Aria's POV
Meriah . Itu yang dapat aku gambarkan suasana di hari perkahwinan Encik Karl . Aduyai takkanla nak sunyi macam upacara pengebumian Aria oi .
Aku lihat keliling . Memang jemput 7 keturunan ini . Ramai betul yang hadir dah macam festival pula . Bagus lah ramai lah boleh mendoakan perkahwinan mereka berdua .
Keluhan aku lepaskan . Sumpah rasa nak hantuk kepala ke meja. Rasa sesak di dada aku tahan sedaya upaya . Macam mana aku boleh berada di sini walhal awal-awal lagi nawaitu tak mahu ke mari? Ini semua angkara Kak Jaja . Beria dia ingin datang melihat sendiri upacara perkahwinan . Apa yang seronok sangat pun aku tak tahu . Bukan dia yang menikah pun .
" Ambil berkat pengantin , kata orang tua kalau kita tak datang majlis orang kahwin nanti tak ada siapa nak datang kita punya kenduri ", katanya saat aku membantah tak mahu pergi . Dah kenapa pula aku hidup berpaksikan berkat orang berkahwin . Lagi bagus tak banyak orang bersesak kalau diaorang tak datang kenduri kita . Malas nak bergaduh panjang maka aku ikutkan saja .
Tapi sekarang rasa menyesal membuak-buak . Aku urut dada bagi mengurangkan rasa gemuruh . Aku perlu keluar dari dewan ini sebelum ada yang perasan akan keadaanku . Aku beritahu Kak Jaja supaya dia tidak tercari-cari kemudian .
Saat kakiku menjejak keluar dari pintu dewan rasa tenang menyerbu . Angin segar aku sedut puas - puas . Lega yang amat .
Niatku nak ke tandas tapi tandas pun tak kelihatan dari tadi . Nak dekat tiga kali aku pusing tak jumpa juga . Takkan aku perlu bayangkan pintu masuk tandas baru nak muncul ? macam Bilik Keperluan dalam cerita Harry Potter . Ha sudah melalut saja kerja kau Aira .
Aku belok ke kanan melalui lorong kecil . Terpampang simbol tandas di atasnya . Segera aku masuk .Setelah melepaskan hajat aku keluar menuju ke cermin yang berdekatan . Aku terpandang sederet urine bowl yang ada di dinding berdekatan cermin . Aik sejak bila tandas perempuan ada urine bowl ? Tak semenggah woi perempuan kencing berdiri .
Wait-
Urine bowl ? Dalam tandas perempuan ?
Terdengar gelak tawa dari pintu masuk .
Ibu !! Help adik !!
Terasa tangan ku ditarik dari arah belakang . Sekelip mata aku berada dalam kubikel . Terasa bahang hangat di sekitarku . Satu tangan yang dua kali ganda besar dari tanganku mencengkam kuat lengan. Aku pandang si pemilik tangan serupa gergasi itu .Hazel . Tajam .
Shit .TBC
YOU ARE READING
DARLING | COMPLETED
Romance" I always got you , mi amor " - Eusoff Uqael " It hurts so much . I thought it wouldn't " - Nur Aria Kisah aku dan dia . We're like parallel lines . Always close - never together . Disclaimer : Cerita ini sangat klise . I'm sorry for letting...