Bab 19

306 20 8
                                    

"Oi."

Akif menoleh.

"Eh? Abang kat sini lagi?"

Syakir tersengih. Namun di sebalik sengihannya itu, Akif mengesan terpalit sedikit agresif. Berlainan dengan senyumannya yang ramah seperti sebelum ini.

"Kau gay?"

Akif tersentak lalu membeliakkan biji matanya.

'Dia dengar ke apa aku cakap dengan Balqis?'

"Jangan risau. Aku bukannya homophobic. Cuma aku nak tau, kau dengan si Faliq ke?"

Akif perlahan-lahan menganggukkan kepalanya. Entah apa yang merasuki dirinya sehingga begitu mudah dia mengakui di hadapan Syakir. Mungkin kerana Syakir mempunyai aura yang membuatkan semua orang akan mahu mendengar cakapnya. Ataupun kerana uniform pengawasnya yang membuatkan Akif sedikit gentar apabila berhadapan dengannya.

Apabila Syakir melihat tingkah laku badan Akif yang tersipu-sipu dan sedikit ketakutan, Syakir berasa lebih seronok untuk mengusiknya.

"Kau dah rasa batang dia?"

Muka Akif semakin merah kerana malu apabila Syakir dengan tidak semena-menanya mengucapkan kata-kata kotor.

Syakir mendekatkan wajahnya sehingga pipinya tersentuh dengan pipi Akif lalu berkata dengan suara yang perlahan, "Aku pernah rasa. He really likes my throat. Especially bila aku telan. Rasa dia..... sedap. Kau pernah rasa tak air dia?"

Kini riak muka Syakir nyata agresifnya. Tidak lagi dia sembunyikan di sebalik sengihan 'ramah'nya itu.

"Kau pahal diam je? Takde mulut ke?"

Dengan tiba-tiba, Syakir menolak bahu Akif.

"Aku tak paham asal si Faliq tu nak kat orang bisu macam kau ni."

Syakir semakin gembira membuli Akif yang telah bergenang air matanya sehinggalah satu suara baru yang tiba, menyelamatkan Akif dari kesengsaraan.

"Kau buat apa ni, sial?"

Aqil tiba dengan mukanya penuh dengan kerutan. Apabila dia terlihat muka Akif yang ketakutan dengan air matanya hampir tumpah, Aqil terus menolak kedua-dua bahu Syakir. Tolakan Aqil begitu kuat sehingga Syakir yang lebih rendah darinya jatuh terduduk.

"Kau ni pengawas ke pembuli?! Kau buat apa kat Akif, kimak?"

Aqil terus memegang kedua-dua bahu Syakir. Belum sempat dia melepaskan tumbukan, Syakir bersuara sambil menjegil mata,

"Tumbuklah aku kalau kau berani! Kau siapa? Asal kau kisah sangat pasal mamat bisu ni? Kau pun gay ke? Kau pun suka dia?"

"Apa masalah kau ni, sial?"

"Apa masalah kau?! Aku ada masalah dengan budak ni, asal kau pulak yang sibuk?"

"Dia kawan aku! Kau yang siapa? Masalah kau ke kalau aku gay ke suka dia ke?!"

Syakir tiba-tiba melepaskan tawa yang begitu kuat. Sambil terbahak-bahak, dia berkata,

"Manderem apa sial kau buat ni Akif sampai semua orang suka kau? Nak pertahankan kau?"

Aqil dengan perlahan-lahan melepaskan genggamannya pada baju Syakir.

Aqil menggumam, "Gila agaknya mamat ni."

Aqil menoleh ke arah Akif sambil memaut bahunya, "Kau okay tak? Jom lah gerak."

Aqil mengaut beg galas Akif yang tersadai di lantai dan berlalu pergi dengan Akif yang menggigil, sambil memaut bahu Akif.

Tawa Syakir masih lagi kedengaran apabila mereka berlalu pergi. Namun, tiada seorang pun ternampak mahupun perasan muka Syakir yang telah basah kerana air matanya dalam tawaan mengilainya itu.

---

"Kau... aku..."

Suara Akif memecahkan kebisuan yang melanda mereka berdua.

Aqil memulakan bicara, "Aku tak suka tengok orang kena buli. Aku takde prejudis kat sesiapa yang suka sesama gender. Tapi, aku bukan gay. Aku rasalah. Sebab aku tak pernah lagi suka lelaki. Kalau kau gay pun, it's okay. Bukan kacau aku pun."

Aqil menyambung sambil menepuk bahu Akif, "And, jangan risau. Aku takde mood nak curi boyfriend Abang Faliq." Sambil mengucapkan ayat kedua itu, sengaja Aqil mencuit dagu Akif.

"Macam mana kau tahu?"

"Aku teka je. Betullah tu kan maksudnya! Ececeh sejak bila ni dah tak single? Tak roger aku pun!"

Akif tersengih malu apabila diusik manakala Aqil semakin galak mengusik Akif.

"Eh? Hai Abang Faliq!"

Apabila Aqil menoleh ke depan, berdirinya Faliq lagak tugu negara di hadapan mereka berdua yang sedang bermesraan.

"Get your fucking hands off of him."

Aqil mengangkat kedua-dua tangannya, menyerah. Dia betul-betul tiada niat untuk membuat Faliq cemburu lalu cuba untuk menjelaskan situasi, namun Faliq yang tidak langsung mahu mendengar.

Faliq mencapai tangan Akif lalu terus menarik Akif supaya mengikut langkahnya.

'Fuck.... agaknya Akif okay ke tak eh? Pandai-pandai dialah. Abang Faliq tengok aku macam nak bunuh aku je tadi. Seram sejuk aku,' fikir Aqil.

"Hal rumah tangga orang tak elok masuk campur," ujar Aqil pada dirinya sendiri, berseloroh.




/Author's note/

Hehe sorry geng dah lama tak update. Sekarang ni, author dah free! Sebab dah habis degree so, MUNGKIN frequency untuk author update bertambah. Hopefully.

I really like writing Aqil's behaviour cuma dia sepatutnya watak yang kelakar dan tenang and Author is truly none of that hahahaha. Hope you guys enjoy this chapter as much as I enjoyed writing this!

Eh, Aku dan Dia?Where stories live. Discover now