Chapter 10

4 2 0
                                    

"So Min-ahh.." tiada sahutan.

"Bae So Min.." masih lagi senyap.

"Aish, mana budak ni." Jimin melangkahkan kaki ke bilik So Min.

Tuk! Tuk!

"So Min-ahh.. dah tidur ke?"

Tuk! Tuk!

Jimin mengetuk lagi pintu bilik So Min.

"Aku masuk ni?" soal Jimin lalu membuka pintu bilik So Min.

Tiada orang.

"Ehh, tak ada?" soal Jimin sendiri. Telefon bimbit sudah dikeluarkan dari kocek seluarnya.

"Encik cari saya ke?"

"Omo! Terkejut aku!" hampir sahaja Jimin mencampakkan telefon yang dipegangnya tadi.

"Erk- mianheyo." So Min meminta maaf.

"Kau dari mana ni? Dari tadi aku panggil tak menjawab."

"Saya dari.." So Min menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Yah! Kau pergi convenience store, ehh?" soal Jimin.

"Hehe.." sengih So Min.

Jimin memandang So Min atas-bawah.

"Kau ni tak padan dengan sakit, kan? Pakai pun hoodie dengan short pants je. Sejuk tahu tak kat luar tu." bebel Jimin.

"Saya lapar jadi saya keluarlah kejap beli makanan." kata So Min sambil menunjukkan beg plastik ditangan.

"Apa yang kau beli? Meh aku tengok." kata Jimin lalu mengambil beg plastik itu.

Jimin membelek isi di dalamnya.

"Ramen? Gimbap? Banana Uyu (susu) ? Heih.. jom turun bawah." kata Jimin lalu menarik tangan So Min.

"Ehh-"

Jimin membiarkan So Min duduk di meja sementara dirinya di dapur.

"Encik buat apa tu? Bagilah balik makanan saya.. saya lapar ni.." kata So Min sambil menguis-nguis jarinya di meja.

"Duduklah situ diam-diam." balas Jimin dari dapur.

"Laparnya.."

"Food is ready!"

"Wahhh! Nampak sedap!" membulat mata So Min.

"Ha, rasalah." pelawa Jimin.

"Wahh! Jinjja masissoyeo!" kata So Min teruja.

"Haha.. palli mogoe."

So Min menyuap Rabokki (Ramen + Tobokki) yang di masak Jimin berkali-kali.

"Wahh.. sedapnya.."

Jimin hanya memerhatikan So Min makan.

"Encik taknak makan ke?" soal So Min.

"Tak nak. Kau makan lah."

"Serius tak nak? Sedap ni~" usik So Min.

"Ya, tak nak."

"Tak nak, sudah. Encik yang rugi." kata So Min dan menyuap makanan itu ke dalam mulutnya.

Ting! Ting!

Telefon So Min berbunyi. So Min membuka pesanan yang masuk lalu memandang ke arah Jimin.

"Wae?" soal Jimin apabila So Min tiba-tiba pandang dirinya.

The Real Honey || PJMWhere stories live. Discover now