"Apalah nasib aku hari ni... Daripada banyak-banyak hari, kenapalah aku buat hal pada hari ni jugak... Kenapa..." desis Aafiyah dengan penuh rasa kesal.
Baru sekarang dia rasa menyesal kerana keceloparan mulutnya itu. Kalau ya pun nak tegur, tegurlah baik-baik. Yang kau pergi bagi ceramah free kat dia tu kenapa? Kan tak pasal-pasal nama kau diseru ke sini.
Aafiyah menampar bibirnya untuk sekian kalinya. Mulut tak ada insurans! Suka hati aje kau buat andaian anak CEO itu budak hantar makanan!
Sudah beberapa minit berlalu sejak dia berdiri di hadapan bilik yang tertera nama 'Harraz Rayyan' itu. Namun, sehingga sekarang dia masih tidak menapak masuk ke dalam bilik itu kerana rasa takut yang menyelubungi dirinya.
Sebelum dia terpacak di hadapan bilik itu, sempat dia berjalan-jalan sekeliling kawasan itu. Naik hairan juga apabila dia melihat kawasan itu yang sunyi lain macam. Yang ada hanya sekretari dan juga seorang pengawal yang menjaga di pintu masuk hadapan. Dia juga ada menegur sekretari bernama Katrina yang mejanya berada agak jauh dari bilik lelaki yang bernama Harraz Rayyan ini.
Pelik. Bukan sudah jadi kebiasaan ke untuk meja sekretari berada berdekatan dengan bilik bos? Dalam drama biasanya macam tu la kan?
Ah, sudah. Jangan samakan drama dan realiti! Kau sedarlah apa kau alami sekarang adalah realiti! Aafiyah menggelengkan kepalanya untuk menyedarkan dirinya.
Berbalik kepada sekretari tadi, dia sempat untuk tanya beberapa soalan kepadanya.
"Kenapa Encik Harraz panggil saya, ya?" tanya Aafiyah dengan muka tak malu. Macam kau tak tahu apa salah kau Fiya oi!
"Entah. Saya pun tak tahu. Dia suruh saya panggil cik untuk masuk ke bilik dia aje," balas Katrina sambil tersenyum manis.
Mendengarkan itu, Aafiyah tayang muka reda. Kau tawakal ajelah Fiya dengan apa yang bakal berlaku nanti. Sah-sah lelaki itu mahu menempelaknya setelah apa yang berlaku pada pagi tadi.
"Pelik... this is the first time," kata Katrina separuh bisik.
Aafiyah menjongket sebelah keningnya. "Kenapa pelik? Dan apa yang first time?"
"Ini kali pertama Encik Harraz panggil orang masuk bilik dia," terang Katrina.
Dahi Aafiyah berkerut. "Biar betul? Tak ada sorang pun masuk bilik dia? Termasuk..." Aafiyah cuba membaca riak muka Katrina yang masih tersenyum memandangnya.
"Ya. Saya pun tak pernah masuk ke bilik Encik Harraz. Apa-apa urusan, semua melalui telefon dan nota sahaja. Kalau urusan penting, dia sendiri akan keluar dan bagi tahu saya. Bilik itu macam kawasan larangan bagi saya," ujar Katrina dengan muka yang jelas kelihatan kesal.
"Kenapa sampai macam tu sekali ya? Dia ada sorokkan apa-apa ke kat dalam bilik dia tu?" soal Aafiyah hairan.
Soalan Aafiyah di balas dengan gelengan kepada Katrina.
"Saya dah lama kerja dengan Dato' Azhar tapi tak pernah tahu tentang kewujudan anak dia. Kalau awak tanya saya pasal Encik Harraz, memang saya tak boleh jawab. Sebab saya tak tahu sangat tentang Encik Harraz. Dia sangat misteri. Sekali pun saya tak pernah nampak muka dia sebab dia selalu tutup muka dia dengan mask dan glasses. Setiap kali keluar masuk mesti muka dia tertutup," beritahu Katrina.
Aafiyah angguk kepala. Kepalanya mencerna setiap butir bicara Katrina itu. Berapa saat berlalu, lambat-lambat bibir mengukir satu senyuman sinis.
"Saya syak dia ada penyakit kulit tu. Sebab tu rasanya dia nak sorokkan muka dia." Selamba badak aje dia mengutuk Harraz. Baru tadi dia rasa menyesal sebab cari pasal dengan anak bos. Sekarang, dah datang balik perangai mulut celoparnya itu. Huh! Memang cari maut kau ni, Fiya!
YOU ARE READING
My Secret Superstar
Romance"Ada hak ke, tak ada hak ke. Semua itu tak penting. Satu je saya nak pesan. Sabar itu separuh daripada iman. Tolong la belajar untuk bersabar, ya." - Nur Aafiyah. Dek pertemuan pertama di antara Nur Aafiyah dan Harraz Rayyan, jejaka yang mengenakan...