~this is for my LailaZaara babies <3~
"Ish! Tak pahamlah tajuk ni.... dah baca banyak kali tapi still tak dapat. Banyak dosa ke aku ni," ujar Laila pada suatu petang, seminggu sebelum Ujian 1.
Zaara ketawa kecil lalu bertanya, "Tajuk apa tu?"
"Ni ha..." Laila menunjukkan buku Kimia nya.
"Oh, tajuk ni.. Akak ada nota topik ni. Nak pinjam dulu tak? Nanti Laila copy, lepastu pulang balik kat akak sebab akak nak guna lagi."
Mata Laila bersinar-sinar sambil berkata, "OMG thank you kak! Akaklah penyelamat Laila."
Kalau Zaara betul-betul di sebelah Laila pada ketika itu, dah lama Laila peluknya disebabkan keterujaannya.
"Tapi nota ni kat rumah.. Kalau nak ikut akak amik kejap, kesian pulak Laila nak pergi rumah akak, dahlah ja--"
Belum sempat Zaara menghabiskan ayatnya, Laila memotong dengan kuat.
"Takpe!!"
Suara Laila yang tiba-tiba kuat dari biasa itu mengundang pandangan dari orang sekeliling di dalam kafe itu.
Laila tersenyum sipu, lalu merendahkan suaranya. "Takpe kak, Laila tak kisah. Lagi cepat lagi bagus. Yelah kan, nanti akak nak study pulak pakai nota tu."
Laila bijak dalam mencipta alasan yang munasabah, padahal dia yang tidak sabar mahu ke rumah Zaara. Dalam hati Laila, penuh dengan kegirangan kerana dia tidak menyangka yang Zaara tidak kisah untuk mengajak Laila ke rumahnya. Muka Laila penuh dengan senyuman, seperti seorang angau.
Setibanya di rumah Zaara, Laila terpegun melihat bilik Zaara yang begitu kemas. Semua barang begitu tersusun dan terletak pada tempat yang sepatutnya. Jauh sekali dari bilik Laila yang jarang sekali kemas.
"Kemasnya bilik akak....." ujar Laila spontan.
"Kemas apanya? Selimut pun akak tak sempat nak lipat pagi tadi. Terbangun lambat."
Laila melihat selimut Zaara yang tidak dilipat, namun terbentang dengan kemas di atas katil.
"Tak lipat, tapi kemas..... kalau Laila, lipat ke tak lipat, still berantakan."
"Dari muka pun dah tau dah."
Laila terbeliak. "Macam mana dari muka pun dah tahu!"
"Biasanya muka lawa, mesti bilik sepah."
"Akak lawa, tapi tak sepah pun?" fikir Laila, berkerut mukanya.
'Jap----'
"Akak nak kata Laila lawa lah ni!!!"
"Eh, mana ada? Siapa kata? Bukan akak," jawab Zaara laju, namun mukanya yang putih itu mula kemerah-merahan.
"Eleh, dia yang puji kita, dia yang blushing," usik Laila. Dia tak sedar yang dia juga dengan selamba turut memuji Zaara tanpa disedari.
"Siapa blushing? Takde siapa." Zaara cepat-cepat menoleh mukanya dan buat-buat sibuk mencari barang.
Belum sempat Zaara ingin melangkah ke arah meja belajarnya, dia terasa seperti lengan kirinya dicapai. Zaara terhenti dan menoleh semula ke arah Laila.
Perlahan-lahan, tangan kanan Laila turun dari lengan Zaara ke pergelangan tangan, sehingga ke tapak tangan lalu menggenggam tangannya dengan erat.
Sambil menatap tepat ke arah mata Zaara, Laila berkata, "You're the most beautiful one."
Zaara terpaku. Melihat mata Laila yang begitu jujur, perasaan yang dia tidak tahu sudah lama ada semakin kuat dirasai.
Perlahan-lahan Laila mendekati Zaara sambil tangan kirinya mencapai pipi Zaara. Dalam sekelip mata, jarak mereka begitu dekat sehingga Zaara dapat merasakan nafas mereka seolah-olah bersatu.
Laila menutup matanya dan merapatkan jarak mereka sehingga dia dapat merasakan bibir Zaara pada bibirnya. Bibir Zaara selembut apa yang dimimpikannya selama ini.
Laila tidak tahu dari mana keberaniannya datang. Dia hanya mengikut kata hatinya, persetankan segala risiko, termasuk ketakutan terbesarnya.
Zaara pula seolah-olah bertukar seperti patung tiada nyawa, matanya kekal terbuka sepanjang itu. Dia sedar apa yang Laila sedang lakukan, namun baginya, masa seolah-olah terhenti pada saat itu. Nafasnya terhenti sejak bibir Laila menyentuh bibirnya. Namun, Zaara tersentak ke Bumi apabila dia terasa hujung lidah Laila yang cuba mencuri sedikit rasa bibirnya.
Belum sempat Laila menerokai bibir Zaara dengan lebih lanjut, Zaara menolak bahu Laila sehingga Laila jatuh terduduk.
Laila tersentak dan baru dia menyedari apa yang dia telah lakukan. Badannya bertindak laju mengikit kata hatinya dari kata mindanya.
"Kak--"
Dengan lekas, Zaara mencari nota Kimia tajuk yang Laila inginkan dan meletakkannya berhampiran dengan Laila iaitu di atas katilnya. Dia menetapkan jarak antara dirinya dan juniornya itu.
"Keluar."
-----------
'BAM!'
"Laila, kau nak tidur sampai balik ke?"
Aqil menghempaskan bukunya ke meja Laila. Dia hendak bercerita kepada Laila tentang apa yang baru terjadi di dalam Bilik Kaunseling sebentar tadi. Namun, melihat muka Laila yang seperti singa dikejutkan dari tidur, termati niatnya serta-merta.
'Gosip tak gosip, nyawa aku lagi penting.'
Tidak lama selepas Laila dikejutkan dari tidur oleh Aqil yang tidak tahu adab, mata merahnya yang baru bangun itu berair sedikit. Hakikatnya, dia tidak langsung ada rasa marah terhadap Aqil setelah dilakukan sebegitu. Malah dia rasa bersyukur dikejutkan dari mimpi ngeri itu.
Dia cuba untuk melupakan insiden tersebut untuk fokus sepenuhnya terhadap ujian 1. Namun, sebaik sahaja ujian 1 habis, rasa gelisahnya yang dia cuba tanam selama seminggu ini datang seperti tsunami. Sehinggakan dia termimpi insiden tersebut, seolah-olah masa berputar kembali dan dia dipaksa berada dalam situasi tersebut lagi.
Mimpi tersebut begitu indah, kecuali pengakhirannya.
Dalam mimpi pun, dia tidak dapat menukar pengakhiran insiden itu kepada yang lebih baik baginya. Semua yang telah terjadi sama seperti mimpinya. Yang paling tidak dapat dia lupakan ialah reaksi Zaara setelah dia menolak Laila hingga jatuh terduduk; Zaara kelihatan begitu marah dan mengelap bibirnya berkali-kali sebelum mencapai nota Kimia untuk Laila.
Dia tidak mengerti bagaimana Zaara masih boleh ingat untuk memberi nota tersebut sebelum menghalau Laila keluar walau setelah Laila melakukan sebegitu kepadanya. Rasa bersalah semakin menguasai hati Laila.
'She's really too kind. Aku pulak buat macamtu kat dia..'
Laila mempunyai nota Kimia milik Zaara. Dia tahu dia patut memulangkannya sebelum ujian 1 mula, namun dia tidak mempunyai peluang untuk berjumpa dengan Zaara. Tidak dapat dinafikan, Zaara mengelak dari bertemu dengannya. Pelbagai alasan diberikan, dan Laila juga tidak mahu mengganggu Zaara, lebih-lebih lagi musim peperiksaan. Tambahan pula Zaara ialah calon SPM.
Dia ingin meminta maaf secara berhadapan kerana baginya, kesalahan ini terlalu berat untuk dimaafkan melalui 'WhatsApp'. Namun, kalau betul Zaara tidak mahu bertemu dengannya, dia perlu mencari cara lain untuk memulangkan nota tersebut. Walaupun bukan secara berhadapan. Mungkin, Zaara sudah tidak mahu melihat mukanya lagi.
Laila memegang nota Kimia tersebut dan menyelak hingga ke muka terakhir. Pada muka surat terakhir, terdapat tulisan cakar ayam yang semestinya bukan milik Zaara, bertulis,
'you can do it, Zaara :)'
~short theatre~
Laila: Tanak kawan Kak Zaara, rupanya Kak Zaara ada orang lain!
Zaara: Sejak bila kita kawan?
Laila: :') </3
-Author's Note-
I know i promised a chapter like more than a month ago, but a lot has happened recently in my life :') hope you guys are willing to be patient with me T_T
on another note,
HOLY FUCK IT'S 1K++
THANK YOU GUYS SO MUCH
YOU GUYS ARE TRULY THE BEST
YOU ARE READING
Eh, Aku dan Dia?
Romance"Aku pun tak sangka kau akan jadi sebahagian yang penting dalam hidup aku." "I hope you won't regret it." "How could I?" --------------------------------------------------- Akif, pelajar sekolah menengah, tak pernah terfikir yang buku-buku manga dan...