Bab 4

736 28 3
                                    

//edited//

"Hai, Kak Zaara!"

Zaara tak sangka dia terdengar suara yang paling dia tak nak jumpa saat itu. Laila sudah biasa diabaikan oleh Zaara. Lalu dia pun mula berceloteh, saja bertanyakan tentang perihal Zaara seperti apa yang dia makan tengah hari tadi padahal mereka tidaklah serapat mana pun.

"Kak Zaara makan apa tengah hari tadi?"

"..."

"Saya beli nasi lemak je kat kantin tengah hari tadi. Kak Zaara lapar tak? Jom kita pergi kafe? Ada kafe yang baru bukak dekat-dekat sini. Jalan kaki pun dah sampai."

"..."

"Saya belanja!"

"Pergi baliklah..."

'Eh? Rasa macam ada yang tak kena.'

Suara Zaara yang biasanya garang dan tegas, kedengaran sayu pada saat itu. Laila cuba untuk mencuri pandang muka Zaara. Dia agak terkejut apabila ternampak mata Zaara yang sedikit merah seperti baru lepas menangis. Lantas dia menutup mulutnya.

Apabila tiba di pintu pagar sekolah, Zaara tidak mengeluarkan apa-apa suara. Begitu juga Laila. Laila tidak jadi untuk meneruskan perjalanannya pulang ke rumah, sebaliknya dia diam-diam berjalan menemani Zaara di sisinya. Walaupun laluan ke rumahnya dan ke rumah Zaara adalah bertentangan arah.

Zaara pula tidak menghalaunya, hanya membiarkan Laila menemaninya pulang.

Hanya kesunyian yang menemani mereka berdua. Laila tahu Zaara mengalirkan air mata dalam kesunyian tersebut. Namun, dia tidak berkata apa-apa. Dia hanya menemani Zaara sehinggalah Zaara sampai ke rumahnya sebelum dia berpatah balik dan pulang ke rumahnya.

Dalam perjalanan Laila ke rumahnya sendiri, tiba-tiba turunnya gerimis. Laila berasa nasib baik kerana kali ini gilirannya yang membawa payung. Dia masih memikirkan kelakuan Zaara yang aneh, dari garang menjadi senyap lalu terus terlupa tentang Akif.

------------

Setelah pertemuan tak dijangka antara Akif, Balqis dan Dahlia, Akif mengambil keputusan untuk terus pulang ke rumah. Baru sahaja dia hendak melangkah keluar dari pintu pagar sekolah, tiba-tiba dia terasa gerimis.

Dia pun mengambil teduh di tempat perhentian bas. Dia duduk sambil mengeluh,

"Apalah nasib aku harini. Dahlah tak dapat jumpa Abang Faliq, takde payung pulak tu."

Akif kecewa kerana jangkaannya pada hari itu meleset. Tambahan pula, dia tak nampak Faliq walau kelibatnya. Dan sekarang hujan, seperti sengaja untuk menambah luka di hatinya.

Baru dia hendak melepaskan keluhan untuk kali ke dua, dia ternampak ada kelibat berdiri di hadapannya.

Apabila dia mengangkat mukanya, alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat muka tanpa riak kepunyaan jejaka yang dia tunggu-tunggu sepanjang hari ini, muncul di hadapannya. Akif berdoa agar Faliq tak dengar keluhan pertamanya tadi.

Dengan payung di tangan kanannya, Faliq berkata,

"Jom."

Akif blur. Dia masih belum habis terkejut melihat Faliq yang tiba-tiba di depan matanya.

Tiga saat berlalu. Akif mula faham apa maksud Faliq lalu membeliakkan matanya. Faliq sudah keluar dari bawah tempat perhentian bas, memegang payung di tangan kanannya dan basikal di tangan kirinya, menunggu Akif.

Akif cepat-cepat pergi ke arah Faliq. Apabila dia berdiri di sebelah Faliq, dia berkata,

"Erm, Bang, biar saya pegang payung eh?"

Walaupun jantungnya berdegup dengan kencang, dia tetap beranikan dirinya untuk bersuara kerana dia rasa bersalah melihat kedua-dua tangan Faliq yang penuh.

Faliq pun membenarkan Akif mengambil payung dari tangan kanannya. Tangan mereka tersentuh secara tidak sengaja dan muka Akif mula panas. Cuaca yang sejuk itu tak mampu meneutralkan rasa panas yang Akif rasa dan mukanya mula merah-merah. Tak lama kemudian, Faliq bertanya,

"Panas ke?"

Makin kuat rentak jantung Akif. Teringat semula kejadian di dalam dewan.

'Tak bang, malu AAAAAA', jerit hati Akif.

"Oh taklah," jawab Akif sepatah, cuba mengawal nada suaranya.

Mereka meneruskan perjalanan. Tangan Akif mulai lenguh kerana dia terpaksa memanjangkan tangannya oleh kerana ketinggian Faliq. Akif mula mengurut-urut tangan kirinya. Tiba-tiba Faliq berhenti. Dia meleraikan beg selempang dari badannya dan menghulurkannya kepada Akif.

Akif rasa pelik akan kelakuan Faliq tetapi tetap menerimanya. Dalam masa yang sama, Faliq mengambil semula payung dari tangan kiri Akif dan meneruskan langkah.

Tak lama kemudian baru Akif faham mengapa Faliq berbuat sedemikian dan senyuman kecil mula terukir di bibir Akif.

Hatinya berbunga-bunga kerana dia merasakan babak ini ialah babak tipikal di dalam manhwa. Dia tak sangka dia sedang melaluinya pada saat ini.

"Berat tak beg aku?" tanya Faliq.

"Tak, Bang. Ringan je." balas Akif, jujur.

Akif merasakan dia tidak patut melepaskan peluang yang sangat jarang berlaku. Bukan selalu dia dapat bertemu Faliq dan berdua-duaannya dengannya.

"Abang Form 5 kan?" tanya Akif, memulakan perbualan kecil. Akif diberitahu oleh Aqil bahawa tak semua ketua facilitator dalam kumpulan orientasi itu, tingkatan 5. Ada juga yang budak lama tingkatan 4.

"Hm."

Akif menggaru kepala.

'Nampaknya dia ni memang tak suka bercakap..' Akif dapat merasakan bahawa Faliq jenis yang tidak suka bercakap jika tiada keperluan.

"Dah agak dah. Sebab Abang nampak matang," ujar Akif jujur.

"How so?"

"Hm.. tak sure. Vibe Abang, rasanya."

Faliq diam seketika sebelum membalas,
"That would be generalizing, don't you think? Tak semestinya Form 5 matang."

'Betul jugak eh..... childish nya pemikiran aku ni.'

Akif berasa sedikit malu, tetapi dalam masa yang sama terpegun kerana apa yang Faliq ucapkan tadi tu, cukup untuk membuktikan ayatnya tadi, tidak lari dari sasaran.

"Rumah kau kat mana ni?"

"Rumah saya depan tu je, yang warna biru.. Eh jap, rumah Abang tak jauh ke dari sini?"

"Tak pun."

'Eh??????'

Akif terkejut apabila mendapat tahu bahawa rumah crush-nya tidak jauh dari rumahnya. Gembiranya Akif tak terungkap.

Apabila tiba di hadapan rumahnya, Akif berhenti dan memulangkan beg selempang Faliq. Dia berasa sedikit sedih kerana dia ingin meluangkan lebih masa bersama Faliq. Walaupun hanya berjalan bersama.

Akif mula melangkah masuk ke dalam rumahnya. Kemudian, dia teringat sesuatu lalu menoleh ke belakang dan berkata,

"Erm, Bang! Terima kasih untuk harini.... dengan air kotak."

"Don't worry about it," ujar Faliq sebelum meneruskan langkah.

Mungkin Akif hanya berimaginasi, namun, walaupun muka Faliq tidak menunjukkan ekspresi yang ketara, ada sesuatu yang lembut dapat dirasakan oleh Akif dalam pandangan Faliq.

Akif melihat kelibat Faliq berlalu pergi. Dia ternampak beg selempang NIKE yang dipakai oleh Faliq dan dia rasa seperti dejavu. Seperti dia pernah melihat kelibat tersebut bersama beg itu cuma dia gagal ingat di mana.

Eh, Aku dan Dia?Where stories live. Discover now