Bunyi mesin pencetak tidak henti-henti mengisi bilik yang gelap. Kelihatan seperti mesin pencetak tersebut sedang mencetak gambar-gambar dua susuk tubuh remaja lelaki dengan kuantiti yang banyak. Ditemani dengan bunyi-bunyi bisikan oleh seorang jejaka yang penuh emosi. Bicaranya kadang-kala kedengaran marah, kemudian kedengaran seperti sedang merintih.
"Kau tak payah nak berlagak hero lah sial. Kau tunggu apa jadi kat kawan kau esok."
"Kenapa kau tinggalkan aku..... aku still sayang kau, kau tau tak?"
"Kenapa kau dah tak sayang aku?! Kenapa?! Kenapa...."
"Kau jangan ingat kau dah menang. Kau ingat macam tu je aku nak lepaskan kau?"
Dia terhenti seketika, kemudian menyalahkan dirinya.
"Mungkin memang salah aku, kau dah tak sayang aku. Tapi aku boleh berubah. Kenapa kau taknak aku lagi?"
"Tak.. ni bukan salah aku.. kalau budak tu tak sibuk-sibuk, aku boleh dapatkan dia balik! Bodoh! Sial! Semua benda sial!"
Tiba-tiba bunyi ketukan pintu yang kuat menjelma. Suara perempuan berumur 50-an kedengaran di sebalik pintu.
"Kau buat apa dalam tu sial?! Kau diam boleh tak? Aku nak tidur! Kau ni memang anak sial! Jangan sampai aku masuk, aku pukul kau!"
Jejaka di dalam bilik tersebut menutup kedua-dua telinganya lalu mengucapkan kata maaf dengan perlahan, "Sorry, Mak.. Jangan pukul Syakir..."
Air matanya mula berlinangan tanpa henti.
Keesokan harinya, dia tiba di sekolah awal dan menjatuhkan kertas-kertas dengan gambar yang telah dicetak dari bangunan yang paling tinggi dengan senyuman.
Satu-persatu kertas dikutip dan bisikan-bisikan homofobia saling bertukaran.
"Aku dah agak dah diorang ni gay. Kau ingat tak diorangkan selalu together. Geli sial!"
"Haritu aku nampak gak. Diorang memang selalu balik sama-sama kan?"
Ada juga reaksi yang berbeza, lebih-lebih lagi dalam kalangan perempuan.
"Weh, kau nampak tak gambar Abang Faliq dengan Akif?"
"Iye.. Comel do! Aku ship!"
Omongan mereka didengari oleh Balqis.
"Gambar apa tu?" tanya Balqis.
"Ni ha.. taktau siapa sebarkan gambar ni."
Terbuntang mata Balqis.
"Habislah diorang... Korang, tolong aku kutip gambar-gambar ni boleh?" ujar Balqis, kerisauan melanda dirinya sekiranya Akif akan menjadi mangsa buli dan homofobia.
Mereka mengangguk.
Reaksi pantas Balqis yang mengemas kertas-kertas tersebut membuatkan hanya yang hadir awal ke sekolah saja mengetahui insiden gambar tersebut. Namun, Balqis tak mampu menahan orang-orang dari menyebarkan khabar tentangnya.
Setibanya Akif di sekolah, dia perasan bahawa dirinya diperhati oleh ramai orang. Ada seorang rakan sekelasnya yang terlanggar bahunya. Akif baru sahaja ingin meminta maaf, tiba-tiba kasutnya diludah.
"Gay!" bisik lelaki tersebut.
Akif terkejut lalu melarikan dirinya ke tandas. Dia membuka paip di singki dan membasuh mukanya. Dia benar-benar tidak faham apa yang sedang terjadi. Bunyi tapak kasut tiba-tiba menghampiri lalu dia memasuki salah satu kubikel tandas untuk menyorok.
"Kau tau tak, pagi tadi, ada orang sebarkan gambar gay."
"Weh siapa? Budak sekolah kita ke?"
"Haah. Alah yang PRS tu, siapa nama dia, Faliq? Dengan budak mana tah."
YOU ARE READING
Eh, Aku dan Dia?
Romance"Aku pun tak sangka kau akan jadi sebahagian yang penting dalam hidup aku." "I hope you won't regret it." "How could I?" --------------------------------------------------- Akif, pelajar sekolah menengah, tak pernah terfikir yang buku-buku manga dan...