Pipi Akif yang dingin terasa panas, seperti ada tangan yang mengusap. Akif mengerutkan muka, kemudian perlahan-lahan membuka mata. Mata Faliq tepat menatap ke arah matanya. Di sebalik muka yang tanpa ekspresi itu, Akif dapat mengesan terdapat senyuman di bibir seniornya itu.
Akif turut tersenyum apabila mindanya memainkan semula babak-babak tadi. Akif pun tidak sedar bila masanya dia tertidur.
Suasana yang tenang itu tidak bertahan lama. Akif membeliakkan matanya apabila dia perasan bahawa hari sudah gelap melalui tingkap di bilik Faliq.
"Fuck! Dah malam ke?!"
Akif cepat-cepat bangun dari katil dan mencapai baju sekolahnya yang elok tersangkut di hanger. Akif tidak sempat fikir bagaimana baju sekolahnya yang dicampak di lantai, boleh tersangkut di hanger di belakang pintu Faliq.
Yang pasti, dia perlu balik sebelum ayahnya.
Dia mencapai begnya yang terduduk elok di sebelah katil. Tanpa memandang ke arah Faliq, dia terus lari keluar dari bilik dan menuju ke rumahnya.
Tindakannya yang begitu pantas itu, membuatkan dia tidak perasan Puan Mary yang sedang melihatnya keluar dari bilik Faliq dalam keadaan yang tergesa-gesa.
Puan Mary menjenguk ke dalam bilik Faliq lalu bertanya,
"Did you scare that boy?"
"I don't think so. It seemed to be something else."
"I hope so. Take care of him. I like this one better than the last one."
Faliq tidak menjawab dan teruskan mengemas katilnya. Walaupun mukanya tenang, Faliq sebenarnya risau akan Akif. Dia tidak sengaja melelapkan matanya selepas menyangkut baju-baju sekolah mereka. Dia hanya ingin menatap muka tenang Akif untuk seketika. Apabila dia tersedar dari lenanya, dia mengusap pipi Akif secara lembut untuk membangunkan Akif. Dia juga tidak perasan yang hari sudahpun senja.
"Why are you here, Mom?"
"Don't be mad. I only want to see Kiki."
Puan Mary cepat-cepat mengambil Kiki keluar dari sangkar untuk bermain dengannya. Senyuman kecil di bibir wanita berusia 40-an itu tidak lekang, namun Faliq pura-pura tidak mempedulikan ibu tirinya yang jelas sedang mengusiknya.
---------
Jantung Akif berdegup dengan begitu kencang setibanya dia di hadapan rumahnya. Sebahagiannya berpunca dari betapa lajunya dia lari dari rumah Faliq ke rumahnya. Sebahagiannya lagi datang daripada kegelisahan yang melanda apabila dia ternampak kereta ayahnya yang terletak di dalam perkarangan rumah.
"Ayah dah balik......"
Tangan Akif mulai sejuk.
Rasa takut menyelubungi hati Akif.
Perlahan-lahan Akif melangkah masuk ke rumah, berdoa supaya Ayahnya berada dalam emosi yang baik."Akif! Akif baru balik ya? Dah makan belum? Ni Ayah pun baru balik, jom makan sama-sama."
Muka Akif yang pucat itu disapa oleh Puan Wardah yang sedang menyenduk dua pinggan nasi untuk suami dan anaknya.
"Kenapa lambat sangat kau balik ni? Kau pergi singgah mana?" ujar Encik Faizal, suaranya keras.
Akif melangkah perlahan-lahan ke meja makan. Tekaknya terasa kering.
"Dah bisu ke?"
"Budak tu penat baru habis periksa harini. Biarlah dia nak pergi celebrate dengan kawan dia," kata Puan Wardah.
Pagi sebelum ke sekolah, Akif ada menyebut bahawa hari tersebut merupakan kertas terakhir Ujian 1. Cuma, dia tiada pula memberitahu ibunya yang hari ini dia akan pulang lewat. Akif baru sahaja hendak menarik nafas lega apabila ibunya mempertahankan dirinya sebelum suara ayahnya kedengaran lagi.
"Kenapa awak suka nak manjakan dia sangat? Balik senja, entah ke mana-mana dia pergi lepas sekolah. Perangai dahlah lembik macam perempuan. Celebrate konon. Celebrate dengan apa lah tu agaknya," dengus Encik Faizal, sambil matanya melirikkan ke arah rambut Akif.
Mata Akif terbeliak.
"Boleh tak kita makan dengan tenang? Abang dahlah jarang balik sebab outstation. Lepastu ada je benda tak kena dekat mata Abang. Abang nak sangat ke Akif tu jadi perempuan? Lembik sikit, cakap macam perempuan. Perempuan jugak yang masak sedap-sedap untuk Abang. Makan sekarang. Sedap ke tidak?" bebel Puan Wardah, sambil meletakkan lauk-lauk dalam pinggan suaminya untuk mengalihkan topik perbualan mereka.
Encik Faizal hanya mendengus. Kemudian, topik perbualan menjadi apa yang berlaku di tempat kerjanya.
Encik Faizal jarang berada di rumah kerana kerjanya yang memerlukan keberadaannya di luar kawasan sebagai seorang jurutera. Namun, ketiadaannya di rumah menjadi satu ketenangan untuk Akif.
Walaupun Encik Faizal seorang yang suka mendengus dan merungut tentang semua perkara, dia tidak pernah memenangi perang mulut dengan isterinya. Di sudut hatinya, dia sayangkan isterinya. Cuma, kelakuan anak lelakinya bukan seperti jangkaannya yang membuatkan dia sebal melihat Akif.
Akif terasa seperti nafasnya terhenti sepanjang makan malam. Dia takut sekiranya dia bernafas kuat sedikit, keberadaannya di situ akan disedari oleh Ayahnya dan topik perbualan akan beralih semula ke arahnya.
-------
Baru sahaja Akif mahu menutup pintu biliknya, Puan Wardah mengetuk dengan perlahan.
"Boleh Ibu masuk?"
Perlahan-lahan Akif membuka pintu semula dan Puan Wardah melabuhkan punggungnya di katil Akif.
"Ibu tahu Akif terasa dengan Ayah. Tapi Ayah tu sebenarnya risau jugak pasal Akif. Akif taknak bagitau ibu ke kenapa Akif balik lambat tadi?"
Akif menarik nafas sedalam yang mungkin.
"Akif pergi rumah kawan tadi. Dia ajak main game."
"Main game lepastu Akif tertidur ke?"
Akif memandang ibunya dengan pelik. Kemudian ibunya mengusap kepala Akif sambil membetulkan rambutnya.
"Rambut dengan muka Akif nampak macam baru bangun tidur. Ayah risau je sebenarnya tu. Walaupun kadang-kadang cara dia tunjuk tu tak berapa nak betul sangat."
"Bukan kadang-kadang. Selalu," Akif mengeluh dalam suara kecil.
"Hmm.. Akif pergi mana tadi? Ibu tak marah pun kalau Akif jumpa dengan kawan. Cuma kalau Akif bagitau Ibu dulu, takdelah Ibu risau Akif balik pukul berapa."
"Sorry, Ibu.. Akif pergi rumah senior Akif tadi. Dia ajak main game.. tak plan nak stay lama-lama. Tapi, kitorang tertidur petang tadi sebab penat."
'Game tu buat Akif penat, Bu... tak tipu.'
Orang bijak pernah berpesan, kalau hendak berbohong, biarlah diselitkan sedikit dengan kebenaran. Barulah nampak dipercayai.
Puan Wardah mengusap-usap kepala Akif sambil berkata, "Lain kali, jangan lupa bagitau Ibu ya Akif pergi mana. Dah, pergi mandi. Busuk!"
~Short theatre~
Faliq: Why is it that everytime I made a move on him, he would run away after?
Author: I don't know, maybe your performance was not that good.
Faliq: *pulls out a knife*
Author: *runs away*
-Author's note-
Kali ni memang salah Author sebab lambat nak mampus update... I'm so sorry :(((
YOU ARE READING
Eh, Aku dan Dia?
Romance"Aku pun tak sangka kau akan jadi sebahagian yang penting dalam hidup aku." "I hope you won't regret it." "How could I?" --------------------------------------------------- Akif, pelajar sekolah menengah, tak pernah terfikir yang buku-buku manga dan...