Bab 13

640 25 8
                                    

//edited//

Akif tersenyum-senyum di atas katilnya teringatkan hal sebentar tadi. Faliq memintanya untuk memberikan nama kepada anak kucing tersebut. Fikirannya berlegar-legar di mana Faliq memang ingin dia sendiri yang memberi nama kucing. Akif membuat keputusan untuk memberi nama "Kiki".

'Dia tunggu seminggu ke nak jumpa aku?'

Namun, kelakuan Faliq sebelum Akif pulang memberikan tanda tanya.

~Flashback~

Faliq menemani Akif sehingga di pintu rumah Faliq. Akif menolak tawaran Faliq untuk menemaninya pulang ke rumah. Dia risau sekiranya ayahnya pulang awal.

Sebelum Akif berlalu pergi, dia terasa seperti tangannya dicapai.

"Don't hug anyone else. Peluk aku je."

~End of Flashback~

Akif cuba memahami kelakuan Faliq namun tak berjaya. Sehinggalah dia hampir sahaja mahu melelapkan mata, baru dia teringat kejadian dengan Aqil dalam kelas, beberapa minit sebelum Faliq tiba-tiba datang. Terbeliak matanya, hilang ngantuknya.

'Entah-entah..... Jap! Macam mana dia boleh tahu?'

------------

Petang itu, Laila cuba menyiapkan kerja rumah Matematiknya di kafe seperti biasa. Laila terlalu peka cuba menyelesaikan masalah sehingga dia tak perasan Zaara berada di belakangnya, sedang melihat apa yang Laila sedang lakukan.

"Salahlah," tiba-tiba ada suara di sebelah telinga kanan Laila, mengejutkan dia. Laila begitu terperanjat melihat betapa rapatnya pipi Zaara dengan mukanya.

Laila cuba menenangkan hatinya yang berdegup laju. Tak tahu disebabkan oleh Zaara yang tiba-tiba muncul di belakangnya ataupun jarak muka mereka sangat rapat ataupun kedua-duanya.

Bibir Laila sangat rapat dengan pipi Zaara yang kelihatan lembut itu membuatkan Laila betul-betul ingin merapatkan bibirnya. Namun, dia hanyalah mengetap bibirnya.

"Dengar tak akak ajar ni?"

"Ha?"

"Ish budak ni."

Mata Laila terlalu fokus ke arah wajah Zaara sehingga tidak perasan bahawa Zaara sedang mengajarnya jawapan yang betul.

"Baru sampai tajuk ni ke?"

"Dah masuk tajuk lain dah sebenarnya. Cuma tak faham lagi topik ni. Cikgu ajar laju sangat."

Zaara gelak kecil. "Subjek Math memang laju sikit cikgu ajar... Dulu akak siap buat nota untuk topik ni sebab akak pun tak paham sangat."

Tiba-tiba riak muka Zaara berubah sedikit. Seolah-olah teringatkan kenangan lama. Laila tidak menyedari itu dan bertanya Zaara, "Akak ada lagi tak nota tu?"

"Ada kat rumah. Esok akak bawak."

Laila sangat gembira kerana dia merasakan bahawa hubungan dia dan Zaara betul-betul sudah berkembang ke tahap ini. Jika seseorang beritahu Laila bahawa dia akan rapat dengan senior garang ini sehinggakan dia akan tunggu Zaara selepas sekolah di kafe di mana mereka pernah minum bersama, dan Zaara, seperti tahu yang Laila tunggunya di situ, akan muncul hampir setiap hari, Laila akan gelak terbahak-bahak.

Laila terlalu gembira sehingga tidak menyedari Zaara yang duduk di sebelahnya termenung seketika.

----------

Ujian 1 semakin menghampiri. Akif yang hampir setiap hari pulang lambat dari biasa akan memberitahu ibunya bahawa dia duduk di sekolah untuk mengulangkaji pelajarannya. Padahal....

Eh, Aku dan Dia?Where stories live. Discover now