Bab 34 & 35

4 2 0
                                    




BAB 34

'Harriz mengambil keputusan untuk berehat daripada dunia hiburan.'

Aafiyah tersenyum lebar melihat tajuk berita yang terpapar di skrin telefonnya. Sempat dia lepaskan satu keluhan lega. Akhirnya, Harriz dapat juga apa yang dia mahukan selama ini iaitu mengambil masa untuk berehat dari dunia seni.

Aafiyah meletakkan telefon bimbitnya ke atas meja. Seraya itu, dia tersandar pada kerusi sebelum dia menengadah memandang siling untuk seketika. Lambat-lambat bibir mengukir senyuman lebar.

Pada hari ini, dia telah menghabiskan latihan praktikalnya dengan jayanya. Terasa cepat pula masa berlalu. Rasa macam baru semalam aje dia mula bekerja.

Dalam masa enam bulan, banyak benda yang telah berlaku. Bermula dari sesi perkenalan dia dan Harraz diikuti dengan misteri kehilangan Harriz secara tiba-tiba yang menyebabkan Harraz terpaksa menggantikan tempat adiknya untuk seketika, perkahwinan Aafiyah dan Harraz sehinggalah penyatuan keluarga Harraz dan Harriz. Serius, dia rasa sangat lega kerana semua masalah yang mereka hadapi dapat mereka atasi dengan sebaik mungkin.

"Sometimes, it's hard to become an artist. You need to prepare your mind mentally and physically to receive all the criticism from people.  Therefore, the most important thing that you need to have is a positive mind." Masih segar di minda segala butir bicara Harriz kepadanya sebelum dia memulakan live di Instagramnya semalam.

Dalam live itu, Harriz telah memberitahu hasratnya kepada peminat-peminatnya tentang keputusannya untuk berhenti menceburi bidang seni. Dia turut memberitahu yang walaupun dia sudah tidak lagi bergelar artis, dia masih akan berinteraksi dengan peminat-peminatnya melalui media sosial dari semasa ke semasa. Katanya, dia mahu membalas jasa budi peminatnya yang sentiasa menyokongnya sejak dia memulakan kariernya lagi.

Sebagai seorang ahli Theharrizvangers, Aafiyah rasa sangat bangga dan gembira kerana Harriz dapat melakukan apa yang dia mahukan. Biarlah dia pilih masa depannya sendiri. Yang penting dia gembira dengan keputusan yang telah dia ambil itu.

"Assalamualaikum, sayangku," ucap Harraz lalu menapak masuk ke dalam bilik.

"Waalaikumussalam," jawab Aafiyah. Dia berlari anak mendekati Harraz sebelum dia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan suaminya itu.

"Amboi, sejak bila dah pandai jadi isteri mithali ni? Siap dengan senyuman manis lagi. Sejuk hati abang tengok. Kan best kalau sayang buat muka macam ni setiap hari," tegur Harraz sambil menyambut tangan Aafiyah.

"Eh, Fiya dari dulu macam nilah. Abang aje yang tak pernah nampak," bidas Aafiyah sambil cuba untuk mempertahankan diri. Padahal memang tak pernah-pernah Aafiyah jadi baik macam ni sejak bergelar isteri kepada Harraz. Mungkin sebab dia teruja sangat pada hari ini sebab dia sudah menamatkan latihan praktikalnya.

"Oh...hari ni Fiya habis intern kan?" teka Harraz.

Aafiyah mengangguk laju sambil tersenyum lebar.

Harraz tergelak kecil melihat telatah Aafiyah. Happy betul!

"Amboi... Seronok ya dah habis intern. So... Fiya dah buat keputusan ke belum sama ada nak sambung kerja terus?" soal Harraz. Pernah dia tanya Aafiyah sama ada wanita itu mahu terus bekerja di syarikat papanya setelah tamat latihan praktikalnya. Tapi Aafiyah menolak mentah-mentah cadangan Harraz itu.

Laju Aafiyah menggelengkan kepalanya. "Tak nak! Fiya nak cari kerja dengan usaha Fiya sendiri. Fiya tak nak ambil kesempatan walaupun suami Fiya ni bos besar. Jadi, abang jangan berani untuk cuba carikan kerja untuk Fiya. Kalau tak, siaplah abang," gertak Aafiyah.

"Hahaha.. yelah.. yelah." Harraz mengalah.

Dia kemudian jalan mendekati mejanya sebelum dia berhenti secara tiba-tiba. Untuk seketika dia tidak berganjak dari tempatnya. Kakinya bagaikan terpaku pada lantai.

My Secret SuperstarWhere stories live. Discover now