//edited//
Faliq mengambil basikalnya dan duduk di bahagian penunggang. Akif terpinga-pinga melihat Faliq. Faliq menoleh dan riak mukanya seperti menunggu Akif.
Dengan perlahan, Akif menghampiri tempat duduk penumpang dan duduk. Faliq mula mengayuh. Akif berasa sangat gembira yang tak dapat diungkapkan.
"Abang memang pandai main gitar ke?" tanya Akif.
"Haah."
"Sejak bila abang belajar?"
"I have guitar lessons since I was 10."
Terbayang dia minda Akif, Faliq yang berumur 10 tahun dengan gitar yang besar, 'Mesti comel!'
"Apa yang comel?"
Akif tak sedar bahawa kata hatinya itu terungkap di bibirnya. Lantas dia memukul bibirnya. Dengan suara perlahan, dia menidakkan bahawa tiada apa-apa.
Tidak lama kemudian, Akif berkata,
"Untungnya~~ teringin nak belajar main piano tapi ayah tak bagi.""Kenapa?" tanya Faliq.
"Ayah kata, dari buang masa dan duit, lebih baik belajar," ujar Akif, berasa sedikit sedih.
"Why do you want to play piano?"
"Sebab dulu waktu kecil-kecil, saya rapat dengan makcik belah ayah. Dia pandai main piano! Suka gila tengok dia main piano.. dulu adalah pernah belajar sikit-sikit dengan dia. Cuma bila dah besar ni, jarang dah jumpa dia. Rindu pulak haha...." ujar Akif, mengenangkan makciknya yang sudah bertahun meninggalkan Malaysia untuk bekerja di luar negara.
Teringat pula waktu dia kecil, ayahnya menentang apabila dia cuba menekan-nekan piano, namun makciknya lah yang selalu melindunginya dari ayahnya.
"Dah sampai."
Akif tersedar dari lamunan apabila terdengar suara Faliq.
"Terima kasih, Bang."
Akif menundukkan kepalanya tanda hormat dan tiba-tiba kepalanya rasa berat. Apabila Akif mengangkat kepalanya, dia melihat tangan Faliq yang mengusap kepalanya sambil empunya tangan itu berkata,
"Don't forget to rehearse your dialogue."
Muka Akif menjadi tomato.
-------------
"Kak Zaara nak makan apa, order je. Saya belanja!" ujar Laila seronok apabila Zaara tidak menolak ajakannya ke kafe.
Suasana di kafe tersebut tidak terlalu ramai orang kerana sudah habis masa makan tengah hari. Mungkin juga kerana belum ramai yang tahu tentang kewujudan kafe baru tersebut.
Zaara cuba membangkitkan hal semalam, "Semalam......."
Laila menunggu kata-kata seterusnya, namun tidak terkeluar dari mulut Zaara.
"Takpe, Kak Zaara. Kalau akak tak selesa nak cakap pasal hal semalam dengan saya, akak tak perlu cerita pun. It's okay," pujuk Laila.
Rasa seperti beban di bahu Zaara mula menghilang dan dia tersenyum lega. Zaara tidak sangka ini Laila yang sama pada hari pertama orientasi. Anggapan Zaara terhadap Laila ialah Laila seorang yang suka berkelakuan tidak wajar dan terburu-buru. Mungkin, Laila tidaklah seburuk yang dia sangkakan.
Mereka menikmati minuman dan makanan masing-masing, dalam suasana kafe yang tenang dan dingin. Walaupun tak banyak yang diperkatakan, hubungan antara mereka sedikit demi sedikit semakin pulih berbanding dengan hari pertama orientasi.
YOU ARE READING
Eh, Aku dan Dia?
Romance"Aku pun tak sangka kau akan jadi sebahagian yang penting dalam hidup aku." "I hope you won't regret it." "How could I?" --------------------------------------------------- Akif, pelajar sekolah menengah, tak pernah terfikir yang buku-buku manga dan...