//edited//
"Dah lama kan kita tak balik sama-sama?" ujar Akif pada suatu pagi semasa mereka bergerak ke sekolah.
"Itulah.... tapi aku tak rindu pun. Aku lagi suka jumpa kak Zaara kat kafe," usik Laila sambil jelir lidah.
Akif mencebik bibirnya dan berkata, "Tapi aku kagum lah.. kau dapat jumpa dia walaupun korang balik tak sama masa...."
"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan," kata Laila sambil tertawa.
"Ibu aku asyik tanya je, kenapa kau dah tak datang makan kat rumah."
"Habistu kau jawab apa?"
"Aku cakap yang kau suka singgah tempat lain sebelum balik rumah."
"Hehehehe... nanti kau kirim salam lah kat ibu... bila-bila aku free, aku pergi rumah kau."
"Ha yelah.. member dah ada orang lain kan.. mana nak ingat rumah aku dah..."
Sedar tak sedar, dah sebulan rutin itu berterusan. Akif dan Faliq akan balik bersama menggunakan basikal Faliq manakala Laila akan menunggu Zaara di kafe. Walaupun mereka tidak balik lagi bersama, mereka masih lagi berjalan kaki ke sekolah pada setiap pagi bersama.
Hubungan mereka baik seperti biasa kerana mereka masih meluangkan masa bersama di dalam kelas. Mereka sedar akan gosip tentang mereka, jadi setiap kali ada yang bertanya mereka, mereka akan menafikannya. Mereka tahu yang rakan sekelas masih tidak percaya mereka. Biarlah kerana mereka lebih tahu siapa yang sentiasa ada di dalam minda mereka.
Cuma Laila merasakan gosip tersebut agak kelakar kerana bukan sahaja dia tidak merasakan apa-apa tarikan terhadap Akif, dia cuma melihat Akif sebagai adik lelakinya yang dia tak pernah ada. Begitu juga dengan Akif.
-------------
"Meow~~~"
Sewaktu Akif dan Faliq melalui jalan yang sama untuk pulang ke sekolah, Akif terdengar bunyi kucing menangis. Dia meminta Faliq untuk berhenti seketika dan mencari-cari kucing tersebut di sebalik semak samun.
"Eh, kenapa awak kat sini?"
Akif mengangkat seekor anak kucing kecil yang comel, bulunya berwarna putih dan ada sedikit kelabu, sedang menangis sendirian
"Mana mak awak?"
Dia tertoleh-toleh mencari kalau-kalau ada kucing besar di situ namun tidak ditemui. Dia berasa kasihan untuk membiarkan anak kucing itu sendirian kerana anak kucing tersebut kelihatan sesat.
Akif menoleh ke arah Faliq sambil menunjukkan anak kucing tersebut.
"Kau nak bawak balik tak?" tanya Faliq.
"Ayah saya tak bagi bela kucing......." keluh Akif.
Akif memandang anak kucing yang sedang menangis itu sambil berkata, "Kesiannya nak tinggalkan awak sorang-sorang..."
"Dia lapar tu. Let's feed it first." ujar Faliq.
Mujur rumah kedai yang mereka lalui itu ada juga kedai yang menjual barang-barang untuk kucing. Akif bertanya tuan kedai, makanan apakah yang sesuai untuk diberikan pada anak kucing itu.
Pada mulanya Akif ingatkan mereka patut mencari susu kambing untuk anak kucing, rupanya anak kucing itu boleh makan kibbles khas untuk anak kucing, menurut tuan kedai itu.
"Kalau beli yang ni, memang mahal sikit. Tapi berkualiti, jadi nanti dia tak senang sakit," kata tuan kedai itu sambil menunjukkan ke arah jenama makanan kucing Royal Canin.
Akif terbeliak mata melihat harga makanan kucing tersebut kerana satu pek 2kg berharga RM80. Dia bertanya, "Boleh minta kurang sikit tak?"
"Boleh lah kurang dari RM80 jadi RM70."
Akif mahu menangis kerana dia masih tidak mampu jadi dia bertanya, "Makanan kucing yang murah lagi ada tak?"
Tuan kedai itu baru sahaja ingin mengambil makanan kucing yang berharga murah sedikit, namun Faliq yang dari tadi hanya diam memerhati mula bersuara, "Takpe, Cik. Saya ambik yang ni satu."
--------------
"Bang, macam mahal sangat je.. rasa bersalah pulak. Saya taknaklah susahkan Abang. Lagipun, saya bukan boleh jaga dia pun. Lepas kita bagi makan, kita nak letak dia kat mana?" tanya Akif setelah mereka keluar dari kedai tersebut dan sedang meneruskan perjalanan pulang.
"Aku boleh jaga," jawab Faliq.
Faliq mengayuh basikal ke arah rumahnya iaitu selang satu jalan dari rumah Akif. Apabila Faliq turun dari basikalnya, Akif sudah dapat agak bahawa ini rumah Faliq. Rumah Faliq kelihatan agak besar kerana rumahnya terletak di hujung jalan, jadi di tepi rumahnya terdapat ruang laman yang menampakkan kawasan rumah agak luas dari yang lain.
Akif berdiri di tepi sementara menunggu Faliq membuka kunci pagar, memasukkan basikalnya di dalam kawasan rumah dan membuka pintu rumah menggunakan kunci yang disimpan di dalam begnya.
Faliq mengambil plastik yang dipegang oleh Akif sebelum berkata, "Masuk dulu."
Akif memegang anak kucing tersebut dengan kedua belah tapak tangannya sambil memberi salam.
"Sekarang ni takde siapa kat rumah. Kejap, aku ambil bekas."
Akif menelan liur. Dia terpaku di situ. Mungkin dia mengharapkan sesuatu akan terjadi antara mereka.....
"Jom naik bilik aku," suara Faliq mematikan lamunannya namun gagal untuk mematikan debaran yang Akif rasa saat itu.
Sambil memegang dua mangkuk kaca kecil; satu berisi makanan kucing, satu berisi air masak, Faliq menaiki tangga sambil diikuti oleh Akif yang matanya hampir terkeluar dari soket.
Akif berasa gementar namun teruja kerana ini bermaksud dia bakal melihat bilik Faliq. Bilik Faliq......... pada pendapat Akif, bilik seseorang adalah perkara yang sangat intim dan personal.
Bilik Faliq kelihatan ringkas, hanya dilengkapi dengan meja belajar, sebuah rak kecil, almari baju, katil bersaiz queen dan sebuah pintu menuju ke tandas. Ianya agak kemas di mata Akif, jika dibandingkan dengan biliknya yang bersepah di mana lantai bilik Akif pasti akan ada baju.
Satu-satunya tempat yang tidak kemas hanyalah meja belajarnya di mana buku-buku bertimbun di atas meja. Maklumlah, calon SPM.
Faliq meletakkan mangkuk-mangkuk di lantai menandakan bahawa Akif boleh meletakkan anak kucing tersebut di lantai. Akif sedang sibuk melihat anak kucing tersebut sehinggakan dia tak sedar bahawa Faliq keluar dari bilik.
Satu demi satu peralatan untuk kucing Faliq angkat dari bilik stor rumahnya ke dalam biliknya. Akif terkejut melihat barang-barang seperti bekas pasir kucing dan sangkar kucing bersaiz sederhana.
"Abang ada kucing ke?" mata Akif bersinar-sinar melihat Faliq yang kelihatan pro dalam mengendalikan peralatan tersebut.
"Hm. Tapi dah mati."
"Sedihnya.." Tak lama lepastu, Akif menyambung, "Saya teringin nak bela kucing, tapi ayah tak bagi sebab dia kata busuk. Abang memang suka kucing ke?"
"Tak."
Muka Akif jelas keliru jadi Faliq menyambung, "Mak aku yang suka."
"Eh, kalau Abang tak suka, takpe ke letak kucing ni dalam bilik Abang?"
"Okay je."
Muka Akif jelas teruja sehinggakan matanya yang bulat kelihatan bersinar-sinar, "Kalau macam tu, bolehlah saya datang nak tengok kucing."
Satu perkara yang Faliq perasan ialah muka Akif senang bertukar merah apabila berhadapan dengan Faliq. Ini adalah kali pertama Akif dapat bercakap dengannya, mata ke mata, tanpa mukanya menjadi merah akibat malu. Selama mereka berbual sewaktu setiap kali dalam perjalanan pulang ke rumah, Akif dan Faliq tidak menatap mata masing-masing kerana kedudukam mereka di basikal.
Faliq mendapati Akif tersangatlah comel pada saat ini.
Dengan sekelip mata, Faliq mendekatkan mukanya dengan Akif dan Akif merasakan bibirnya disentuh.
Akif terkedu seketika sebelum menyedari bahawa Faliq telah mengucup bibirnya!
----------‐---
Author's noteFinally they kiss! Took them long enough 😮💨
YOU ARE READING
Eh, Aku dan Dia?
Romance"Aku pun tak sangka kau akan jadi sebahagian yang penting dalam hidup aku." "I hope you won't regret it." "How could I?" --------------------------------------------------- Akif, pelajar sekolah menengah, tak pernah terfikir yang buku-buku manga dan...