Malam itu , aku berkemas . Kami bercadang untuk bertolak ke Kuala Lumpur esok pagi . Eusoff dan Nek Wan pula solat berjemaah bersama di masjid . Selesai menyusun pakaian ke dalam bagasi , aku berniat turun ke dapur . Mahu minum air untuk hilangkan dahaga .
Saat kaki ku melangkah masuk ke dapur , aku perasan yang rumah ini sunyi . Seolah tiada sesiapa kecuali aku . Aku jenguk kepala ke ruang tamu . Mencari mana - mana kelibat ahli keluarga Eusoff . Setahu aku hanya Eusoff dan Nek Wan yang keluar . Mungkin Mak Long dan Mak Lang ada di dalam bilik mereka . Aku cuba bersangka baik .
Aku tuang air teh ke dalam cawan . Aku sisip sedikit teh panas . Menenangkan hati yang agak berdebar . Rasa tak sedap hati . Entah kenapa aku rasa tak selamat berada dalam rumah ini . Terasa macam diperhati seseorang .
Aku tuju ke sinki mahu membasuh cawan yang aku gunakan. Kedengaran pintu utama dibuka dari luar . Mungkin mereka dah balik .
Aku naik tangga menuju ke ruang tamu. Pintu terbuka luas . Tiada siapa di pintu mahupun di ruang tamu.
Terasa tanganku ditarik dari tepi . Tanganku lagi satu laju menampar wajah orang itu . Terlepas pegangannya . Aku jarakkan diri dengan orang itu .
Zaim !
Pandangan yang diberikannya membuatkan aku meremang satu badan . Dasar jantan gatal ! Aku berlari keluar ke pintu yang sedia terbuka itu .
Dia mengejarku . Belum sempat kaki menjejak keluar , dia lebih tangkas menangkapku. Tangannya menekup mulutku . Dia menarikku menjauhi pintu . Ditutup pintu. Aku meronta dalam pelukannya. Aku cuba leraikan pegangan jijik milik jantan tak guna itu. Kakiku terheret jauh dari pintu . Aku pegang kaki meja perhiasan di situ. Tak mahu dia menarikku .
Dia rentap tudungku . Baju ku dikoyakkannya . Terdedah sebahagian badanku . Terketap rahangku bila melihat pandangannya yang meliar.
" Kenduri besar aku malam ni "
Bodoh punya jantan !
Aku Eusoff punya ! Bukan jantan keparat macam kau !Aku gapai pasu bunga . Aku baling tepat ke mukanya . Berderai pasu jatuh . Darah menitik keluar . Zaim jatuh melutut di depanku . Mengerang kesakitan .
Segera aku bangun menuju ke pintu. Ingin meloloskan diri dari Zaim . Aku dengar tapak kakinya menuju ke arahku .Rambutku ditariknya .
Terasa kaca tertusuk ke bahuku . Zaim tarik keluar kaca yang ditusuknya selamba. Aku menjerit kesakitan .
" Kau nak lari mana , Aria ? Let's have fun ", katanya sambil menjilat darah yang tak henti mengalir dari bahuku .
Aku dorong badanku menolaknya ke belakang. Dia mula menjerit kesakitan . Kakinya terpijak sisa kaca yang pecah itu . Cengkaman mula melonggar . Aku loloskan diri . Tanpa ku sedar kakiku juga terpijak kaca . Aku terjatuh betul - betul di depan pintu . Lututku terasa longgar. Aku seret badan mendekati pintu .
Ya Allah . Tolong aku.
Aku berusaha membuka selak pintu namun gagal akibat rasa kebas di bahu yang mula menular ke tanganku .
Pintu rumah terbuka .
" Eusoff .. " , panggilku . Eusoff meluru ke arahku . Nek Wan , Mak Long , Mak Lang , Ecah dan Ayu kelihatan terkejut dengan keadaanku yang berdarah teruk ini .
" Cinta ", suara Eusoff pecah. Aku pandang wajahnya . Mata hazelnya berair seakan menahan tangisan .
" Eusoff , sakit " , aduku . Aku mula tak rasa apa di bahu dan kaki . Terasa lumpuh separa badan.
Eusoff perasan kehadiran Zaim yang masih terbaring kesakitan. Dia menuju ke arah Zaim . Muka nya ditumbuk bertalu - talu . Kedengaran jeritan Mak Long dan Mak Lang di muka pintu. Ayu mendekatiku . Dia tutup badanku yang terdedah.
YOU ARE READING
DARLING | COMPLETED
Roman d'amour" I always got you , mi amor " - Eusoff Uqael " It hurts so much . I thought it wouldn't " - Nur Aria Kisah aku dan dia . We're like parallel lines . Always close - never together . Disclaimer : Cerita ini sangat klise . I'm sorry for letting...