EPILOG

8 2 2
                                    




"Hayla, Hafeez! Pose sikit macam ni!" arah Sal sambil menunjukkan pose divanya kepada Hayla dan Hafeez.

Tidak membantah, Hayla dan Hafeez meniru gaya yang diajar oleh Sal.

"Cantiknya! Fiya tengok ni! Tengok ni!" Sal terjerit kecil dengan penuh rasa teruja sambil menunjukkan gambar yang dia tangkap kepada Aafiyah.

Melihat gambar yang ditangkap oleh Sal itu, mata Aafiyah membulat. "Sal! Kenapa awak ajar dia orang pose macam ni!" marah Aafiyah.

"Eh cantik apa! Macam I!" Sal memuji dirinya.

"Sebab macam awaklah dia orang nampak pelik!"

"Omg Fiya! You cakap I pelik ke? Sampai hati!" Sal buat-buat merajuk.

"Wassup guys! Sorry aku lambat! Terbangun lambat sebab semalam busy. By the way, Selamat Hari Raya!" ucap Jason sebaik sahaja dia tiba di kawasan taman rumah Dato' Azhar itu.

"Uncle Jason!" laung Hayla dan Hafeez sebelum mereka lari mendapatkan Jason. Tangan Jason dipaut oleh mereka sebelum dia ditarik mendekati Sal.

"Uncle Salman. Bagi camera tu kat uncle Jason. Uncle Jason lagi pandai tangkap gambar," arah Hafeez.

"Oh my god! Ew! Siapa pula Salman? I Sal okey. Sal. Uncle Sal pun pandai tangkap gambar jugak! Hayla dengan Hareez tak suka ke uncle Sal ambil gambar korang?" cebik Sal.

"Mungkin sebab kau demand pose pelik-pelik kut. Tu yang dia orang tak suka," balas Jason bagi pihak Hayla dan Hafeez.

Langsung, Sal menarik muka masam. Sakit hati pula apabila skill fotografinya dipertikaikan.

"Woi, Jason! Lambat kau datang," tegur Harriz. Sempat dia berfist-pump dengan Jason. Harraz yang berada di sebelahnya turut memberikan fist-pump kepadanya.

"Sorry guys. Aku busy. Korang jangan lupa aku ni masih artis, okey? Walaupun dah sendu sikit," ujar Jason sambil tayang muka sedih.

"Sendulah sangat. Aku tengok banyak aje muka kau kat dalam iklan tu," bidas Harraz.

"Iklan ajelah yang aku mampu. Tu mana cukup untuk sara hidup aku. Nasib baik aku buat YouTube channel dengan Sal. Kalau tak, memang tak masyuklah duit."

"Korang punya YouTube channel tu famous kan? Selalu aje trending setiap kali korang buat video. Kalau dah trending tu, kira awak masih famouslah kan?" sampuk Aafiyah.

"Trending tu sekejap aje, Fiya. Nanti mesti ada competitors baru yang buat content sebijik macam kita orang. Lepas tu, kita orang kena tukar content pula. Ingat senang ke nak fikir idea untuk content baru," bebel Sal dengan muka tak puas hati.

"Biasalah tu. Zaman sekarang ni kalau viral aje semua nak ikut. Jadi korang carilah idea yang lain daripada yang lain. Jangan korang tiru idea orang lain sudahlah," kata Aafiyah dengan niat mahu menyedapkan hati Sal.

"Yelah...yelah. Oh! By the way guys, jom selfie. I tengah nak buat vlog untuk my new video. Jom jom!" ajak Sal.

Seraya itu, semua berkumpul pada satu tempat dan Sal mula menangkap gambar untuk beberapa kali. Pelbagai jenis riak muka yang mereka pamerkan. Gembira, sedih, serius, rupa buruk dan lain-lain lagi. Memang tak kering gusi sepanjang mereka bergambar. Lagi-lagi dengan adanya Sal dan Jason yang tidak habis-habis menggelikan hati mereka. Pasti ada sahaja modal untuk mereka jadikan sebagai bahan lawak. Memang tak boleh dinafikan yang Sal dan Jason mempunyai bakat untuk menjadi pelawak!

"Mama! Papa! Uncle Riz! Atuk dah tunggu nak ambil gambar!" jerit Hayla dari satu arah.

Mendengar laungan Hayla itu, langsung Harriz menepuk dahinya. Lupa pula yang dia sudah menyuruh Dato' Azhar untuk duduk di kerusi untuk menangkap gambar keluarga. Dia datang ke sini pun sebab nak minta Sal tangkap gambar menggunakan kameranya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

My Secret SuperstarWhere stories live. Discover now