Aafiyah sekadar menjadi pemerhati sahaja melihat staf yang sedang sibuk membuat persiapan untuk shooting mereka pada hari ini.
Penggambaran yang akan berlangsung pada hari ini adalah untuk program terbaharu Harriz. Program ini di namakan '2D1N with Jejaka Impianz', yang akan dibintangi oleh ahli-ahli 3 Musketeers yang akan menunjukkan keakraban antara Harriz, Emir dan Jason. Program ini lahir disebabkan terdapat banyak permintaan daripada peminat-peminat yang mahu melihat keakraban mereka di kaca tv.
Tema untuk program ini adalah camping. Dan, disebabkan itulah hutan ini menjadi pilihan mereka untuk mereka melakukan aktiviti penggambaran. Mereka akan berada di sini selama 2 hari 1 dengan bantuan tour guide yang tahu selok-belok hutan ini. Bukan besar sangat pun hutan ini. Tapi untuk langkah berhati-hati, mereka mengupah tour guide untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.
Aafiyah sesekali mengerling pada Harraz yang berada tidak jauh darinya. Sudah seminggu berlalu sejak kejadian yang berlaku di rumah Dato' Azhar. Sejak itu, mereka tak bersua muka mahupun berbalas mesej.
Sejujurnya, rasa marah Aafiyah pada Harraz sudah lama surut. Rupanya, maknya tidak tahu pun apa-apa tentang 'perkahwinan' dia dengan Harraz. Maknya cuma memarahinya kerana melarikan diri secara tiba-tiba di hadapan Dato' Azhar. Katanya nampak sangat tak beradab. Bernanah telinganya mendengar bebelan maknya itu sepanjang mereka pulang ke rumah selepas majlis hari itu.
Aafiyah mengetap bibirnya. Serius, dia rasa segan yang amat untuk berborak dengan Harraz.
"Fiya, you okey tak ni?" tegur Jason sambil menyuakan sebotol air mineral kepada Aafiyah.
"Okey aje. Kenapa? Nampak saya tak okey ke?" Air mineral bertukar tangan.
"Agaklah. You look pale. Harra.. I mean Harriz buli you ke?" soal Jason, prihatin. Sesekali dia memandang sekeliling, takut ada yang terdengar perbualan mereka.
"Mana ada. Saya okey aje. Awak jangan risau. Mungkin muka saya macam ni sebab tak cukup tidur. Yelah, awal pagi lagi dah kena ada kat sini. Mengantuk tahu tak?" Aafiyah menguap kononnya dia rasa mengantuk yang amat tika ini.
"Oh... okey. Kalau ada apa-apa, you boleh bagitahu I. I will try to help."
"Setakat ni tak ada lagi. Eh, Jason. Kenapa awak tak duduk dengan dia orang? Pergilah borak dengan geng awak tu," arah Aafiyah sambil menudingkan jari ke arah Harraz dan Emir.
"I tak berani..." luah Jason. Sempat dia mengeluh kecil.
"Kenapa?"
"Can't you see the tension between them? Seorang pun tak buka mulut," beritahu Jason.
Aafiyah memandang Harraz dan Emir silih ganti. Mereka duduk bersebelahan namun tidak bertegur sapa antara satu sama lain. Masih-masih sibuk memandang telefon bimbit mereka. Masih tak berbaik ke mereka dua ni?
Sejak kejadian yang berlaku di Langkawi, agak susah dia nampak Harraz bersama Emir. Gaduh sampai tak bercakap selama seminggu lebih ni. Masing-masing tidak mahu merendahkan ego mereka dan meminta maaf sesama sendiri. Uish.. lain macam gaduh mereka berdua ni.
"Fiya, tolong passkan badge ni kat Razzie. I nak jawab call ni kejap," arah Sal yang baru sahaja tiba dengan nada separuh bisik.
Badge yang berada di tangan Sal bertukar tangan. Terkocoh-kocoh Sal meletak barangnya di atas kerusi dan menapak menjauhinya setelah menjawab panggilan.
Aafiyah memandang badge yang berada di tangannya lama. Dia perlu berdepan dengan Harraz untuk beri benda ni kepada lelaki itu. Dan, sudah semestinya dia perlu memulakan perbualan dengan lelaki itu. Ah! Mesti rasa kekok untuk berborak dengannya. Hati Aafiyah berbelah bahagi saat ini. Sungguh, dia tidak mahu untuk berdepan dengan lelaki itu dalam keadaan tegang di antara mereka.
YOU ARE READING
My Secret Superstar
Romance"Ada hak ke, tak ada hak ke. Semua itu tak penting. Satu je saya nak pesan. Sabar itu separuh daripada iman. Tolong la belajar untuk bersabar, ya." - Nur Aafiyah. Dek pertemuan pertama di antara Nur Aafiyah dan Harraz Rayyan, jejaka yang mengenakan...