BAB 36Dengan penuh tekun Aafiyah menyapu kawasan ruang tamu. Setelah beberapa hari tidak menyapu, akhirnya dapat juga dia bersihkan kawasan yang sudah berhabuk itu. Nampaklah licin sikit daripada tadi.
Selesai membersihkan rumah, Aafiyah menapak ke arah dapur pula. Dia ingin memasak untuk makan malam nanti.
Biasanya Dato' Azhar tak bagi peluang untuk Aafiyah memasak di rumahnya sebab lelaki itu mahu memasak sendiri untuk anak dan menantu kesayangannya. Tetapi memandangkan Dato' Azhar sudah keluar untuk bertemu dengan rakannya, dapat juga Aafiyah peluang untuk menunjukkan bakat memasaknya padai hari ini.
Menu makan malam pada hari ini biasa-biasa sahaja. Dia akan masak bihun goreng yang merupakan kegemaran Harraz.
Tanpa membazir masa, Aafiyah memulakan kerjanya. Tangan lincah memotong bahan-bahan yang akan digunakan untuk masakannya itu. Sesekali dia pandang jam di dinding. Sempat kut dia masak sebelum Harraz balik.
Ting Tong!
Aafiyah yang sedang sibuk memotong bawang tersentak apabila terdengar bunyi loceng rumah. Langsung, dahinya berkerut. Siapa pula datang waktu ni? Takkan la Harraz? Awal betul dia balik? Ataupun posmen yang ingin menghantar barang?
Tidak tunggu lama, Aafiyah berhenti melakukan kerja seraya menapak ke arah ruang tamu. Sempat dia capai turun sarungnya sebelum dia letak elok pada kepalanya. Selesai menutup auratnya, dia jalan menuju ke arah pintu masuk. Tanpa melihat siapa yang menekan loceng, Aafiyah terus membuka pintu luas.
Semakin berkerut dahinya melihat tiada sesiapa yang berada di luar. Budak-budak main tekan loceng rumah ke?, tebak Aafiyah.
Aafiyah merengus kasar. Kacau betullah! Orang nak masak dengan tenang pun tak boleh. Huh!
Aafiyah putus untuk masuk ke rumah semula. Namun, baru sahaja dia ambil satu tapak, tiba-tiba...
Buk!
Kepalanya dihentak dengan kuat.
Berpinar-pinar kepalanya dek pukulan itu sehinggakan dia jatuh terbaring di atas lantai. Dalam rasa sakit, dia paksa diri terus membuka matanya. Penglihatannya agak kabur untuk mengecam wajah manusia yang sedang berdiri bersama batang kayu di tangan di hadapannya itu. Aafiyah pasti, kayu itulah yang digunakan untuk menghentak kepalanya tadi.
"Si... siapa?" Dalam kepayahan, Aafiyah bersuara. Mata masih tertancap pada wajah orang yang memukulnya tanpa sebab itu. Kejap. Kenapa macam pernah nampak muka tu? Nampak macam....
Belum sempat Aafiyah dapat meneka gerangan lelaki yang berada di hadapannya itu, sekali lagi lelaki itu memukul kepalanya. Dek pukulan yang kuat, Aafiyah tidak mampu untuk bertahan lagi. Terus dia terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.
PERLAHAN-LAHAN Aafiyah membuka matanya. Berkerut dahinya menahan rasa sakit pada bahagian belakang kepala dek hentakan kuat yang dia terima tadi.
"Aduh..." keluh Aafiyah apabila dia cuba untuk menggerakkan tangannya yang terikat di belakang kerusi yang dia duduki. Kuat sangat ikatannya sampaikan dia gagal untuk melonggarkannya walau sedikit pun.
Dalam rasa sakit, dia memandang kawasan sekelilingnya. Satu keluhan berat terlepas dari bibir.
Deja vu.
Situasi yang sedang dia hadapi tika ini seperti pernah berlaku dahulu. Dah dua kali dia diculik dan berada dalam keadaan seperti ini. Cuma bezanya dia tidak berada di kilang kosong. Sebaliknya dia berada di satu bangunan yang masih belum habis dibina. Patutlah rasa sejuk semacam. Kiri kanan depan belakang, semua tempat terbuka luas dek dinding yang belum dibina sepenuhnya.
YOU ARE READING
My Secret Superstar
Romance"Ada hak ke, tak ada hak ke. Semua itu tak penting. Satu je saya nak pesan. Sabar itu separuh daripada iman. Tolong la belajar untuk bersabar, ya." - Nur Aafiyah. Dek pertemuan pertama di antara Nur Aafiyah dan Harraz Rayyan, jejaka yang mengenakan...