BAB 27Makanan yang terhidang di atas meja sekali pun tidak diusik oleh Aafiyah. Dia langsung tidak berselera untuk melahap makanannya tika ini. Barangkali kerana dia baru sahaja minum air milo beberapa minit yang lalu.
Hari ini hanya Aafiyah, Harraz dan Harriz sahaja berada di rumah. Dato' Azhar tidak ada bersama mereka kerana ada kerja yang perlu dia siapkan di Indonesia. Dia akan berada di sana selama seminggu.
Sesekali Aafiyah mengerling mata memandang Harriz yang sedang asyik menikmati makanannya. Seminggu sudah berlalu sejak kejadian program talk show berlaku. Setelah program itu tamat, ianya menjadi perbualan hangat di media sosial. Ramai yang masih memberikan sokongan kepada Harriz dengan mengatakan yang mereka boleh nampak usaha Harriz selama dia menjadi artis dan ada juga yang mengkritiknya.
Biasalah. Setiap manusia mempunyai pendapat masing-masing. Apa je kita buat, tak semua orang akan suka. Mesti ada sahaja orang yang tak akan penat mencari kesalahan kita. Namun, ia tak bermakna kita perlu mengalah. Mungkin perkara seperti ini boleh menjadi satu langkah untuk kita terus maju ke hadapan. Failure is the key to success!
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" soal Harriz apabila menyedari Aafiyah sedang memandangnya.
"Eh.. mana ada..." Laju Aafiyah membuang pandangan ke arah lain.
"Tak nak makan ke?" soalnya lagi apabila sedar makanan di pinggan Aafiyah masih tidak terusik.
"Saya tak lapar sangat. Perut masih kenyang ni."
"Kenapa Fiya bagi tahu yang Fiya tak lapar?" celah Harraz yang berada di sisinya.
"Sebab Fiya rasa bersalah kalau kita makan asing-asing."
"Kenapa pula?" soal Harriz dan Harraz serentak. Seraya itu, mereka memandang satu sama lain dengan riak tak puas hati.
Aafiyah tergelak kecil melihat telatah dua adik beradik itu. Memang betul-betul kembar dia orang ni! Nak bercakap pun serentak!
"Fiya lagi suka makan sama-sama. Sebab tu Fiya duduk kat sini sekali," beritahu Aafiyah.
"Kalau macam tu, makan la perlahan-lahan. Kalau Fiya nak makan nanti pun tak apa. Kita orang tak kisah sangat pun," beritahu Harriz.
Aafiyah tidak membalas dan sekadar tersenyum kecil.
"Esok kau ada jadual ke?" soal Harraz kepada Harriz.
"Ada. Kenapa? Kau nak ganti aku ke?" seloroh Harriz.
"Tak ada maknanya aku nak ganti kau dah." Harraz tayang muka jelak. Tak ingin dia menggantikan tempat lelaki itu lagi.
"Manalah tahu kan..." kata Harriz dengan muka bersahajanya.
Aafiyah mendengar sahaja perbualan mereka itu. Rasa gembira pula melihat hubungan Harriz dan Harraz yang sudah semakin baik. Mungkin Harraz sudah berjumpa dengan Harriz dan berbincang baik-baik tentang hubungan mereka yang renggang itu. Walaupun sedikit sahaja perubahan itu, Aafiyah tetap rasa lega. Bak kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.
"Aku nak pinjam bini kau esok," tutur Harriz.
Harraz yang baru sahaja ingin menyuapkan nasi ke dalam mulutnya berhenti sekejap.
"Apa dia?" soal Harraz.
"Aku. Nak. Pinjam. Fiya," ulang Harriz sambil menyebut satu-persatu perkataan.
"Kau cakap nak pinjam dia seminggu aje kan? Dah habis seminggu dah pun. Kau ingat isteri aku ni patung ke untuk kau pinjam sesuka hati," bentak Harraz. Matanya mencerlung memandang Harriz.
YOU ARE READING
My Secret Superstar
Romance"Ada hak ke, tak ada hak ke. Semua itu tak penting. Satu je saya nak pesan. Sabar itu separuh daripada iman. Tolong la belajar untuk bersabar, ya." - Nur Aafiyah. Dek pertemuan pertama di antara Nur Aafiyah dan Harraz Rayyan, jejaka yang mengenakan...