"Uit, So Min. Fikir apa tu?"
"H-Huh? Oppa cakap tadi?"
"Kita dah sampai. Fikir siapa tu~? Namchin ekk?" soal Taehyung saja mengusik.
"Ish.. m-mana ada. So Min tak ada namchin lah." So Min memperbetulkan kedudukannya.
"Yelah tu~"
"Ehh.. dah sampai ekk? W-wow! Besarnya syarikat ni!" saja So Min menukar topik.
"Tukar topik pula dia."
Belum sempat Taehyung menyuruhnya keluar, So Min dah pun jalan laju meninggalkan dirinya.
"Hei, So Min. Tunggu lah. Hahaha." Taehyung mengejar So Min.
"Mana kafe tu? So Min dah lapar ni."
"Ya, ya. Sabar. Kita naik office sekejap. Nak ambil phone, tertinggal kat atas."
"Ouh, okay."
Taehyung melangkah tenang memasuki lobi syarikat diikuti So Min dari belakang. Mereka memasuki lif untuk ke ruang pejabat Taehyung.
"Ehh, Encik Kim~ Dari mana ni? Tadi saya nampak macam Encik Kim dah keluar. Kenapa datang balik?" soal seorang pekerja wanita berpakaian blaus singkat.
"Waktu bekerja saya belum habis lagi, Cik Lee. Lagipun suka hati saya lah nak keluar masuk bila-bila pun. Saya diberi kebenaran." jawab Taehyung dengan nada mendatar. Sekali dengar, dingin betul!
"Alaa~ Encik Kim ni~ Saya tanya je. Manalah tahu kot-kot Encik Kim rindu saya ke~? Kita kan... sama floor."
Help- rasa macam tak selamat and nak termuntah pula dalam lif ni. Apa lama sangat lif bergerak ni?
"Cik Lee, be professional. We are in the office, tempat cari rezeki dan bukan tepi jalan. Please, respect me as your senior." balas Taehyung dingin.
Wow- garang abang kita ni~
Tepat habis bebelan yang diberikan Taehyung tadi, lif pun terbuka. Taehyung laju melangkah tanpa menghiraukan hentakan protes yang dibuat pekerja tadi. So Min pun laju melangkah mengikuti Taehyung.
"Weyh, Kim Taehyung!"
Taehyung dan So Min memandang ke arah suara serentak. Seorang lelaki bersuit hitam, tinggi dan berambut warna perang di pandang So Min lama.
"Kau pergi mana? Aku call kau dari tadi tak dapat-dapat."
"Ni.. aku pergi ambil dia ni. Jimin suruh."
"Siapa ni?" soalnya.
"Annyeonghaseyo, Bae So Min imnida. Saya pekerja Encik Jimin juga, tapi dari rumahlah."
"Ni maid Jimin. Aku baru ambil dia dari sekolah." jelas Taehyung yang ralit dengan telefonnya.
Lain macam Taehyung ni. Dekat luar bukan main lagi lembut, sampai je dekat office... terus bertukar jadi ghimau. Aumm.
"O-ouh~ Jisung, Han Jisung."
"Dah habis? Jom, So Min." arah Taehyung lalu beredar.
"Ehh- aaa.. s-saya pergi dulu ya. Bye!"
Laju Taehyung berjalan sampaikan sesak juga nafas So Min mengejarnya tadi.
"O-oppa... k-kenapa jalan... laju sangat...? Heh.. heh.. penat... So Min kejar..." sepatah demi sepatah kata-kata yang dikeluarkan So Min.
Taehyung diam tidak menjawab kerana ada beberapa orang pekerja lain di belakang mereka. Sesampainya di kafe yang disebut-sebutkan tadi di mana kafe itu hanya tertera nama Jimin dan Taehyung sahaja yang boleh keruangan itu.
YOU ARE READING
The Real Honey || PJM
FanfictionWARNING‼️ - Banyak kata-kata kesat yang tidak ditapis - Banyak bahagian yang akan membuatkan anda 'BUTTERFLY' - Kalau rasa tak boleh baca benda 'cringe', this is not for you (aku sendiri pun cringe) _____ "Kau tak nampak ke kereta aku keluar ni? Bu...