Sudah sebulan berlalu .
Kehidupan seharian ku juga kembali normal . Tiada apa yang menarik . Pergi balik kerja . Setiap hujung minggu aku ziarah kubur ibu .Rutin ku juga tak terlalu sibuk . Tiada tempahan berskala besar yang masuk.
Hari ini aku jaga kedai seorang diri . Kak Jaja pergi menjemput dua orang adiknya , sepasang kembar tak seiras dari kampung yang akan melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia .
Terpaksalah Kak Jaja ambil cuti separuh hari .
Aku pandang jam .
Sudah pukul 8 malam . Aku kemas apa yang patut .Nasib Ms .Wong ada untuk menemani ku .
Selalunya dia balik awal nak masak untuk anak kesayangannya tapi sebab anaknya Wong Chia balik ke asrama maka tak ada siapa la nak teman dia di rumah ." Ms. Wong , you boleh turun dulu . Saya tinggal nak kunci pintu saja "
" Ha okay . I tunggu you kat bawah "
Aku turun melalui tangga kecemasan .
Terasa luar biasa sejuknya malam ni . Aku gosok belakang leher . Meremang semacam . Kawasan tangga yang memang sunyi tu terasa lain macam .
Aku lajukan langkah . Aku langkau dua hingga tiga tangga sekaligus .
Sampai di lobi aku hantar Ms. Wong ke tempat parking . Risau kalau apa- apa jadi pada perempuan yang sudah lewat usianya itu .
Perjalanan nak ke station keretapi agak jauh . Selalunya aku dan Kak Jaja akan ambil jalan singkat . Tapi sebab aku keseorangan hari ni aku rela ambil jalan jauh .
Aku masih takut dengan apa yang terjadi sebelum ini .
Terngiang-ngiang pesan Eusoff
"You better watch where you go , young lady . It's already twice . Jangan sampai kau termasuk dalam kandang harimau bukan senang -senang boleh lepas . Aku tak boleh janji aku akan sentiasa ada untuk selamatkan kau"Apa khabar Eusoff ya ?
Segan pula nak bertanya pada Kak Jaja .Walaupun hampir setiap malam Kak Jaja duk bergayut dengan Encik Laith takkan la tiba - tiba saja aku nak bertanya pasal Eusoff .
Kalau Encik Eusoff sendiri tak bertanya apa- apa pasal aku .
Tak mahu lah dicop perigi cari timba .
Langkahku hayun cepat . Takut terlepas train . Lambat la aku pulang .
Terasa macam diekori tapi aku buat seperti tiada apa berlaku . Aku tarik rapat tote bag ke dada .
Sejak dua menjak ni memang aku rasa diriku diperhatikan . Tapi tak nampak pun satu kelibat . Jadi aku biarkan saja .
Masalahnya sekarang ni aku sangat pasti ada yang mengikuti dari belakang . Keadaan yang agak sunyi menyebabkan aku dapat mendengar derap kakinya yang begitu jelas .
Aku belok ke kanan . Aku sedar yang aku dah terlepas simpang untuk menaiki jejantas untuk ke seberang jalan .
Makin laju langkahku makin laju langkah orang dibelakang ku .Aku belok ke kanan sekali lagi . Aku sampai betul-betul di depan balai polis . Termengah aku dibuatnya .
Saat ku toleh orang itu sudah tiada .
Tak lama kemudian aku patah balik ke simpang nak menyeberangi jejantas . Aku panjat satu - satu tangga .
Dari arah bertentangan kelihatan dua orang lelaki berbadan gempal datang ke arahku . Muka mereka bengis .Aku pusing berniat nak patah balik . Tapi jalanku dihalang dua orang lelaki. Seorang berbadan besar dan seorang lagi kurus keding .
" Nur Aria binti Abdullah " , panggil salah seorang daripada mereka. Kelihatan jelas parut panjang dari kening hingga ke pipi lelaki itu .
Keturunan lanun ke mereka ni ?
" Encik nak apa dari saya ? " , mendatar saja suaraku . Aku kawal suara agar tak kelihatan gementar .
Dicampaknya tiga keping gambar ke arahku . Aku hanya kerling sekilas .
Memang tak la aku nak tunduk mengambil gambar itu .
Ibarat membuka ruang dan peluang kepada mereka kalau aku dedahkan belakang ku dalam keadaan melutut .
Not a really good move .
" Bapa kandung kau , Norman Hakimi berhutang dengan boss aku . Sampai sekarang tak bayar . Dia suruh aku cari engkau sebab kau satu - satunya anak dia " , jelasnya .
What the hell .
Tak ada angin tak ada ribut tiba - tiba claim aku ni anak dia ." Encik percaya cakap dia ? " , sinis aku bertanya .
" Dia bagi gambar - gambar ni . Dalam gambar tu mak kau kan ? "
Aku perhati betul- betul gambar tersebut .
Wajah ibu yang tersenyum di samping lelaki yang ku tak kenali .
Gambar itu kelihatan agak lama . Ditangkap waktu ibu masih muda . Dalam 20 - an . Tiada garis - garis tua kelihatan . Licin saja dahi ibu .
Mustahil gambar itu hasil photoshop . Zaman 90 an mana ada telefon canggih seperti sekarang . Tangkap guna kamera digital SLR paling common .
" Dalam surat beranak saya tak tertera nama orang yang Encik sebut tadi . Encik tak boleh suka - suka nak suruh saya bayar hutang orang yang saya tak kenal " , bidasku .
Gila ke apa ? Nak menyara hidup aku pun terasa susah yang amat . Sekarang aku kena bayar hutang seseorang yang kononnya ayah kandung aku ?
Tak pernah ku kenal siapa ayah kandungku . Aku dibesarkan ibu seorang diri sebelum ibu berkahwin dengan papa , duda yang mepunyai seorang anak perepuan iaitu Alia .
" Senang saja Cik Aria . Kalau Cik Aria tak nak bayar hutang tu saya tak boleh jamin nyawa ayah Cik Aria terjamin "
Pastu ? Kau nak suh aku gelabah ayam ke ni ?
Keluhan aku lepaskan . Walaupun aku benci untuk menerima hakikat tersebut aku masih ada hati perut .
Tak sanggup aku nak menelan kenyataan yang seseorang mati akibat kedegilanku .
Tapi tetap tak adil . Baru sekarang nak mengaku aku anak dia ?
Mana dia bila ibu dicaci dan dihina oleh penduduk kampung sebab mengandungkan anak luar nikah ? Dihalau keluar dari kampung sehelai sepinggang .
Mana dia bila aku dibuli dan diejek rakan sekolah sebab aku anak luar nikah dari hasil persetubuhan haram ?
" Lagipun - "
" Encik akan datang cari saya juga . Encik akan cuba ganggu orang yang dekat dengan saya " , potongku .
Kedengaran gelak tawa mereka bergema .
" Wah such a bold girl la you ni " , kata lelaki yang kurus keding itu .
Bukan aku tak faham modus operandi Ah Long ni . Nyawa dah melayang tapi hutang tetap tak selesai . Lari macam mana pun akan terjerat juga .
" Berapa banyak ? "
" RM500 000 termasuk bunga "
Penumbuk aku genggam .
Apa banyak sangat dia pinjam ni . Nak bina banglo ke apa ? Mana nak kaut duit banyak gitu ?" Bulan depan kami akan datang ambil duit " , mereka beredar pergi .
Aku kutip gambar yang terletak elok di atas lantai . Aku tenung wajah ibu . Dia kelihatan sangat gembira . Jujur itu pertama kali aku lihat senyum lebar ibu sepanjang hayatnya dikandung badan .
Ya Allah . Permudahkanlah urusan ku .
Aku pandang langit .
Hitam . Gelap .
Ada dua tiga bintang bersinar terang .Ibu . Adik rindu Ibu .
YOU ARE READING
DARLING | COMPLETED
Romance" I always got you , mi amor " - Eusoff Uqael " It hurts so much . I thought it wouldn't " - Nur Aria Kisah aku dan dia . We're like parallel lines . Always close - never together . Disclaimer : Cerita ini sangat klise . I'm sorry for letting...