Bab 23

235 14 7
                                    

"Laila?"

Laila terbangun dari lamunannya setelah disapa oleh Akif. Sejak dari hari dia mengucup bibir Zaara, kelibat Zaara langsung tidak kelihatan. Seolah-olah Zaara sengaja menjauhkan diri darinya. 

"Kau rasa... siapa yang sebarkan gambar-gambar tu? Aku takut, Laila.. Aku takut Abang Faliq benci aku."

Laila membisu, tidak memberikan apa-apa respons. 

"Laila, layanlah aku. Lately ni kau macam menjauh je dari aku. Dengarlah masalah aku.." ujar Akif, mahu menangis.

Laila masih membisu seribu bahasa. Fikirannya melayang.

"Laila! Kau macam dah tak kisah kan pasal aku. Gambar aku dengan Abang Faliq tersebar satu sekolah, tapi kau buat macam takde apa-apa jadi. Mana Laila? Laila yang back up aku masa aku kena malukan dengan Kak Zaara depan dewan?"

"Diamlah Akif! Kau bila susah baru nak cari aku! Ada kau tanya aku okay ke tak? Bila kau bahagia dengan Abang Faliq, kau tinggalkan aku sorang-sorang. Kau biar aku balik sorang-sorang. Ni bila Abang Faliq kau tak layan kau, baru kau nak cari aku, ajak aku datang rumah kau. Tu pun sebab nak cerita masalah kau je."

"Aku pun ada masalah aku sendiri, tapi ada kau tanya? Ada kau kisah? Sikit-sikit Abang Faliq, sikit-sikit Abang Faliq. Kau lupakan aku bila kau dah ada boyfriend! Jangan ingat kau sorang jelah ada masalah. Kau ingat kau main character ke?!"

Akif tersentak, lalu berkata, "Kau cakap kat aku, jangan reject someone before exam. Tapi kau pergi kiss someone before exam. Kau kenapa?!"

Laila, sahabat baiknya dari zaman sekolah rendah. Bertahun-tahun persahabatan terasa seperti tiada maknanya lagi apabila Laila menghembus kata-kata dengan cara kasar sehingga mengguris hati Akif. Akif seorang yang tidak mampu sekiranya orang menaikkan suara terhadap dirinya. Lalu dia mengungkapkan kata-kata sebegitu kepada Laila.

Laila menggapai begnya dan lantas pulang ke rumah. Kekecewaan Laila terhadap Akif menggunung kerana Akif sebagai sahabatnya yang sudah bertahun-tahun, tidak lagi peduli tentang dirinya.

Apabila Laila menghempas pintu, Akif terasa sakit di dada. Laila, sahabat baiknya. Teruk sangatkah dia sebagai seorang sahabat?

Bila Akif memikirkan semula perangai Laila tempoh hari, dia baru sedar yang Laila kelihatan sedih. Namun, dirinya tidak menghiraukan Laila dan hanya bercerita tentang Abang Faliq.

Walau bagaimanapun, Akif juga mempunyai egonya tersendiri. Tergamak Laila berkata sedemikian apabila masalah Akif melibatkan maruah dirinya di hadapan satu sekolah. Bagi dirinya, masalahnya memang lagi besar dari apa-apa pun.

Dan begitu sahaja, Akif dan Laila tidak lagi bertegur sapa.

Akif merasakan dia sudah tiada sesiapa dalam hidupnya.

Sejak dari hari itu, Abang Faliq menjauhkan dirinya di sekolah.

Dia menunggu Abang Faliq di belakang sekolah seperti biasa, namun kelibat Faliq langsung tidak kelihatan.

Dia pun pulang ke rumah, melalui jalan-jalan yang Faliq tunjuk kepadanya berseorangan.

-----------

Faliq hanya mampu merenung kelibat remaja yang dia cintai dari jauh. Bukan sengaja dia mengelak dari Akif, namun ada benda yang dia harus selesaikan dengan seseorang yang pernah menjadi masa lalunya.

Faliq pulang ke rumahnya lalu menukar baju biasa sebelum menjejakkan kaki ke rumah yang dia selalu kunjungi beberapa tahun lalu.

Kelibat seorang lelaki yang bernama Syakir lantas melintasi matanya. Ternyata Syakir sudah menunggu kehadirannya di hadapan rumah.

"Miss me?" Syakir merangkul bahu Faliq dengan begitu mesra.

Faliq berasa jelik dengan perbuatan Syakir.

"We ended years ago, what are you talking about?"

Faliq berniat untuk berhadapan dengan Syakir, bekas kekasihnya, kerana dia tahu, Syakir seorang sahaja yang berani membuat perkara sedemikian.

"Don't be so cold to me.... let's talk somewhere quiet."

Syakir berjalan di hadapan, dan Faliq mengekorinya.

Mereka berhenti tidak jauh dari rumah Syakir. Terdapat pokok-pokok di hadapan mereka dan bangku. Di situ, tidak ramai orang yang melalui jalan tersorok itu.

"Do you remember what we used to do here? You fucked me so hard, I cannot walk properly for days."

Syakir sengaja menunjukkan senyuman nakal terhadap Faliq, namun muka Faliq sikit pun tidak berubah.

"Kau kan yang sebarkan gambar aku dengan Akif? Aku nak tahu apa motif kau."

"Saja. Kau ingat kau sorang je boleh bahagia? Habis tu, aku ni?"

"You need help, Syakir."

"I don't fucking need help. I just need you to love me again. Kenapa kau pilih dia, bukan aku?!"

Faliq tidak menghiraukan emosi Syakir yang berubah secara tiba-tiba. Dia sudah begitu masak dengan perangai Syakir. Dia syak yang Syakir mempunyai borderline personality disorder, namun Syakir tidak pernah mahu mendengar atau berubah.

"I did give you all that I could to you, but when i'm with you, i could not tell if you're being genuine or not."

Syakir mengalirkan air matanya, lalu berkata, "I did love you, Faliq. I still love you.... let's start over ya. I won't do things that you don't like. I promise i'll do better."

"It doesn't matter anymore. I already moved on."

Faliq menoleh kepalanya terhadap Syakir lalu sedas tamparan diberikan kepada pipi kiri Syakir.

Pa!

"This one is for invading me and Akif's privacy."

Pa!

Sedas lagi di pipi kanannya.

"This one is for trying to ruin Akif's life."

Faliq menyambung, "Aku dah taknak apa-apa lagi dengan kau. If you ever try to pull that kind of stunt again or bother Akif again, I'll do even worse than this."

Syakir terkejut dengan perbuatan Faliq yang menamparnya dua kali. Dalam fikirannya, Faliq seorang yang tidak pernah berkasar walau apa pun yang dia lakukan sebelum ini.

Dia mengangkat wajahnya, dan melihat mata Faliq yang seperti ingin membunuhnya.

"You really love him, huh.." Syakir mengeluh sambil mengusap kedua-dua belah pipinya.

Syakir mengangkat punggungnya. Sebelum dia berlalu, dia berkata, "Okay, aku takkan ganggu korang lagi."

Eh, Aku dan Dia?Where stories live. Discover now