//edited//
"Laila, Abang Faliq suruh aku tunggu dia kat pondok basikal."
"Ha? Okay! Aku nak tunggu Kak Zaara lah kat bus stop.
Akif pun berlalu ke arah pondok kiri yang berhampiran dengan bus stop. Dia cuba mencari basikal Faliq namun dia gagal. Dia pelik kenapa pondok tersebut dipenuhi dengan motor. Dia cuba mencari sehingga dia hampir terlanggar seseorang yang berdiri di belakangnya.
Apabila dia menoleh, dia terkejut melihat susuk tubuh lelaki berbaju biru, uniform pengawas sekolah yang lebih tinggi sedikit darinya. Dia terpegun kerana wajah lelaki yang tak dikenalinya itu boleh dianggap kacak dan cantik dalam masa yang sama.
"Maaf, saya tak sengaja," ujar Akif.
Lelaki misteri di hadapannya hanyalah tersenyum dan berkata, "Tak apa. Kau tengah cari apa ni?"
Akif merasakan wajah lelaki tersebut sangatlah menawan apatah lagi apabila dia tersenyum. "Oh, saya tengah cari basikal......"
Lelaki misteri tersebut masih tersenyum, namun keningnya terangkat sedikit seketika. Akif tak perasan akan perubahan kecil tersebut.
"Ni tempat parking motor, nampak tak pondok sana?" Lelaki tersebut menuding jari telunjuknya ke arah sebuah lagi pondok yang tidak jauh dari situ. Dari jauh, Akif boleh nampak banyak basikal di sana.
"Oh, terima kasih!" Akif menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat dan segera bergerak ke arah pondok tersebut.
Terlepas dari pandangan Akif, wajah lelaki misteri yang mesra itu bertukar dengan sekelip mata.
Sementara itu, Laila menunggu Zaara di perhentian bas namun bayangan baju kurung ungu itu langsung tidak kelihatan. Lalu, Laila pun pulang dengan rasa hampa setelah menunggu hampir satu jam.
---------
"Lama ke kau tunggu?"
Tak lama selepas Akif berjaya temui tempat parking basikal, dia terdengar suara garau yang dia kenali dari belakangnya.
"Tak, Bang. Baru je. Tadi, ingatkan tempat basikal kat sana. Nasib baik ada pengawas yang tunjukkan tadi," kata Akif sambil menggaru kepalanya.
Faliq sedang membuka kunci basikalnya sambil menggalas gitar dibelakangnya.
'Cool gila dia ni.......'
Akif tak sedar yang Faliq sudah siap mengeluarkan basikalnya dari bawah pondok tersebut dan dia masih termenung melihat muka Faliq.
"Jom," kata Faliq, mematikan Akif dari lamunannya.
"Bang, biar saya bawakkan gitar," kata Akif sambil menghulurkan tangannya.
Faliq pun menghulurkan gitarnya ke arah Akif. Akif menggalas gitarnya sebelum membonceng basikal Faliq.
"Jangan risau, Bang. Saya. jaga baik-baik gitar Abang ni."
Faliq pun mula mengayuh basikalnya namun bukan ke arah pintu pagar hadapan. Akif pelik, tapi dia tidak menyuarakan apa-apa. Faliq mengayuh basikalnya ke arah bangunan belakang sekolah.
Tidak jauh dari belakang bangunan sekolah, terdapat pagar dawai berwarna hijau menandakan penghujung kawasan sekolah. Faliq teruskan mengayuh sehingga Akif nampak terdapat pintu pagar kecil di antara pagar dawai tersebut.
Mulanya, Akif ingatkan pintu pagar kecil itu dikunci. Namun, Faliq hanya perlu menolak sedikit dan pintu tersebut terbuka. Faliq tidak lupa untuk menutup balik pintu kecil itu sebelum meneruskan perjalanan.
Faliq teruskan mengayuh seperti dia sudah biasa dengan jalan tersebut. Jalan tersebut pada mulanya hanyalah semak samun tetapi tidak jauh dari semak samun tersebut, Akif boleh nampak ianya sebenarnya bersambung dengan belakang rumah-rumah sebelum jalan tersebut menembusi hadapan rumah-rumah kedai.
YOU ARE READING
Eh, Aku dan Dia?
Romance"Aku pun tak sangka kau akan jadi sebahagian yang penting dalam hidup aku." "I hope you won't regret it." "How could I?" --------------------------------------------------- Akif, pelajar sekolah menengah, tak pernah terfikir yang buku-buku manga dan...