-this is for my Laila Zaara stans-
"Kau cakap kat aku, jangan reject someone before exam. Tapi kau pergi kiss someone before exam. Kau kenapa?!"
Suara Akif terngiang-ngiang di kepala Laila. Laila menyedari bahawa apa yang Akif katakan itu betul.
Sejak dari hari itu, mereka sudah tidak bertegur.
Laila melihat nota Tingkatan 4 yang dipinjam dari Zaara. Dia tahu dia patut memulangkan nota tersebut, tapi dia tidak tahu caranya.
Dia mengambil sticky note yang berhampiran dengannya lalu menulis,
"I'm sorry for pulangkan lambat, also for that day."
Laila berlegar-legar di hadapan kelas Zaara. Zaara ternampak kelibat Laila namun dia tidak menghiraukan Laila.
Setelah seminggu Laila berlegar-legar di hadapan kelas, tiba-tiba suara lembut menyapa dirinya.
"Awak ada nak jumpa sesiapa ke? Akak nampak awak selalu datang sini masa rehat."
Laila mengenali empunya suara tersebut. Semua orang kenalnya sebagai Kak Wana, seorang pengawas pusat sumber.
"Oh, Kak Wana. Takdelah, saya nak pulangkan nota ni kat Kak Zaara. Tapi saya takut."
"Kenapa pulak?"
Suaranya bak sutera yang menyapa telinga Laila membuatkan Laila mahu menceritakan segala-galanya. Namun Laila tidak mahu mengikut kata hatinya. Mungkin dia terlalu sunyi kerana dia sudah kehilangan Akif dan Zaara.
"Saya takut kacau Kak Zaara. Saya selalu minta tolong dia ajar, lepastu dia marah sebab saya selalu kacau dia."
"Oh, kalau macam tu. Biar akak yang tolong awak pulangkan nota ni."
Mata Laila bersinar-sinar seperti dia terjumpa penyelamat.
Hati Wana turut lembut melihat mata Laila yang bersinar-sinar itu, lalu dia berkata,
"Kalau awak nak akak tolong ajar awak pun boleh. Dapat akak refresh memori akak dalam topik form 4."
"Betul ke ni, kak?"
Laila yang pada mulanya muka suram mula tersenyum kerana dia betul-betul tidak faham subjek Matematik.
"Bila-bila awak ada masalah, awak datang je jumpa akak. Nanti akak ajar awak kat perpustakaan lepas sekolah."
"Baik, kak! Terima kasih sangat-sangat."
Zaara yang hanya memandang Laila dari jauh mula rasa sesuatu yang tidak diingininya apabila muka Laila bersinar-sinar melihat Wana.
Dia sendiri tidak tahu apa yang dia rasakan terhadap Laila, namun apabila dia melihat Laila begitu mesra dengan orang selain dirinya, dia berasa sebal dan sedih.
"Laila dah lupakan aku ke?" Fikir Zaara.
"Zaara...." Suara lembut milik Wana menyapa dirinya.
Dia pun tidak sedar berapa lama dia termenung.
"Ni, Laila form 4 pulangkan nota ni."
"Oh, terima kasih, Wana."
Rasa sakit hatinya melihat wajah Wana yang lembut. Dia melihat sticky note yang berada pada nota tersebut.
Tipulah jika dia kata dia tidak terkejut apabila Laila mengucup bibirnya. Namun, rasa marah bukanlah apa yang dia rasakan. Sebaliknya, rasa malu yang dia rasai membuatkan dia tidak mampu berhadapan dengan Laila.
Dia menyentuh bibirnya. Rasa lembut bibir Laila kembali menyapa fikirannya.
---------
Sejak dari hari itu, dia sering ternampak Laila dan Wana bersama setelah tamat hati persekolahan.
Setiap kali dia pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku rujukan, dia ternampak Wana mengajar Laila.
"Tak payah nak rapat sangatlah."
Dia tidak mahu memikirkannya, namun rasa cemburu senyap-senyap menyelinap dalam hatinya.
Dia teringat bahawa dia lah yang selalu mengajar Laila sebelum ini di kafe. Rasa rindu menyelinap masuk ke dalam hatinya dalam diam.
Namun, dia tahu. Hatinya masih berbelah bahagi. Dia mempunyai seseorang yang dia sedang menunggu. Seseorang yang sudah meninggalkan sekolah itu.
Si empunya tulisan cakar ayam di belakang nota Tingkatan 4 nya.
Sebab itu, dia seringkali mengelak dari Laila. Dia tidak mahu memberikan harapan, namun dia tidak mahu Laila hilang dari hidupnya.
Zaara tamak, dia tahu.
Rasa cemburu membuak-buak di hatinya apabila dia melihat Laila tertawa bersama Wana.
Dia tidak tahu dari mana keberaniannya hadir, namun sedsr-sedar dia sudah berada di meja Laila dan Wana.
Mata Laila terbeliak. Wajah gadis pujaan hatinya merah seperti menahan marah.
Namun, belum sempat Laila berkata apa-apa. Zaara menoleh lalu berlaku pergi.
Wana yang keliru mula bertanya, "Kenapa dengan Zaara eh..."
Laila hanya membisu.
----------
Selepas pulang dari sekolah, Laila menjejakkan kakinya ke kafe yang dia selalu kunjungi sebelum ini.
Sejak Zaara mengelak dari dirinya, dia tidak lagi mengunjungi kafe tersebut kerana apabila dia melihat kafe tersebut, dia teringat akan memori dia dan Zaara.
Namun, hari ini dia tergerak hati untuk pergi ke sana.
Alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat Zaara duduk di tempat yang dia selalu pilih apabila datang di situ.
Langkah demi langkah, Laila menghampiri meja Zaara.
Zaara lekas berdiri lalu menikam-nikam bahu Laila menggunakan jari telunjuknya.
"Kau, kau dah kiss aku. Lepastu kau pergi rapat dengan orang lain..... aku tunggu kau kat sini, tapi kau tak pernah datang......" luah Zaara dengan matanya yang berkaca.
Laila lekas menarik Zaara dalam pelukan.
"Saya ingatkan akak dah taknak jumpa saya...."
"Aku taknak jumpa kau kat sekolah je.... tapi aku selalu datang sini.." luah Zaara lagi.
Laila menarik nafas lega. Beban yang dia rasakan sepanjang bebrapa minggu ini rasa terlepas dari bahunya.
Laila yang sukar ingin menangis, mula mengalirkan air matanya.
Zaara melihat muka Laila, lalu mengusap pipinya.
"Jangan rapat dengan orang lain. Rapat dengan aku je."
"Okay, Kak Zaara."
-Author's note-
Author: kau yang mengelak dari dia, kenapa kau salahkan dia.
Zaara: aku nak manja je. Tiba-tiba dia pergi ngan orang lain. Nak sangat dengan Wana tu, pergilah dengan dia.
Laila: saya nak Kak Zaara sorang je~~~
Author: *muntah*
YOU ARE READING
Eh, Aku dan Dia?
Romance"Aku pun tak sangka kau akan jadi sebahagian yang penting dalam hidup aku." "I hope you won't regret it." "How could I?" --------------------------------------------------- Akif, pelajar sekolah menengah, tak pernah terfikir yang buku-buku manga dan...