Aria 's POV
Itu lah kali terakhir kami berjumpa . Sepanjang bulan ini kami sibuk dengan persiapan perkahwinan. Aku sibuk menggubah bunga untuk gubahan perkahwinan .Eusoff pula sibuk dengan urusan kerja nya di hotel LaVeigh .
Aku dan Tengku Elyana , ibu Eusoff selalu berjumpa bagi berbincang mengenai urusan perkahwinan . Sebolehnya aku mahu buat majlis yang serba ringkas saja . Jemput sanak - saudara yang terdekat tapi bapa Eusoff , Encik Sulaiman berkeras mahu menjemput rakan taulan dan rakan businessnya sekali . Kalau boss besar dah bersuara aku tak boleh nak membantah . Malas mahu memanjangkan hal yang remeh.
Aku juga sibuk ke sini ke mari menyiapkan tempahan kedai The Florist Shop walaupun sibuk menyiapkan urusan perkahwinan ku . Kerja tetap kerja bagiku .
Rindu .
Rindu sangat . Aku rindu nak menatap mata hazel milik Eusoff .
Aneh sekali hubungan kami berdua .
Bertunang tapi nombor telefon masing - masing tak pernah dikongsi .
Semua urusan hanya melalui Tengku Elyana . Aku pun satu ego tak mahu meminta nombor telefonnya pada Tengku Elyana.Dia tak rindu aku ke ? Dia tak tahu ke yang aku ni pemalu nak call dia ? Ke dia pura-pura tak tahu ? Busy sangat ke sampai tak sempat nak call tunang sendiri ?
Aku keluarkan sekeping kad yang aku bawa ke hukur hilir dari dompetku .
Kad yang diberikan oleh Eusoff minggu lepas .Kad yang bertulisan tangan tercatat pesanan Eusoff padaku .
Assalamualaikum , mi amor .
While waiting for ours day coming , don't forget to take a rest . I wouldn't be there for you so please stay away from trouble, young lady .Jangan tinggal solat . Banyakkan solat hajat dan istikharah . Doa moga Allah permudahkan urusan kita nak membina masjid bersama .
Pen-off . Fi hifzillah .
Encik Tiang Lampu .
Kad yang di serahkan melalui Tengku Elyana itu aku simpan elok dalam dompetku .
Walaupun cara hidup Eusoff yang moden , Eusoff suka berhubung denganku dengan cara klasik . Tapi aku suka .
Segala tentang Eusoff aku suka .
Tiba hari pernikahan kami berdua . Kak Jaja kalut menyiapkan ku . Pantang aku bergerak sedikit disergahnya aku. Nak garu lengan yang gatal pun tak bagi . Biar dia garukan katanya .
MUA yang sibuk merias mukaku juga sibuk membebel padaku . Dia naik marah bila melihat eyebag ku yang agak teruk . Aku memang kurang tidur bulan ini . Sibuk sangat . Selalunya aku tidur 11 malam lalu bangun pukul 3 pagi . Tahajjud . Lepas subuh aku sambung menyiapkan tempahan.
Aku cuba berpegang dengan pesanan Eusoff yang memesan padaku supaya perbanyakkan amal ibadah . Aku tekad mahu menjadi yang manusia yang lebih baik dan isteri solehah kepadanya.
" Bubuh saja concealer , kak " , selamba aku menjawab .
MUA itu masih membebel .
" Nasib la lawa . Kulit helok putih melepak . Tak payah make up tebal - tebal . Cuma kening ni kena cukur sikit . Bersepah "Sepantas kelajuan cahaya , aku elak pisau cukur yang hampir terkena pada keningku .
Big no !
Lantak pi la kening aku tebal macam hutan tropikana ke tak akan aku cukur . Punya la elok terletak dekat atas mata . Kang dicukur hilang terus ." Sikat je kak " , kataku .
Dapat ku lihat dia yang tak henti mengomel . Sudah ku kata pada Kak Jaja biar aku make up sendiri tapi dia berkeras nak sponsor MUA . Tup tup tak ada apa yang perlu dilakukan olehnya .
YOU ARE READING
DARLING | COMPLETED
Romance" I always got you , mi amor " - Eusoff Uqael " It hurts so much . I thought it wouldn't " - Nur Aria Kisah aku dan dia . We're like parallel lines . Always close - never together . Disclaimer : Cerita ini sangat klise . I'm sorry for letting...