BAB 8

6 4 0
                                    



"Are you serious, babe?!" soal Sal sebaik sahaja menapak keluar dari lif peribadi. Laju dia mendekati Aafiyah dan Harraz yang sedang berada di meja tetamu dengan penuh rasa gelisah.

Selesai sahaja sesi photoshoot pada hari ni, Aafiyah terus beritahu tentang kejadian yang berlaku di studio tadi kepada Sal.

Mendengarkan hal itu, Sal jadi gelabah lain macam. Barangkali tidak menduga yang ada orang cuba meracuni air Harraz.

Oleh itu, Sal ambil keputusan untuk bertemu di ofis Harraz pada waktu petang untuk mendengar penjelasan lanjut sekali gus membincangkan rancangan mereka seterusnya.

"Saya tak pasti Sal. Dia yang cakap macam tu," beritahu Aafiyah sambil menudingkan jari ke arah Harraz.

Sejujurnya, dia masih tak percaya sama ada benar atau tidak yang di dalam cawan itu ada racun seperti apa yang dikatakan oleh Harraz. Macam tak masuk akal pula. Bagaimana Harraz boleh tahu yang minuman itu diracun dalam sekali pandang sahaja?

Harraz yang berada di hadapannya tidak menunjukkan sebarang riak. Langsung tidak ada niat untuk memberi penjelasan lanjut untuk menceritakan bagaimana dia boleh tahu minuman itu diracun.

"Kalau betul la ada orang letak, jadi... siapa? Siapa yang tergamak sampai nak buat macam tu?" soal Sal. Wajahnya jelas nampak risau akan apa yang terjadi di studio. Sungguh, dia tidak menyangka yang ada orang tergamak untuk cuba membunuh Harraz.

"I don't know. Someone inside the studio, i guess?" balas Harraz sambil menyilangkan tangannya ke dada. Riak mukanya nampak tenang aje. Gaya macam tak ambil kisah dengan apa yang terjadi. Tak macam Sal yang pucat lain macam.

"Siapa yang bagi kopi tu kat you?" Sal menyoal lagi.

"Staf perempuan yang minat dia tu," sampuk Aafiyah, membalas persoalan Sal.

"Oh, dia ke yang letak?"

"Aku tak rasa perempuan tu. Sebab..."

"Sebab dia minat kat awak kan?" potong Aafiyah. Nak back up peminat dia la tu!

Hujung bibir Harraz ternaik sikit.

"Point taken," kata Harraz.

Aafiyah mencebik. Perasan!

"Lagipun, aku perhati aje waktu dia ambil kopi tu. Nampak macam natural aje. More like, she was just doing her job," sambung Harraz, langsung tidak ambil kisah akan muka cemberut Aafiyah.

"Tapi... dia bagi kat awak aje kan kopi tu? Mana ada dia bagi kat orang lain lepas tu," ujar Aafiyah.

Setahunya, selepas staf wanita itu berikan kopi kepada Harraz, dia terus bergegas ke arah lain tanpa memberikan kopi kepada orang lain.

"Ada je dia bagi kat Jason dengan Emir dan beberapa staf lain. Kau je tak nampak dia."

"Hmm, yelah. Saya mana ada masa nak tengok sekeliling macam awak," omel Aafiyah dengan nada bersahaja.

"Siapa cakap aku perhati sekeliling aku?" soal Harraz. Keningnya terangkat sedikit.

"Tu, awak sempat usha perempuan tu. Kiranya awak perhatikan gerak-geri dia la kan?" duga Aafiyah sambil tersenyum sinis.

"No, I wasn't watching her. I was looking at you."

Semerta, senyuman di bibir menghilang. Jawapan Harraz sebentar tadi buat Aafiyah tergamam. Dia... pandang aku?

"Aku perasan perempuan tu sebab dia ambil kopi kat meja belakang kau. Nak bukti lagi? Aku nampak kau menguap, lepas tu aku nampak kau merungut bila nak habis masa, tengah fikir esok nak buat apa, ada jugak aku dengar kau macam mengutuk aku... Kau nak aku sambung lagi?" soal Harraz sambil tersenyum nakal memandang Aafiyah.

My Secret SuperstarWhere stories live. Discover now