//edited//
Kucupan tersebut sangat lembut sehinggakan Akif terasa seperti dia sedang berada dalam angan-angannya. Ia datang sepintas lalu dan pergi seperti angin.
Jika bukan kerana muka Faliq yang masih berada pada jarak yang agak dekat dengan muka Akif, Akif merasakan bahawa ia hanyalah mimpi.
Tak lama selepas itu, Faliq memecahkan kebisuan yang melanda mereka saat itu, "Is that okay?"
Akif tidak lagi terkejut, namun mukanya mulai merah. Faliq perasan bahawa muka Akif perlahan-lahan menjadi tomato lalu dia mengusap pipi kiri Akif.
Seolah-olah menunggu jawapan dari Akif, Faliq tidak menjauhkan mukanya dari muka Akif malah dia menyentuh hidung Akif dengan hidungnya.
Kelakuan Faliq itu sangat jauh berbeza dengan mukanya yang tanpa perasaan itu. Perlahan-lahan, Akif menutup matanya dan mengangguk sambil memegang tangan Faliq yang sedang mengusap pipinya.
Akif terasa bibirnya disentuh sekali lagi. Namun kali ini, kucupan tersebut agak lama dari sebelum ini. Akif merasakan seperti bibirnya diusap lembut oleh bibir Faliq. Akif cuba meniru gaya Faliq, namun dia cuma pernah melihat bagaimana watak-watak dalam manga itu berkucup; dia tidak pernah mempunyai pengalaman.
Akif cuba menggerak-gerakkan bibirnya dan menekan bibirnya pada bibir Faliq, namun caranya itu agak kekok dan kaku sehinggakan Faliq terpaksa menghentikan kucupan dan berkata, "Take it slow. No rush."
Apabila Faliq mengucupnya buat kali ketiga, dia cuba untuk tenang dan tidak memaksa dirinya untuk mengikut langkah Faliq. Sebaliknya, dia hanya mengikuti rentak bibir Faliq. Walaupun masih kaku, namun tidaklah sekekok sebelum ini.
Tangan kiri Faliq perlahan-lahan mencapai pinggang Akif dan diusap pinggangnya itu dengan perlahan. Akif dikucup sehinggakan dia terlupa untuk bernafas. Dia terasa seperti darahnya mula mengalir ke bahagian bawah perutnya dan nafasnya mula laju.
Faliq menyedari bahawa nafas Akif semakin laju dan menghentikan kucupannya. Dia mengusap pinggang dan pipi Akif beberapa kali sebelum melepaskan Akif.
Akif berasa kecewa apabila Faliq meleraikan sentuhan antara mereka dan muka dia jelas menunjukkan yang dia mahu dikucup lagi. Muka Akif seperti baru sahaja lepas meminum alkohol. Mukanya merah dan matanya tidak berfokus. Terlepas dari pandangan Akif bahawa muka Faliq yang tidak menunjukkan perasaan itu, bibirnya sedikit terangkat melihat gelagat Akif.
Terdengar bunyi ketukan pada pintu bilik Faliq. Tombol pintu bilik itu dipulas dan kelihatan wanita berumur 40-an dan berwajah putih menegur mereka.
"Oh! You have a guest," kata wanita tersebut, terkejut melihat seseorang berada di bilik Faliq.
Puan Mary melihat wajah Akif dan kemudian memberikan Faliq satu pandangan yang tak dapat Akif huraikan.
"You don't want to introduce this cute boy to me?" usik Puan Mary.
"Mom, this is Akif. Akif, this is my mom."
"Nice to meet you, Aunty," ujar Akif sambil menunjukkan senyuman manis. Dia cuma berharap mukanya tidak menampakkan apa yang mereka lakukan sebentar tadi.
Mata Puan Mary melilau sebentar dan dia kelihatan teruja melihat anak kucing yang telah dilupakan tadi.
"Awww where did you find the kitten? Poor little thing. She's so cute!"
Baru Akif sedar bahawa dia patut balik sebelum Puan Wardah balik kerana takut membuatkan ibunya risau.
"Mom, i'm going to see Akif off."
YOU ARE READING
Eh, Aku dan Dia?
Romance"Aku pun tak sangka kau akan jadi sebahagian yang penting dalam hidup aku." "I hope you won't regret it." "How could I?" --------------------------------------------------- Akif, pelajar sekolah menengah, tak pernah terfikir yang buku-buku manga dan...