Chapter 15

7 2 0
                                    

"Aish, shibal!"

Tuk! Tuk!

"Jungkook.."

"Mwoya?!"

"Kamu kenapa? Eomma nampak kamu marah je. Ada apa-apa jadi ke kat sekolah?" soal ibu Jungkook dibalik pintu bilik Jungkook yang dikunci.

"Tak ada apa. Eomma pergilah, Kook nak rehat." balas Jungkook.

"Kook, bagitahulah Eomma, Kook kenapa?" soal ibunya lagi.

Jungkook membuka pintu dan merenung wajah ibunya.

"Apa yang tak faham sangat kau ni?! Aku dah kata aku nak rehat, kan?! Tak faham ke??!" jerkah Jungkook pada ibunya dan terus menutup pintu dengan kuat.

"K-Kook..." terkedu ibunya mendengar kata-kata kasar yang dikeluarkan oleh Jungkook.

"Cakap benda mudah pun tak boleh nak faham. Semak tahu tak?" katanya sendiri.

Jungkook mundar-mandir di dalam biliknya memikirkan kejadian yang terjadi di rumah Jimin tadi.

"Kau tak ada hak untuk cakap macam tu dengan dia. Kau tak setaraf dengan dia, Jungkook." kata-kata itu bermain difikiran Jungkook.

"Tak setaraf? Kau nak orang yang setaraf dengan jantan tak guna tu kan? Okay.. kita tengok nanti."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tuk! Tuk! Tuk!

"So Min-ahh.. bukaklah pintu ni."

"Encik nak apa? Saya nak rehatlah..." balas So Min.

"Bukalah pintu ni. Okay.. I'm sorry, okay?"

So Min membuka pintu biliknya kepada Jimin.

"Wae?" soal So Min sebaik sahaja membuka pintu.

"Ne?" soal Jimin semula pelik.

"Kenapa Encik nak minta maaf pula? Encik tak buat salah apa pun." kata So Min yang kini duduk ditepi katilnya.

Jimin masuk ke bilik So Min dan duduk di meja belajar So Min.

"Aku yang salah. Aku tak sepatutnya libatkan Jungkook dalam hal ni." kata Jimin.

"Kenapa pula? Memang sepatutnya Jungkook tahu yang saya dalam bahaya dan sepatutnya dia berbincang dengan Encik untuk cari jalan penyelesaian sebagai seorang kawan. Tapi apa dia buat? Dia salahkan Encik atas apa yang terjadi dekat saya."

"Aku tahu tapi apa yang Jungkook cakap tu ada betulnya."

"Apa yang betul? Huh? Apa yang betulnya dia cakap?" soal So Min yang mula berdiri.

"Mungkin betul apa yang Jungkook kata pasal musuh tu. Kalau dia kata masa awal-awal kau kawan dengan dia tak ada apa-apa jadi, jadi maksudnya itu adalah musuh aku. Sebab sejak kau datang rumah aku, macam-macam benda jadi. Mula-mula kau kena toreh tangan, lepastu kau kata ada beberapa kali kau nampak orang macam mengintai rumah masa aku tak ada, lepastu semalam kau diekori." kata Jimin panjang lebar.

"Tapi itu tak memberikan dia hak untuk salahkan Encik sepenuhnya. Dia siapa nak salahkan Encik sedangkan Encik yang tolong saya. Encik yang bagi tempat untuk saya tinggal. Encik tanggung makan, minum and sekolah saya. Dia? Dia tahu nak salahkan orang je." balas So Min pula.

"Okay, okay. Macam ni.. aku rasa aku boleh betul semua ni balik." kata Jimin untuk menenangkan keadaan.

So Min hanya menunjukkan riak muka 'macam mana?' kepada Jimin.

The Real Honey || PJMWhere stories live. Discover now