BAB 10

7 4 0
                                    


Shooting untuk drama pada hari ini bertempat di studio. Sepatutnya hari ini mereka perlu merakam di luar studio. Namun kerana cuaca tidak mengizinkan, mereka terpaksa menukar jadual mereka dan meneruskan babak yang tidak memerlukan mereka untuk berada di luar.

Aafiyah memandang sahaja gelagat Harraz yang sedang bertungkus-lumus untuk berlakon. Nampak tak kaku dan natural sahaja. Gaya macam dah biasa berlakon sahaja.

Memang dia tak dapat menyangkal yang Harraz mempunyai bakat terpendam sama seperti mamanya dan Harriz. Semakin lama dia melihat perkembangan Harraz, semakin dia rasa bangga. Macam segala aktiviti yang dia buat ini merupakan rutin hariannya. Padahal, baru beberapa minggu dia menjadi 'Harriz'. Sekejap aje dah jadi pro. Memang dia tabik spring pada Harraz!

"Cut. Okey nice. Next scene kita buat lepas rehat," beritahu direktor.

Seraya itu, Harraz jalan mendekati Aafiyah.

"Perfect?" soalnya sebaik sahaja dia melabuhkan punggung ke atas kerusi yang tersedia.

"Perfect." Sebotol air mineral disua kepada Harraz.

Botol tersebut bertukar tangan.

Ketika Harraz membasahkan tekaknya, bunyi ledakan kasut tumit tinggi yang sedang menghampiri mereka menerpa pendengaran. Langsung, Aafiyah dan Harraz mengangkat kepala mereka.

"You are so good today, Riz," puji Arisa sambil tersenyum manis.

Arisa merupakan watak perempuan yang bernama Risya dalam drama Harriz ini. Kiranya, dia nilah heroin dalam cerita Harriz.

Aafiyah meneliti wajah Arisa kejap. Boleh tahan cantik Arisa ni. Dengan wajah putih bersih berbentuk bujur sirih dan rambut yang berwarna perang lurus paras pinggang, wanita itu nampak sangat menawan pada mata Aafiyah. Namun, ada satu sahaja yang Aafiyah kurang gemar melihat. Tubuh kecil Arisa yang mengenakan dress paras lutut sedikit sebanyak buat dia rasa kurang selesa. Seksa sungguh mata melihat!

Aafiyah kemudian mengalihkan mata memandang Harraz. Lelaki itu, dia lihat sedang memandang Arisa tanpa kelip. Aik? Cair ke tu bang?

"Thanks," jawab Harraz pendek dengan senyuman yang dibuat-buat.

"You punya feeling tadi.. macam real sangat! I terpukau sekejap sampai terlupa line tadi. Nanti sharelah rahsia you," ujar Arisa, masih dengan senyumannya. Suara pula dia lunakkan sedikit. Gayanya seperti mahu mengoda orang.

"Practice makes perfect," balas Harraz malas.

Dia kemudian memalingkan wajah ke arah Aafiyah untuk meminta pertolongan.

Aafiyah tayang muka tak faham. Apa yang dia nak aku buat sebenarnya?

Melihatkan riak bingung pada wajah Aafiyah, laju Harraz mengeluarkan telefon bimbitnya dan menaip sesuatu di papan kekunci.

"You ni kan, Riz, multitalented tau. Semua you pandai buat. You know what, I rasa you ni charming la. Susah nak cari lelaki macam hebat macam you," puji Arisa.

Ting!

Aafiyah tersentak sedikit apabila telefonnya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Laju dia membuka telefonnya dan meneliti skrin. Dahinya berkerut apabila dia mendapat satu mesej daripada Harraz.

'Get this caterpillar off me this instance!" – Harraz.

Aafiyah tergelak kecil. Dia panggil Arisa caterpillar? Mentang-mentang baju yang Arisa pakai berwarna hijau dan hitam, boleh pula dia samakan Arisa dengan ulat bulu? Terhibur pula dia dengan perangai Harraz ni.

Aafiyah sangka yang Harraz akan tergoda dengan Arisa. Yelah, Arisa tu kan cantik. Mestilah ramai minat dia. Tapi, tak sangka pula Harraz tak suka wanita itu. Pelik betul lelaki ni! Ke lelaki ni songsang sebenarnya?

My Secret SuperstarWhere stories live. Discover now