Bab 2

989 32 4
                                    

//edited//

"Weh, dramatik gila hari ni! Dah macam dalam drama dah." Laila berseloroh sewaktu dalam perjalanan pulang dari sekolah bersama Akif.

"Kak Zaara tu cantik gila kan, Akif? Tapi tulah, apasal dia garang sangat... muka dia memang taste aku, nampak lembut je. Tapi sekali buka mulut, seriau darah aku."

Laila teringat kembali kecantikan Zaara yang berkulit putih dan muka bersih. Jika dipadankan dengan apabila dia menjerkah Akif, memang tak sepadan dan terjangka pun.

"Kan, Akif kan?"

Seloroh Laila terhenti apabila Akif tidak menyahut. Baru dia perasan bahawa Akif tertinggal di belakang, dalam lamunannya sendiri.

"Woi Akif, kau berangan apa tu?!" Laila meninggikan sedikit suaranya untuk mengembalikan Akif ke dunia nyata.

"Eh, ha? Hah? Apa dia?" Akif membuat reaksi muka blur apabila dikejutkan dari lamunannya.

"Aku duk membebel dari tadi, kau tak dengar ke?" Laila mula bercekak pinggang apabila bebelannya tidak didengari oleh Akif.

"Aku dengar lah... kau sibuk cakap pasal Kak Zaara tu. Kau ni, dia baru je malukan aku. Lepastu kau sibuk puji dia cantik," keluh Akif sambil mencebik bibir, pura-pura merajuk.

"Alah kau, takyah buat drama. Aku dah malukan dia balik. Aku tau kau pergi planet Marikh bukan sebab Kak Zaara kan? Lelaki mana pulak yang dah tangkap hati kau ni?" usik Laila.

"Hehehe...." Akif menarik semula cebikan bibirnya dan tersenyum sipu.

"Kau perasan tak, ada senior lelaki, yang pakai spec tu, dia Form 5 lah kan sebab dia ada time orientasi kita?" tanya Akif.

"Hah? Yang mana ni? Yang tinggi lepastu, muka macam chinese look tu ke?"

"Oh? Muka dia chinese look eh? Aku tak perasan sebab aku nampak muka dia separuh je."

"Eh, kenapa kau nampak separuh je? Kan dia ada je berdiri kat depan waktu orientasi nak habis?"

"Sebab aku tunduk je sepanjang taklimat tadi."

"Kenapa kau tunduk je?" tanya Laila.

Akif pun mula menceritakan semula apa yang terjadi selepas Laila duduk di tempatnya di bahagian perempuan. Laila tak perasan apa yang terjadi ke atas Akif selepas dia kembali ke tempat duduknya kerana tempat duduk lelaki dan perempuan dipisahkan dan mereka tidak perlu duduk mengikut turutan kelas.

"OMG, memang macam dalam drama. Kenapa macam-macam jadi kat kau ni? Ni baru hari pertama tau." Mata Laila terbeliak mendengar cerita Akif.

"Manalah aku tau. Ni mesti apa yang orang panggil, blessing in disguise," seloroh Akif seperti tidak peduli padahal bunga-bunga sudah mekar dalam hatinya.

"Kau sempat tak tengok name tag dia?" tanya Laila.

"......"

"Akif, Akif....."

-----------------------

"Akif dah balik dah?" tegur ibu Akif, Puan Wardah apabila ternampak Akif dan Laila yang sudah tiba di muka pintu rumah.

"Laila, jemputlah masuk makan dulu. Ibu dah siap masak makanan tengah hari," jemput Puan Wardah. Puan Wardah tahu bahawa bapa Laila sibuk bekerja dan biasanya Laila hanya akan memesan makanan dari Grabfood atau Foodpanda.

"Wah yeke, ibu? Orang kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari," gurau Laila sambil menanggalkan kasut untuk masuk ke rumah Akif.

"Ish, kau ni Laila. Tak malu. Ni rumah aku tau," dengus Akif dalam nada gurauan.

Eh, Aku dan Dia?Where stories live. Discover now