahal, dia pun menangis sekali..." omel Aaida sambil menjeling matanya pada Aafiyah.

"Sama la tu," kata Aafiyah dalam nada bersahajanya.

Aaida menarik muka masam.

"Eh, kau jangan nak samakan aku dengan kau, okey?! Aku minat biasa-biasa aje. Tak ada la sampai tahap obes macam kau sampaikan terhegeh-hegeh sangat dengan si Harriz tu. Macam la kau akan kahwin dengan dia!" cebik Aaida dengan penuh rasa tak puas hati.

"Macam la kau pun akan kahwin dengan artis Korea kau tu! Huh!"

Aafiyah tayang muka jelak. Rasa menyampah pula dengan perangai adiknya yang tak habis-habis membebel setiap kali dia menonton apa-apa rancangan yang berkaitan dengan Harriz. Disebabkan itulah dia lebih rela menonton televisyen sendirian tanpa Aaida.

"Ah, sudahlah. Malas aku nak layan kau. Bak sini remote tu. Aku nak sambung tengok drama." Tanpa menunggu lama, Aaida merampas alat kawalan jauh yang berada di tangan Aafiyah. Terus, dia menukar saluran lain.

Aafiyah tayang muka tak puas hati. Dia yang sampai dulu, tapi adiknya itu sesuka hati sahaja nak tukar saluran. Mengada!

Tidak mahu terus berada di situ, Aafiyah bangkit dari duduknya dan menapak menuju ke biliknya. Baru tiga tapak dia ambil, suara Aaida kembali menerpa cuping telinganya.

"Kau jangan lupa, esok first day kau kerja," pesan Aaida.

Mendengarkan ayat yang keluar dari mulut Aaida, Aafiyah mengeluh perlahan.

Ya, mulai esok dia akan mula bekerja sebagai intern. Dia pasti yang dia akan ambil masa untuk menyesuaikan dirinya untuk beberapa minggu akan datang. Yelah, dia mana pernah bekerja sepanjang hidupnya. Dah biasa duduk rumah goyang kaki aje waktu cuti semester. Bila dah nak intern barulah rasa gelabah lain macam.

"Ya.. aku tahu." Lambat-lambat Aafiyah membalas.

"Good luck, wanita berkerjaya," ucap Aaida tanpa sekali pun menoleh ke arah kakaknya yang sedang rasa resah itu.

Aafiyah mengeluh untuk sekian kalinya. Dia cuba untuk berfikir positif. Apa-apa pun, hidup perlu diteruskan! Inilah masa untuk kau belajar cara untuk bekerja. Jangan sia-siakan peluang ini. You can do this, Fiya! Fighting!

My Secret SuperstarWhere stories live. Discover now