Bab 11

623 26 1
                                    

"Aku tak suka Akif weh, dia tu macam pondan je."

Sewaktu zaman sekolah rendah, Akif sudah biasa mendengar perkara-perkara sebegitu. Oleh kerana perwatakannya yang lembut dan wajahnya yang manis membuatkan dirinya sentiasa dihina pondan dan gay.

Kali pertama Akif mendengar seseorang memanggilnya gay; pada waktu itu dia baru sahaja berumur 10 tahun. Sepupu-sepupu lelakinya tidak mahu bergaul dan bermain dengan Akif kerana kelakuannya yang lembut dan sering mengejek Akif menggunakan perkataan tersebut.

Pada mulanya Akif tak mengerti apa maksud mereka dan kenapa mereka memanggil Akif gay.

"Aunty, gay tu apa?"

Akif bertanya makciknya yang sentiasa baik dan rapat dengannya.

"Gay tu, bila lelaki suka lelaki dan perempuan suka perempuan. Akif pernah suka someone?"

"Akif suka kawan dengan Laila!"

Makciknya hanya tersenyum melihat gelagat Akif. Namun senyumannya mati apabila terdengar Akif menyambung,

"Tapi kenapa diorang semua panggil Akif gay? Akif tak pernah cakap pun yang Akif suka lelaki....."

"Siapa panggil Akif gay?" tanya makciknya, tegas.

Akif tak pernah mendengar suara makciknya sebegitu. Akif pun memberitahu bahawa sepupu-sepupunya yang mengejeknya gay.

Malam itu, sepupu-sepupu lelaki Akif ditegur dengan keras oleh makciknya. Akif masih teringat makciknya berkata,

"Jangan sesekali ejek orang gay. Dari mana korang belajar guna perkataan gay dengan pondan nak ejek orang? Gay is not an insult."

Mungkin pada waktu itu Akif masih muda dan tidak begitu mengerti apa yang makciknya cuba sampaikan. Namun, apabila Akif mula memahami dirinya sendiri, dia rasa ingin menangis terkenangkan bagaimana makciknya mempertahankan dirinya dari ejekan tersebut.

Sejak hari itu, mereka tidak lagi mengejek Akif mahupun menegur Akif setiap kali Akif balik kampung. Jadi, Akif banyak meluangkan masa dengan sepupu perempuannya yang 5 tahun tua darinya.

Pada suatu hari, Akif ingin terkejutkan sepupunya yang sedang leka bermain telefon bimbitnya dari belakang. Perlahan-lahan Akif menghampiri. Baru sahaja Akif mahu memegang bahu sepupunya, dia ternampak isi kandungan yang terpapar pada telefon bimbit sepupunya itu.

Kelihatan seperti dua susuk tubuh berambut pendek yang sedang menghampiri dan hampir berkucupan. Akif terkejut dan membeliakkan matanya apabila dia mendapati bahawa dua-dua itu lelaki.

Sepupunya itu terasa seperti ada kehadiran di belakangnya lalu menoleh. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati Akif juga sedang melihat telefon bimbitnya sambil kedua tangan Akif terangkat.

"Akif!"

Muka Akif mulai merah. Dia takut sepupunya itu marah dan berkata,

"Sorry, Kak Hani. Akif tak sengaja....."

"Akif.... lain kali jangan suka-suka tengok phone orang."

"Akif nak terkejutkan Kak Hani je....."

Kemudian mereka cuba melupakan kejadian tersebut. Namun Akif tak mampu lupakan apa yang dia nampak dan ingin tahu dengan lebih lanjut.

Dia cuba menggunakan Google untuk mencari apa yang Hani sedang baca dengan lebih lanjut dan menaip gay.

Ia seperti membuka pintu baru untuk Akif dan dia tidak sangka bahawa ada lelaki yang sukakan lelaki seperti itu. Namun Akif kecewa kerana tidak dapat menjumpai apa yang dicari.

Akif bertekad untuk bertanya Hani terus.

"Kak Hani, yang haritu Kak Hani baca......"

"Shhhh......" Hani menarik Akif ke tepi dan berbisik, "Kenapa Akif?"

"Akif nak tahu apa yang Kak Hani baca haritu..."

"Erm....... Akif jangan bagitau sesiapa tau."

Dari situlah Akif mengenali dunia BL di mana terdapat banyak bahan bacaan manga, manhwa dan manhua. Dia tak sangka dia boleh tertarik untuk membaca bahan-bahan seperti ini dan sejak hari itu, Hanilah yang memperkenalkan dan memberikan cadangan yang mungkin Akif minat.

"Akak tak sangka Akif boleh minat baca benda ni. Akif....... minat lelaki ke?"

Akif tersentak lalu menjawab dengan jujur, "Akif pun tak tahu... tapi Akif tak pernah suka macam tu kat kawan-kawan lelaki Akif!"

Hani hanya tertawa. Tapi jauh di sudut hati Akif, Akif berkata yang dia tak suka kawan-kawannya kerana kawan-kawannya terlalu kasar dan pengotor. Dia suka melihat senior-senior lelaki yang kelihatan kemas dan kacak.

Mungkin Akif terlalu muda pada saat itu untuk memahami mengapa dia tidak tertarik dengan perempuan walaupun ramai yang memberikannya surat cinta di laci mejanya waktu sekolah rendah.

Jadi apabila Faliq mengucupnya pada waktu itu, dia tak pernah merasakan apa yang dia rasa saat itu. Selama ini, dia selesa dengan hanya memerhati dan meminati dari jauh. Faliq ialah lelaki pertama yang mendekatinya. Faliq membuatkan kucupan pertamanya itu sangat selesa seperti ianya begitu natural.

Namun dia tahu apa yang mereka lakukan ini jauh sekali dari normal dan natural. Dia tak suka perasaan selepas dia menyedari apa yang dia lakukan. Dia rasa bersalah, tidak selesa dan takut.

Balik dari rumah Faliq pada hari itu, entah mengapa air matanya laju mengalir, Akif juga tidak mengerti. Mungkin kerana semua ini begitu baru untuknya. Mungkin dia rasa bersalah kerana dia suka apabila Faliq mengucupnya begitu. Pada saat itu, dia betul-betul berharap yang dia seorang perempuan. Mungkin sekiranya dia seorang perempuan, dia tidak perlu rasa takut dan bersalah kerana kini, dia sedar bahawa dia betul-betul menyukai Faliq dan ingin bersama dengannya.

Pada mulanya, dia berhasrat untuk memulaukan Faliq. Dia takut akan perasaan ini dan mungkin, jika dia menjauhkan diri dari Faliq, perasaan itu akan hilang dengan sendirinya.

Tapi apabila dia mendapat tahu bahawa Faliq mempertahankan dirinya di hadapan Zaara walaupun dia belum lagi mengenali Akif, perasaan yang Akif rasakan itu semakin bercambah. Akif tahu yang dia tidak lah istimewa dan Faliq pasti akan lakukan benda yang sama pada orang lain.

Namun, dia teringat kembali perkara-perkara yang jelas menunjukkan bahawa Faliq memang kisah terhadap dirinya.... dan dia tidak mahu melepaskan rasa ini berlalu pergi. Detik-detik yang indah itu begitu berharga untuknya.

"Sekarang ni, kau je yang boleh buat keputusan, Akif. Jangan takut. Aku sokong apa je yang kau pilih," nasihat Laila.

"Maybe kalau kau tak sure, kau boleh bagitau dia apa yang kau rasa?"


//Author's note//
Sorry chapter pendek kali ni. Biar Faliq rasa keseorangan lama sikit muahahaha

Tapi, Akif baby, you don't have to feel that way T_T

you don't need to be a girl to love a boy [hugs]

also, thanks to the people who voted on my chapters <3333 your votes help me to keep on going

Eh, Aku dan Dia?Where stories live. Discover now