Prangg !!
Bunyi kaca jatuh menarik perhatian gadis yang sibuk bersiap . Keluhan dilepaskan. Kaki dibawa melangkah turun ke dapur.
" Woi perempuan engkau tak reti nak siapkan sarapan ke bodoh ? " tengking seorang perempuan berumur 20an ." Aku ingat engkau tak ingat jalan nak balik rumah " balas gadis itu dingin .
" Engkau tak payah nak perli aku suka hati aku lah nak balik ke tidak " , jerit perempuan itu dengan lantangnya .
" Aku malas nak layan kau kak kalau kau nak makan buat sendiri apa guna tangan kau reti berlawa saja ? " , mendatar sahaja balasan gadis itu. Tanpa menunggu balasan daripada kakaknya dia terus melangkah pergi .
Prang !!!
Terasa kepalanya terhentak sesuatu. Dia lantas menoleh ke arah belakang." Betina tak guna ! Engkau makin kurang ajar sekarang ! Aku ni kakak kau jaga bahasa engkau bodoh ! "
Kepala gadis itu ditarik dengan kasar . Dipukul penuh amarah . Si adik langsung tidak berkutik , membiarkan si kakak terus memukulnya .
Segala perkakas dicampak ke arah gadis muda itu. Kakinya mula berdarah dek kerana terpijak sisa kaca yang bederai di atas lantai . Setelah sekian lama si kakak berlalu pergi dengan mulutnya tanpa henti mencaci si adik ." Bangsat punya adik . Dasar anak malang . Perangai hanat kalau kau tak lahir lagi bagus sekurangnya tak menyusahkan aku "
Gadis itu terduduk diam tanpa sebarang emosi . Terdengar keluhan dari mulut gadis itu . Ditilik jam di dinding . 8 pagi . Dia sedar yang dia sudah lewat untuk pergi ke tempat kerja . Segera dia bangun . Kaki yang berdarah dibiarkan sahaja . Perkara yang lebih penting sekarang ialah dia harus segera bertolak ke tempat kerjanya . Dapur yang bersepah diendahkan sahaja.
"Balik nanti aku kemas " monolog hatinya .Aria's POV
" Aria!! "
Terdengar suara yang sangat tidak asing kedengaran memanggil nama ku . Aku menoleh ke arah sumber suara itu . Kelihatan Mak Jah , jiran rumah sebelah .
" Astagfirullah Aria kenapa dengan kepala sampai calar balar ini muka kamu pucat sangat ini " kedengaran riak risau dalam tutur kata Mak Jah ." Tak ada apa Mak Jah sikit saja tak perlu risau " balasku.
" Kamu bergaduh dengan Alia lagi ke ? " . Aku hanya berdiam . Mak Jah mengganguk faham .
Pergaduhan kami adik beradik sudah menjdi halwa telinga jiran sekeliling . Tipulah kalau aku tidak merasa malu tapi apakan daya aku tak boleh nak berbuat apa .
" Aria dah lambat ni Mak Jah . Aria gerak dulu "
" Nah bekal untuk kamu . Hati-hati dalam perjalanan . " Satu bekas tersua di hadapan aku . Tak sempat aku menolak Mak Jah dahulu menarik tanganku untuk mengambil bekal tersebut .
" Terima kasih Mak Jah , Aria gerak dahulu "Setibanya aku di perhentian bas , kelihatan sekumpulan lelaki duduk melepak. Aku mengeluh buat kesekian kalinya . Rasa tidak sedap hati aku buat tak endah . Kaki dibawa melangkah ke arah tempat duduk berdekatan . Belum sempat aku melabuhkan punggung kedengaran bunyi siulan nakal dari arah bertentangan .
" Uih awek cantik nak pergi mana itu abang boleh hantarkan " kata salah seorang daripada mereka . Yang lain pula mula ketawa terbahak-bahak mendengar usikan si rakan .
Rahang aku ketapkan . Biadap punya lelaki . Kalau tak menganggu perempuan tak aman ke dunia nak kiamat ke kalau sehari tak mengusik perempuan .
Nasib aku baik apabila bas yang ditunggu telah tiba . Kaki terus melangkah laju masuk ke dalam bas . Siulan dan usikan mereka tidak berhenti di situ .Mereka juga masuk ke dalam bas yang sama . Aku mengambil tempat duduk di bahagian paling belakang . Mereka yang seramai 6 orang duduk mengelilingiku . Pandangan yang berbaur usikan dihantar satu sama lain . Seorang daripada mereka cuba menyentuh lutut ku . Tanpa lengah aku terus layangkan penumbuk ke arah lelaki itu . Mereka semua terkejut .
" Woi sial la betina ini tiba-tiba nak tumbuk orang " jerit salah seorang daripada mereka . Suasana mulai kecoh .Haih .
Engkau yang buat hal sekarang engkau nak play victim . Kepala hotak kau . Aku tenung wajah setiap seorang .
" Habis itu aku nak kena tunggu kau raba aku dulu baru aku boleh pukul kau ? " . Tiada balasan .
" Aku tak akan kacau bangsat pelesit macam kau orang kalau kau tak kacau aku " . Aku cuba menahan diri daripada meninggikan suara ." Apa bukti kau betina sundal tiber nak menuduh kita orang . Kau fikir kau hot sangat ke . Hatuih muka macam kain buruk dapur mak aku . Dah lah badan macam papan tak ada nafsu lah tengok engkau ini " hina lelaki berambut afro . Aku hanya mendiamkan diri .
" Oi yang kat belakang itu engkau orang nak pak cik halau keluar ke ?! " Perhatian penumpang yang lain tertumpu ke arah kami. Silap aku juga tak mampu mengawal marah .
Aku terus ke beralih tempat duduk ke hadapan ." Woi perempuan hal aku dengan kau belum setel . "
Fikir aku kesah ke dengan hal kau
Setibanya ke destinasi aku segera keluar . Aku sempat meminta maaf kepada pemandu bas kerana membuat kecoh dalam bas tadi . Pandangan tidak puas hati lelaki dani
n gang-nya aku buat tak endah . Aku harap aku tak akan jumpa lagi lelaki tersebut ." Kamu cuba tengok jam sekarang pukul berapa ? "
" Pukul 9 " , jawabku teragak - agak ." Patutnya sebelum pukul 8 kamu dah sampai kamu pikir ini kedai kamu boleh suka suki datang bila bila saja . "
" Maaf Ms . Wong . Ada emergency tadi " , aku cuba menjelaskan keadaan kepada pemilik kedai merangkap bos aku , Ms . Wong wanita lewat 40an berbangsa cina ." Haiya Aria jangan manyak perangai la saya tak suka ada pekerja yang manyak masalah " .
Aku hanya tundukkan kepala . Langkah dibawa ke stor pekerja di belakang kedai .
" Aria sampai pun . Kenapa lambat sangat datang hari ini ? " sapa Kak Jaja pengurus kedai . Aku tersengih. Kak Jaja hanya mampu mengelengkan kepala . Dia cukup maklum mengenai masalah aku dengan Alia .
" Cepat tukar baju nanti naik angin Ms . Wong tak pasal pasal nanti semua benda dia bebelkan ."
" Baik Bu , bentar akan ku tukar baju sepantas kelajuan cahaya " gurauku .Bunga-bunga yang baru sampai aku susun di dalam pasu mengikut jenisnya .
" Aria tempahan pelanggan hari itu dah siapkan ? " tanya kak Jaja .
" Dah ", jawabku ringkas .
" Amboi kalau dah melekat dengan bunga itu memang tak tengok kiri kanan , " sakat Kak Jaja .
Aku memang sukakan bunga . Tak kira lah bunga mawar atau bunga tahi ayam bagi ku setiap bunga ada keindahannya sendiri yang aku kagumi . Aku tak kisah dilabel perempuan lembik hanya kerana sebab aku suka kan bunga . Mengarut pemikiran sebegitu.
" Aria hantarkan bunga itu dekat pelanggan . Dia ada dekat lobi ."
Tanpa sebarang bantahan aku bergerak turun ke lobi menggunakan tangga .
Setibanya aku di lobi kelihatan seorang lelaki sedang menunggu . Aku bergerak menghampirinya . Dia yang sedar akan kehadiranku berdiri mendekatiku ." Maaf Encik , Encik ke yang buat tempahan gubahan bunga minggu lepas ?" tegur ku meminta kepastian .
" Ya saya . Terima kasih . " balas lelaki itu . Bunga di tanganku disambutnya ." Karl !! "
Kedengaran suara gadis dari arah bertentangan kami . Seorang gadis menghampiri kami berdua dengan muka yang agak bengis . Muka macam tahan berak dah kenapa cik kak pergi la lepaskan hajat dulu getus hatiku .
Pang !!
Berputar sebentar dunia . Terasa pijar pipi ku . Minah sewel ini dah kenapa . Rahangku ketap menahan sabar . Kenapa hari ini semua orang mencabar kesabaran dia ? Keluhan kecil kedengaran dari mulutku .
" Rissa what are you doing ? Are you out of your mind? " , lelaki di sebelahku menahan gadis tersebut dari terus cuba menyerangku .
" Siapa perempuan ini ? You curang dengan I kan ?! " jerit gadis itu .
Adumak dah kenapa pulak aku dituduh curang . Prank ke atau hidden camera mission .
" Cik saya pekerja dari The Florist Shop . Kekasih hati Cik buat tempahan jadi saya datang nak hantar sa. ha. ja . " kataku tegas sambil menunjukkan nama kedai yang terpapar di T-shirt yang aku pakai . Gadis itu kelihatan terkelu .
Tahu pun terciduk lain kali jangan tanya tumbuk dulu . Aku jeling gadis itu atas bawah . Perangai mung sangat dok semenggah . Muka saja lawa tapi adabmu entah ke mana .
" Maaf Cik , saya minta maaf sangat - sangat " kata lelaki bagi pihak teman wanitanya .
" Thank you " , balasku dingin. Ya , terima kasih kepada Encik dan Cik sebab dah rosakkan mood saya pada hari ini . Aku terus berlalu tak kuasa nak melayan drama pasangan kekasih itu . Sedikit pun aku tak terusik dengan perangai sombong gadis itu yang enggan memohon maaf . Balik sahaja ke kedai aku dimarahi Kak Jaja kerana tidak mengambil tindakan apa -apa kepada gadis tersebut . Benda dah terjadi . Aku bukan lemah atau takut cuma aku malas memanjangkan masalah .TBC
YOU ARE READING
DARLING | COMPLETED
Romance" I always got you , mi amor " - Eusoff Uqael " It hurts so much . I thought it wouldn't " - Nur Aria Kisah aku dan dia . We're like parallel lines . Always close - never together . Disclaimer : Cerita ini sangat klise . I'm sorry for letting...