Tuk! Tuk! Tuk!
Pintu bilik dibuka untuk melihat gerangan yang mengetuk pintu. Tiada siapa. Hampir sahaja dia menutup pintu, ternampak sekeping kertas di lantai depan biliknya.
- Mian. Turunlah bawah ^^ -
Sebaik sahaja membaca tulisan di atas kertas itu, senyuman kecil terukir di wajahnya. Walau hati masih lagi terasa dengan kata-kata yang dihamburkan olehnya semalam, nota sekecil mampu ini sudah mampu membuat hati kecilnya gembira.
Usai bersiap-siap, So Min menuruni tangga dan mencari gerangan yang meletakkan nota di pintu biliknya tadi. Dia menuju ke meja makan, namun yang ada hanyalah beberapa jenis juadah sarapan. Tiba-tiba dia mendengar bunyi sesuatu dari arah dapur. Dengan ragu-ragu, So Min berjalan ke arah dapur pula.
Selangkah demi selangkah kakinya berjalan perlahan. Takut jika perkara yang tak diingini berlaku lagi. Cukuplah hanya tangan yang sudah di toreh dengan dalam menggunakan pisau yang tajam. So Min mula mengintai dapur dan melihat seseorang sedang menghadap belakang.
"N-Nugu...?" soal So Min takut.
"Ha, dah turun dah...!"
Lega hatinya tatkala melihat Jimin yang sedang memasak di dapur. So Min mendekati Jimin untuk melihat apa yang sedang di masaknya,
"Wahh... Tobokki..!" jerit So Min teruja.
Dia sangat sukakan Tobokki dan sudah lama mengidam. Kali terakhir dia merasa makanan itu ialah ketika dia masih lagi tinggal di rumah yang ahjumma itu tumpangkan dahulu. Ya, sudah begitu lama dia tidak merasakan makanan itu.
"Haah, kau suka ke?" soal Jimin yang melihat reaksi teruja So Min.
"Mestilah! Ni makanan favourite saya kot!" katanya lagi sambil melompat kecil.
Melihat So Min yang begitu teruja, Jimin mengambil sudu kecil dan menyenduk sedikit tobokki lalu dihulurkan pada So Min.
"Nah, rasalah." pelawa Jimin.
So Min hendak mengambil sudu itu daripada tangan Jimin, tetapi dihalang.
"Tak payah. Buka je mulut." arah Jimin.
So Min membuka mulut dan merasakan masakan Jimin.
"Emmm...! Sedap!" kata So Min yang melompat lagi.
Jimin yang memerhatikan gelagat So Min terketawa kecil. Begitu teruja gadis itu merasakan masakannya.
"Encik dah siap masak ke belum? Saya nak makan ni." soalnya teruja.
Tak padan dengan orang gaji, happy betul dia ya.
"Ya, ya. Dah siap. Sekejap aku tuang dalam mangkuk. Hahaha." kata Jimin seraya ketawa kecil.
Jimin mengambil mangkuk dan menuangkan Tobokki tadi ke dalamnya. Usai siap, Jimin keluar bersama semangkuk besar tobokki di tangan lalu diletakkan di atas meja. So Min yang gembira terus duduk di meja makan tanpa dipelawa. Teruja hendak makan makanan kegemarannya.
"Eemm..! Sedapnya bauuuu!"
Jimin tersenyum melihat So Min yang sedang makan.
"Encik tak nak makan ke?" soal So Min dengan mulut yang penuh.
"Tak apa, kau makanlah dulu." balasnya.
"Ala.. makanlah sikit. Tak bestlah saya makan sorang."
"Takpa, kau ma-"
Tanpa izin, So Min terus menyuap sesudu Tobokki ke dalam mulut Jimin.
"Amm nyam nyam nyam nyam... sedapkan?" senyum So Min sambil mengadukan bunyi orang tengah makan.
YOU ARE READING
The Real Honey || PJM
FanfictionWARNING‼️ - Banyak kata-kata kesat yang tidak ditapis - Banyak bahagian yang akan membuatkan anda 'BUTTERFLY' - Kalau rasa tak boleh baca benda 'cringe', this is not for you (aku sendiri pun cringe) _____ "Kau tak nampak ke kereta aku keluar ni? Bu...