BAB 385 tahun kemudian...
Suasana di ruang tamu sangat bingit dengan bunyi pekikan kanak-kanak yang sedang berlari sana-sini. Sesekali mereka lari ke kanan. Sesekali ke arah kiri.
Aafiyah yang baru sahaja menapak ke ruang tamu bercekak pinggang memandang tajam ke arah dua orang anak kembarnya yang main tak ingat dunia itu. Seorang perempuan dan seorang lelaki. Tapi gaya macam dua orang lelaki pula. Lasak lain macam!
"Hafeez! Hayla! Jangan buat bising depan atuk!" marah Aafiyah.
Seraya itu, Hafeez dan Hayla berhenti berlari dan memandang Aafiyah.
"Ala... mama ni.. nak main pun tak boleh..." Hayla buat drama. Dia tayang wajah sedih demi meraih simpati.
Aafiyah mendengus. Drama queen betul! Ni mesti ikut perangai papa dia ni!
"Mama bukan tak nak bagi Hayla main tapi mama nak Hayla jadi macam perempuan sikit. Dah la pakai baju kurung. Lepas tu lari sana sini. Rosak baju kurung tu nanti," bebel Aafiyah.
"Hayla tak suka la pakai baju kurung ni, mama." Hayla menjuihkan bibirnya sambil memandang baju kurungnya dengan rasa tidak puas hati.
"Tak suka ke tak selesa untuk bermain?" perli Aafiyah.
Mendengar sindiran mamanya itu, Hayla terus menarik muka masam. Laju dia lari mendapatkan Harraz yang berada di sofa bersama Dato' Azhar di sisinya.
"Papa! Mama marah Hayla!" rengek Hayla.
Harraz tersenyum kecil sebelum dia mengarahkan Hayla untuk duduk di atas ribanya. Hayla akur lalu mengambil tempat di atas riba Harraz.
"Hafeez. Mari sini, main dengan papa dan atuk," panggil Harraz apabila sedar yang anak lelakinya itu tidak bergerak dari tempatnya. Mata pula masih terpaku pada wajah Aafiyah. Lain macam rasa takut budak ni terhadap mamanya sampai tak bergerak langsung. Beku lain macam!
Hafeez yang seperti tersedar daripada lamunannya lari mendekati Harraz lalu mengambil tempat di tengah-tengah Harraz dan Dato' Azhar. Mukanya nampak teruja lain macam. Sukalah tu dapat duduk di tengah-tengah manusia-manusia yang amat dia sukai.
"Hayla pun nak duduk kat tengah tu," rengek Hayla sambil menudingkan jarinya ke tempat yang Hafeez duduk.
Melihatkan itu, Hafeez cepat-cepat menepis tangan Hayla. Barangkali tidak mahu tempatnya diambil oleh Hayla.
Hayla jerit sebelum dia menangis sekuat hatinya. Bingit telinga mendengar suara nyaring Hayla memenuhi ruang itu.
Harraz hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja. Susah betul kalau dua-dua tak nak mengalah.
Tiba-tiba dia teringat akan dia dan Harriz sewaktu kecil dahulu. Lebih kurang macam mereka juga. Cuma Harraz jenis yang cepat mengalah sebab dia malas nak berbalah dengan Harriz yang pantang mengalah.
"Hayla, pergilah teman mama kat dapur tu. Kesian mama buat kerja sorang-sorang aje daripada tadi," usik Harraz sambil menudingkan jari ke arah Aafiyah yang masih berada di tempat yang sama.
"Tak nak! Hayla sakit mata pergi sana! Hayla tak suka mama! Nanti mama marah lagi," tolak Hayla sepenuh hatinya sambil memeluk tubuhnya.
Aafiyah yang menjadi pemerhati sejak daripada tadi merengus.
"Abang ni! Susah sangat ke nak jaga dia orang sekejap? Saya nak potong bawang pun tak boleh fokus. Tolong kawal sikit dia orang tu. Nanti kalau dia orang langgar barang-barang kat sini, siapa nak kemas?" bentak Aafiyah.
"Ya, sayang. Abang tahu. Abang tengah cuba la ni. Fiya ingat senang ke nak kawal dua orang ni?"
"Senang kalau abang pandai bodek dia orang. Bawalah dia orang jalan-jalan kat luar sementara tunggu Fiya habis memasak ni. Abang pun bukan buat apa-apa pun kan sekarang? Tengah duduk aje kan kat sofa tu? Lebih baik abang bawa dia orang kat depan rumah tu."
YOU ARE READING
My Secret Superstar
Любовные романы"Ada hak ke, tak ada hak ke. Semua itu tak penting. Satu je saya nak pesan. Sabar itu separuh daripada iman. Tolong la belajar untuk bersabar, ya." - Nur Aafiyah. Dek pertemuan pertama di antara Nur Aafiyah dan Harraz Rayyan, jejaka yang mengenakan...