BAB 25Aafiyah memandang kiri kanan mengintai kawasan sekelilingnya di sebalik pintu sebelum dia melepaskan nafas lega. Tiada!
Dengan hati yang tenang, dia keluar dari bilik. Bukan apa, dia cuma takut dia terserempak dengan Harriz sahaja.
Kenapa dia perlu takut kalau dia berjumpa dengan Harriz? Hm... semunya sebab Harraz.
"For now, I want you to avoid Harriz at all cost. Nanti kalau dia buat apa-apa kat Fiya waktu abang tak ada macam mana? So, kalau nak keluar bilik tu perhatikan sekeliling dulu. Kalau nak sangat cakap dengan dia, perlu ada abang baru Fiya boleh cakap. Faham?" Masih terngiang-ngiang suara tegas Harraz malam semalam yang melarangnya untuk bertemu dengan Harriz bersendirian.
Aafiyah sememangnya tidak suka orang mengongkong dirinya. Dia bukan budak kecil lagi sampai kena ikut arahan yang tak masuk akal itu.
Tetapi, Aafiyah terpaksa akur. Yelah, suami yang buat keputusan, dia kenalah ikut. Lagipun Aafiyah ada bagi syarat kepada Harraz yang dia perlu berbaik dengannya Harriz sebelum dia pindah masuk ke rumah barunya. Harraz pun sudah bersetuju. Kiranya macam win-win situation la.
"Hai, Fiya," tegur seseorang dari arah belakang.
Aafiyah yang baru sahaja ingin menuruni tangga berdiri kaku. Tak perlu toleh ke belakang pun dia boleh tahu suara itu. Suara yang amat dia kenali. Siapa lagi kalau bukan idolanya, Harriz!
"Hai," tegur Harriz sekali lagi. Kali ini dia berada betul-betul bersebelahan Aafiyah bersama senyuman manis menghiasi wajahnya.
Aafiyah jadi tak keruan. Dia tak tahu apa yang dia perlu buat sekarang. Nak lari balik masuk bilik? Dia risau dia akan kacau Harraz yang masih sedang terlena. Nak turun bawah? Mungkin Harriz akan cuba untuk berborak dengannya juga. Serius, dia berada di dalam dilema sekarang ini.
"Tak nak cakap dengan saya ke?" soal Harriz apabila melihat Aafiyah yang masih tidak memberi sebarang respons.
Aafiyah mengetap bibirnya. Kenapalah mamat ni boleh ada waktu macam ni? Ni kalau Harraz tahu mesti dia dah kena marah!
Setelah beberapa lama mendiamkan diri, Aafiyah putus untuk buat tak endah Harriz, seperti yang sudah dia berjanji dengan Harraz. Dia jalan menuruni tangga sambil cuba untuk menahan debaran di dada.
"Are you scared that I will do something to you like I did last time?"
Langkah Aafiyah terhenti di tengah jalan apabila soalan itu dilontarkan oleh Harriz.
"Don't worry. Saya janji saya tak akan apa-apakan awak. Saya tak sejahat tu," sambung Harriz.
Mendengarkan itu, Aafiyah melepaskan satu keluhan berat. Dalam keadaan terpaksa, dia memalingkan tubuh dan mendongak memandang Harriz yang masih berada di kawasan yang sama.
"Apa yang awak nak?" soal Aafiyah tanpa riak.
"I want your ears," jawab Harriz tenang.
"Hah?"
"Saya nak pinjam telinga awak sekejap aje. Bagi saya 10 minit pun dah cukup. Saya janji saya tak akan apa-apakan awak," kata Harriz dengan penuh mengharap.
Aafiyah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tak tahu sama ada dia perlu untuk mendengar kata Harraz atau bantu Harriz.
Setelah beberapa minit berfikir, akhirnya Aafiyah setuju. Dia tak bermaksud nak isteri derhaka sebab memungkir janji dengan Harraz. Dia cuma rasa kasihan terhadap Harriz. Mana tahu, lepas dia mendengar luahan hati Harriz, dia boleh tahu apa masalah yang sedang lelaki itu hadapi.
YOU ARE READING
My Secret Superstar
Romance"Ada hak ke, tak ada hak ke. Semua itu tak penting. Satu je saya nak pesan. Sabar itu separuh daripada iman. Tolong la belajar untuk bersabar, ya." - Nur Aafiyah. Dek pertemuan pertama di antara Nur Aafiyah dan Harraz Rayyan, jejaka yang mengenakan...