Bab 22

283 18 4
                                    

"Kau okay tak ni?"

Akif mendiamkan diri. Suara di mindanya semakin menghilang, namun jantungnya masih berdegup laju.

"Jom bangun.. kotor tu weh."

Akif menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak mahu keluar dan menghadapi realiti. Dia tidak mahu menjadi penyebab Faliq benci padanya.

"Jom, kita pergi bilik kaunseling," pujuk Aqil. Dia tidak mahu Akif terus-menerus duduk di lantai tandas yang kotor. Dalam masa yang sama, dia faham perasaan Akif.

Siapa sangka akan ada yang menyebarkan gambar-gambar Akif dan Faliq ke seluruh sekolah? Pada masa ini, Akif dan Faliq merupakan topik perbualan yang hangat dibisikkan dari telinga ke telinga. Sesiapa yang tidak sempat melihat gambar itu juga pasti akan mengetahui apa yang terjadi.

Aqil menggapai kedua-dua tangan Akif dengan perlahan-lahan untuk membangunkan Akif. Akif biarkan sahaja dirinya berdiri dengan bantuan Aqil.

Aqil begitu risau melihat Akif yang kelihatan begitu tidak bermaya, seperti mayat hidup. 

-------------------------------

"Nah, minum."

Akif melihat air kotak laici yang dihulur oleh Aqil, dan mula menitiskan air mata.

"Weh, asal kau nangis? Kau tak suka air laici ke? Bukan ni favourite kau eh?"

Akif teringat kembali sewaktu Faliq memberikan air kotak laici sejuk kepadanya sewaktu minggu orientasi. Dia risau akan Faliq, namun dia percaya Faliq akan menjauhkan diri daripadanya disebabkan oleh gambar-gambar yang tersebar.

"Takpelah, Aqil. Awak pergi balik kelas dulu. Biar cikgu tengok-tengokkan Akif. Nah slip awak dengan Akif. Bagi dekat guru yang tengah mengajar," ujar Puan Salsabila.

"Okay, Cikgu. Terima kasih," ucap Aqil sambil meletakkan air kotak laici tersebut di meja di hadapan Akif.

Jam di bilik kaunseling berdetik. Sesaat terasa seperti sejam bagi Akif. Dia memeluk tubuhnya. Dia merasakan seperti semua yang berlaku ini salahnya. Jika dia tidak cuba menggoda Faliq, sentiasa bersama-sama dengan Faliq, semua ini takkan berlaku. Takkan wujudnya gambar yang sedemikian. 

"Apa-apa yang berlaku, cikgu takkan hukum Akif. Cikgu sedia nak jadi pendengar masalah Akif." Suara Puan Salsabila lembut memujuk Akif. 

Akif perlahan-lahan mengangkat mukanya.

"Akif dah ready nak share dengan cikgu?" Puan Salsabila memberikan senyuman.

"Cikgu tahu pasal gambar saya dengan Abang Faliq?"

Senyuman Puan Salsabila masih tidak lekang dari bibirnya. Ia bukannya senyuman sinis, bukan juga senyuman mengejek. Hanyalah senyuman ikhlas yang terbuka.

"Cikgu ada nampak pagi tadi."

Akif mengetap bibirnya dan menutup matanya serapat-rapatnya. Walaupun senyuman Puan Salsabila tiada unsur-unsur mengejek, dia tetap rasa gelisah.

"Akif boleh cerita pada cikgu tak apa yang Akif rasa sekarang ni?"

"Cikgu nak bagitahu parents saya ke?" tanya Akif.

"Cikgu tak dibenarkan untuk bagitahu sesiapa apa yang Akif cerita pasal diri Akif kat cikgu, asalkan Akif tak cuba nak cederakan diri Akif atau orang lain. Itu salah satu kod etika seorang kaunselor. Kalau cikgu bagitahu jugak, cikgu boleh dikenakan tindakan," terang Puan Salsabila. 

Jam terus berdetik. Namun, Puan Salsabila tidak kisah untuk memberi masa kepada Akif sehingga Akif selesa untuk meluahkan rasa.

"Saya takut.." Suara Akif perlahan, namun Puan Salsabila masih dapat menangkap apa yang Akif sampaikan.

Eh, Aku dan Dia?Where stories live. Discover now