Bab 25

374 18 7
                                    

"So korang dah tak bercakap ke?"

Zaara menghirup secawan iced chocolate. Dia menggodak-godak cawan tersebut menggunakan penyedut minuman untuk mencedok whipped cream.

Laila melihat saja kerenah Zaara yang kebudak-budakkan itu. Lalu, dia mengangkat tangannya untuk mengelap sedikit cream yang tertinggal di hujung bibir Zaara.

Zaara terpaku.

"Hey, orang tanya ni."

"Ya, Kak Zaara sayang."

"Siapa sayang kau?"

Laila mencebik bibir.

"Eleh, yang tadi tu dia tak bagi rapat dengan orang lain tu apa," ujar Laila dengan suara yang perlahan.

"Nak cakap, cakap kuat sikit," sindir Zaara.

"Takde pape... haah, kitorang dah tak bercakap dah sejak haritu."

"Hmm.. akak faham perasaan Laila. Mesti Laila tengah serabut jugak."

Mata Laila bersinar-sinar.

"Tapi Laila kena jugak cuba faham perasaan Akif."

Laila mula berfikir sejenak.

Sahabat baiknya yang tidak pernah mempunyai kekasih sebelum ini, kerana dia gay. Tiba-tiba seksualitinya dipamerkan di hadapan satu sekolah melalui gambar-gambar.

Laila mula rasa bersalah.

"Tapi bukan salah Laila pun. Laila pun tengah serabut dengan masalah Laila. Akak.... nak minta maaf. Sebab buat Laila serabut."

Zaara menundukkan mukanya.

Laila mengusap kepala Zaara sambil berkata, "Takpe kak. Salah saya jugak sebab kis-"

Zaara cepat-cepat menutup mulut Laila menggunakan tangannya. Suara Lail yang agak kuat itu meraih pandangan sesetengah pelanggan.

"Kau ni, cakaplah perlahan sikit!"

"Hehe... sorry kak Zaara."

Tangan Zaara yang masih berada di bibir Laila itu terasa kelembutan bibir empunya suara tersebut. Cepat-cepat Zaara menarik kembali tangannya.

Belum sempat Zaara menarik tangannya, Laila memegang tangannya, lalu berkata, "Kalau jadi apa-apa, akak jangan lari tau dari saya. Let's face it together."

Muka Zaara yang putih itu langsung merah.

----------

"Assalamualaikum... Akif oh Akif!"

Petang itu, Laila terus mencari Akif di rumahnya. Rasa bersalah menggunung dalam hati Laila kerana tidak menghiraukan Akif selama beberapa hari ini.

Walaupun mereka duduk bersebelahan, suasana mereka amat tegang sehinggakan Aqil pun perasan. Namun, Aqil tidak mahu masuk campur hal mereka.

Apa yang dikatakan oleh Zaara itu masuk akal. Dia tidak patut meninggalkan Akif begitu sahaja.

Sebarang perselisihan faham sepatutnya ditempuhi bersama dan dibincang dengan elok. Bukannya terus menjerkah.

Laila mengakui dia terlalu mengikuti perasaannya.

"Iya, Laila. Akif takde kat rumah. Ibu ingatkan dia keluar dengan Laila." Suara Puan Wardah yang lembut itu menyapa Laila.

"Ohh.. mungkin dia keluar dengan Abang Faliq kot," ujar Laila.

"Faliq? Siapa Faliq?" Tanya Puan Wardah.

"Faliq tu senior kitorang. Dia rapat dengan Akif," jawab Laila, dengan jujur.

"Oh.. Nanti kalau Akif dah balik, Ibu bagitau Laila cari ya."

"Terima kasih, Ibu."

'Akif, aku harap kau dengan Abang Faliq okay,' ujar Laila dalam hati.

-------------

"Assalamualaikum!"

Di bahagian kejiranan belakang, terdengar suara Akif memberi salam.

Akif tidak faham mengapa Faliq menjauhkan diri daripadanya. Jadi, pada hari ini, dia nekad untuk mencari Faliq di rumahnya.

"Waalaikumsalam. Akif isn't it? Faliq's not here."

"Oh, it's okay then."

"Would you like to see Kiki, while waiting for him?"

Kiki! Dah lama dia tidak bersua dengan kucing kesayangannya. Biasanya, Faliq sahaja yang selalu menghantar gambar kucing gebu itu.

"If you don't mind, Madam," ujar Akif.

"Oh honey, just call me Mum. Faliq's friends are mine too. Don't be so formal with me. Though I know you guys are more than friends," ujar Puan Mary sambil mengenyitkan matanya.

Mata Akif terbuntang.

"Come in, come in.." ajak Puan Mary.

Akif melangkah masuk ke kediaman Puan Mary.

"Kiki!" Akif terjerit kecil melihat kucing yang menyapa dia. Kiki mengusap-usap kaki Akif menggunakan kepalanya, menandakan yang dia rindu akan tuannya lagi seorang.

"Eee.. dah gemuk dah awak.. Abang Faliq bagi awak makan banyak sangat ke?"

"Faliq spoils him so much. Look at the cat tree house he bought. He really loves this furball," ujar Puan Mary sambil menunjukkan rumah kucing yang terdapat pada sudut ruang tamu.

"Have a seat, I'll make you some tea."

Akif tidak mampu menolak niat baik Puan Mary lalu dia mengangguk dan tersenyum sipu.

"Do you know that I'm actually Faliq's step mother?" tanya Puan Mary, memulakan bicara dengan Akif.

"His mother died as soon as he was born due to blood loss."

Akif tidak pernah tahu hal ini. Dia tahu yang Puan Mary bukanlah ibu kandung Faliq kerana muka mereka jauh berbeza. Faliq muka Cina, manakala Puan Mary jelas berdarah Caucasian. Cuma dia tidak tahu yang Faliq tidak pernah berjumpa dengan ibu kandungnya selain dari dalam gambar.

"But he never treats me like an outsider. He might be indifferent and cold, but he shows his love through his actions. Just like his father. So, I will never go against the ones that he loves. Don't you worry, Akif."

Mata Akif berair mendengar kata-kata Puan Mary.

"Thank you.... Mum."


//Author's note//

Sorry it's such a short chapter. i just feel like it's a beautiful way to end this chapter.

This part feels important to me, since Akif was raised in a conservative family. So getting accepted by his boyfriend's family is a huge deal for him.

Anyway, Merry Christmas, everyone!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 26, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Eh, Aku dan Dia?Where stories live. Discover now