//edited//
"Weh Akif, cepatlah sikit! Kau ni lambat lah." Laila memanggil Akif yang masih lagi mengikat tali kasut.
"Kejaplah Laila, kita bukan lambat sangat pun. Awal lagi," keluh Akif yang mempercepatkan ikatan kasutnya.
"Tahu, aku saja nak kau cepat," ujar Laila.
Sambil berjalan kaki ke sekolah bersama, mereka berbual-bual kosong mengisi waktu.
"Laila, aku bersyukur kau join aku pindah sekolah. Aku taktau nak buat apa kalau aku sorang je. Mesti sunyi."
"Alah, takyah feeling sangat lah. Lagipun sekolah lama kita tu kan memang jauh gila dari rumah. Sekolah ni lagi dekat nak jalan kaki balik. Takyah susahkan mak kau lagi ambil lepastu hantar kita."
Akif mengangguk, bersetuju.
"By the way kan, malam tadi, aku ada terbaca satu manhwa ni tau... manhwa ni cute gila pasal senior dengan junior," ujar Akif.
"Dahtu, kau nak berangan lah hari ni kau jumpa senior lelaki yang handsome-handsome?" usik Laila.
"Alah, apa salahnya kan.. A boy can only drea-"
Belum sempat Akif menghabiskan ayatnya, dia terasa lengannya seperti dilanggar oleh sesuatu. Rupanya, ada seorang pelajar lelaki berkemeja ungu dan berbeg sekolah selempang, berbasikal terlalu hampir dengan Akif sehingga pemegangnya terlanggar siku Akif, membuatkan badan Akif tertolak ke hadapan sedikit.
"Sorry!" jerit lelaki tersebut tanpa menoleh ke belakang.
Laila yang pada mulanya terkejut, mula galak mentertawakan Akif.
"Tulah, berangan lagi. Kan dah kena," kata Laila yang tawanya masih bersisa.
Muka Akif mula terkemut-kemut tidak puas hati dengan lelaki tersebut. Emosinya yang pada mulanya gembira ingin menceritakan semula tentang bukunya terganggu dan dia pun diam. Dia hanya mampu melihat kelibat beg selempang hitam yang bertulis NIKE berlalu pergi seperti dalam keadaan tergesa-gesa.
"Sakit ke, Akif? Meh aku tengok," ujar Laila selepas tawanya reda.
"Takpelah, sikit je."
Mereka pun meneruskan perjalanan ke sekolah. Akif dan Laila ditempatkan di dalam kelas yang sama dan mereka memilih tempat duduk bersebelahan.
Akif memilih tempat duduk di sebelah tingkap. Sekiranya dia menjenguk ke luar, dia dapat melihat atap sekolah, pelajar-pelajar di dalam kelas bertentangan dengan kelasnya----
'Siapa tu? First day sekolah dah tidur dalam kelas,' detik hati Akif.
Kelihatan seperti seorang pelajar lelaki berkemeja ungu yang duduk di sebelah tingkap, meletakkan kepalanya di atas meja.
"Muhammad Akif, jangan termenung kat luar tu. Baca perenggan yang pertama."
Akif yang tersipu-sipu setelah ditegur oleh gurunya, berdiri untuk membaca perenggan tersebut.
Kelas pada hari tersebut tamat awal dari yang sepatutnya kerana pelajar Tingkatan 4 perlu menjalani orientasi untuk berkenalan dengan pelajar sesi pagi yang lain selama seminggu.
"Saya nak minta tolong pelajar-pelajar keluarkan kerusi di belakang dewan dan susun di sini. Pelajar senior tolong pantau mereka sekejap sementara saya nak ambil barang saya di kereta," ujar Puan Salsabila, Guru Kaunseling yang bertanggungjawab mengenai orientasi pelajar baru.
Berpusu-pusu pelajar Tingkatan 4 mengambil seorang satu kerusi dari belakang dewan. Belakang dewan tersebut tidaklah luas mana, dan mereka perlu beratur untuk mengambil kerusi.
YOU ARE READING
Eh, Aku dan Dia?
Romance"Aku pun tak sangka kau akan jadi sebahagian yang penting dalam hidup aku." "I hope you won't regret it." "How could I?" --------------------------------------------------- Akif, pelajar sekolah menengah, tak pernah terfikir yang buku-buku manga dan...