Chapter 45

392 29 4
                                    

" Saya nak mandi " , bisikku perlahan pada Eusoff yang sibuk berbual dengan Mak Long dan Mak Lang nya. Aku tarik hujung bajunya sedikit untuk menarik perhatian Eusoff .

" Qael nak mandikan Aria kejap ya , Mak Long , Mak Lang "

Bukan sekadar mata Mak Long dan Mak Lang terbeliak , mataku pun sama . Merah padam wajahku bila mendengar apa yang diperkatakan Eusoff .

" Tak ada tangan sendiri ke ? Sibuk nak dimandikan . Fikir mung tu budok umor pat tahun ?  nok oghang mandikan "  , berdesing telingaku .

Minah tiga suku ni pakai ilmu apa ek? Tadi tak ada ,  tiba -tiba muncul tercangak kat sini .

Suka hati aku la ! Suami aku , bukan suami kau ! Ni mesti kes tak dapat pikat Eusoff la tu ! Pastu tak boleh move on ! Padan muka ! Melepas . 

" Apo mung kato lagu tu ? Biar la . Suami isteri doh soh halal " , Mak Long memotong percakapan Ecah tiga suku itu. 

" Mak Long - "

Aku tak sempat nak mendengar bicara perempuan itu bila Eusoff menarikku jauh dari mereka . Aku masih cuba mencuri dengar apa yang mereka borakkan.  Tanpa ku sedar Eusoff sudah kembali dari bilik kami . Dia bawa aku turun melalui tangga yang berada di hujung sudut dapur .

Eusoff bawa aku masuk ke dalam kamar mandi yang agak luas yang terletak di luar rumah kampung ini .

Usai menggantung pakaian kami , selamba saja dia buka baju di depanku .

" Woah ! Hold on , sir ! Kenapa awak ada dalam ni sekali ? Hantar saya sampai sini sudah la ! "

" Alang -alang sekali je la , Cinta . Jimat masa at the same time lebihkan masa dengan kau " , katanya sambil menyambung perbuatannya yang sedang membuka pakaian .

Keluhan terlepas dari bibirku .

" Aip ! Kau patut bersyukur tau ada orang nak mandikan kau " , kata Eusoff .

Keluhan kali kedua terlepas lagi.  Aku genggam hujung baju ku . Malu dengan Eusoff . Walaupun dah jadi suami isteri , rasa malu itu akan sentiasa ada .

" Kenapa ? Kau tak suka ke ? "

" Saya malu " , jawabku jujur .

" Okay kau tunggu kat luar "  katanya sambil menolak aku keluar dari tandas .

Pintu tandas tertutup .Terpinga aku di depan pintu.

Eusoff merajuk ke ?
Berdosa kah aku sebab menolak perintahnya ?
Nak masuk ke rumah semula takut disoal mak saudara Eusoff.

Bala pula kalau jumpa Ecah tiga suku itu .Aku cuba mengelak dengannya supaya tak nak la berdrama pukul 7 dengan perempuan itu.  Mengenangkan ini rumah keluarga Eusoff maka aku harus simpan jurus silat kemas -kemas . Hilang imej ayu nanti .

Aku bercangkung di tepi pintu.  Menunggu Eusoff . Sambil itu kepala ligat memikirkan cara untuk memujuk Eusoff .
Bagi aiskrim jalan tak ?

Tak lama selepas itu , pintu tandas terbuka .  Segera aku bangun . Tak semenggah betul kalau Eusoff nampak aku bercangkung macam tahan berak .

" Mandi " , arah Eusoff pendek saja . Dia tarik aku masuk ke dalam bilik air itu . Belum sempat aku nak bertanya dia marahkan aku ke tidak , pintu ditutup dari luar .

Huwaa ! Eusoff tak pandang aku langsung ! Marah betul Eusoff ! Merajuk la pulak pak cik tua ni !

Lemah saja pergerakan ku . Mandi pun rasa tak basah . Sabun pun dah hilang wanginya . Eusoff ku marah . Di cop isteri durhaka kah aku ?

DARLING | COMPLETEDWhere stories live. Discover now