Chapter 8

15 2 0
                                    

"Gomawo, Taehyung-ahh."

"No problem lah. By the way, esok kereta kau sampai. Tauke kedai tu cakap kereta kau dah siap."

"Hmm, okay. Thanks again. Okaylah, aku nak tengok-tengokkan So Min kejap."

"Ahh, okay."

Baru sahaja Jimin ingin masuk ke dalam rumahnya, Taehyung memanggilnya semula.

"Jimin."

Jimin berpaling ke arah Taehyung.

"Mwo?"

"Kalau suka So Min bagitahu, boleh aku carikan paderi then tempah baju kahwin dengan pelamin untuk kau." kata Taehyung dan terus lari masuk ke dalam keretanya.

"YAHHH KIM TAEHYUNGGG!!" jerit Jimin.

Baru sahaja dia hendak mengejar, kereta Taehyung meluncur laju keluar dari perkarangan rumahnya.

"Yang kabun-kabun (bukan-bukan) jelah Taehyung ni." kata Jimin lalu masuk ke dalam rumah.

Sebaik sahaja dia memasuki rumah, Jimin melihat So Min yang sedang melakukan sesuatu tu dapur. Jimin mulai mendekati So Min untuk melihat dengan lebih jelas apa yang dia sedang lakukan.

"Yah, kau buat apa ni? Letak pinggan-pinggan tu." arah Jimin apabila melihat So Min menyusun pinggan di rak dengan sebelah tangannya lagi.

"Alahai.. tak susah mana pun. Susun pinggan je, Encik." kata So Min yang masih lagi menyusun pinggan.

"Kau ni degil, kan? Letak pinggan tu and pergi naik atas. Rehat." arah Jimin lagi seraya mengambil pinggan di tangan So Min.

"Encik... saya masih boleh buat kerja. Encik jelah pergi rehat, dari pagi jaga saya, kan?" kata So Min yang mengambil semula pinggan dari tangan Jimin.

"Kau yang patut pergi rehat." ditariknya semula pinggan itu dari So Min.

"Pinggan sebiji je lagi, Encik. Bak sini." So Min menarik pinggan itu.

"Tak-bo-leh." Jimin menarik pinggan tadi dan ...

Prangggg!

Pinggan itu terjatuh. Hampir sahaja terkena kaki mereka berdua akibat perebutan yang berpunca daripada sebiji pinggan. Tak tahulah nak salahkan siapa.

Korang rasa siapa yang salah? So Min or Jimin? Ha pilih, pilih.

"Ehh, kena kaki kau tak?" soal Jimin sambil melihat kaki So Min. Risau juga kalau terkena kaki.

"Tak, tak. Sekejap, saya pergi ambil penyapu." belum sempat So Min melangkah, Jimin menghalang.

"Wait, kau duduk situ diam-diam. Nanti kau terpijak kaca." kata Jimin lalu berjalan keluar dari dapur dengan hati-hati.

So Min akur dan hanya melihat Jimin yang sedang memakai selipar getah yang di ambilnya dari belakang tandas.

"Tunggu jap." kata Jimin lagi dan mengambil penyapu lalu menyapu sedikit serpihan kaca yang besar.

Selesai menyapu, Jimin mendekati So Min. Terbeliak mata So Min dibuatnya apabila Jimin tiba-tiba mendukungnya. (gelikan? samalah aku pun geli)

"En-Encik-..."

"Mwo?"

So Min tak tahu nak cakap apa kerana dia masih lagi terkejut. Jimin meletakkan So Min di kerusi meja makan dan masuk semula ke dapur untuk membersihkan serpihan kaca yang kecil dan halus. (aku cringe)

"Oyemjiiiii! Arghhhhhhh! Jantung aku tak berhenti berdebar lagi ni. Oyemji, how...? Arghhhhh! Helpppp!" hati So Min menjerit kecil.

The Real Honey || PJMWhere stories live. Discover now