"Kau okay tak?"
So Min yang masih lagi merasa panik hanya memandang kearah tangan Jimin.
"Yah, Bae So Min. Waegurae?" soal Jimin mulai risau dengan So Min.
Dipegangnya bahu So Min yang kelihatan ketakutan itu. Jimin cuba membuat So Min berdiri. So Min bangun perlahan-lahan dengan pemikiran yang masih lagi kacau. Jimin membawa So Min ke dalam rumah dan membiarkan So Min duduk di sofa. Jimin beralih ke dapur dan memberikan air kepada So Min. So Min meneguk air dan meletakannya di atas meja.
"Kenapa aku call, kau tak angkat?" soal Jimin.
"S-Saya tertinggal kat- bilik tadi."
"Kau kenapa ni? Takut semacam je. Takkan lepas langgar aku tadi kau jadi takut?" soal Jimin pelik.
"S-Saya rasa.. a-ada orang.. ikut saya." kata So Min gugup.
"Kau ada nampak ke muka dia?"
So Min hanya menggelengkan kepalanya.
"Betul ke kau rasa ada orang ikut kau tadi? Atau mungkin perasaan kau je kot?"
So Min menggeleng kepala laju dan memandang kearah Jimin.
"S-Saya tak tipu. Saya memang rasa.. ada orang ikut saya." kata So Min untuk meyakinkan Jimin.
"Aku tak faham. Kenapa ada orang nak ikut kau?" soal Jimin sendiri.
"Kau ada musuh ke?" soal Jimin pada So Min.
So Min memikir sejenak. Seseorang muncul difikiranya.
"Takkanlah... Jinie?"
"Nugu?"
"Kim Jinie. Classmate saya."
"Kau sure ke dia orangnya?" soal Jimin.
So Min diam. Dia keliru, sama ada benar atau tidak semua ini angkara Jinie. Kerana setahu dirinya, Jinie tidak akan membuat perkara yang sebegini walaupun dia kaya. Tidak pernah sekalipun Jinie memberikan ancaman kepada sesiapa yang dia benci, bahkan sepanjang rasa bencinya kepada So Min, tidak pernah sekalipun So Min disakiti. Kalau benar ianya angkara Jinie, kenapa baru sekarang? Kenapa tidak dari dulu lagi?
"Hello? Aku tanya ni, kau sure ke tu kerja kawan kau?" soal Jimin sekali lagi.
"S-Saya tak tahu. Takpalah. Saya rasa saya masuk bilik dulu kot." kata So Min lalu berjalan menaiki tangga.
"Ehh, ni makanan kau ni." kata Jimin sambil menunjukkan kantung plastik makanan kepada So Min.
So Min hanya mengabaikannya dan terus menutup pintu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
."Asal tiba-tiba kau ajak aku breakfast ni? Selalunya taknak sebab So Min dah masak kat rumah." kata Taehyung sambil menyuapkan roti coklat.
"Dia tak masak pagi ni." kata Jimin sambil menghirup kopi.
"Aik, So Min sakit ke?"
"Entahlah."
Taehyung mula berkerut dahi.
"Korang gaduh ke? Dah macam suami isteri pula gaduh-gaduh ni." usik Taehyung.
"Anii.. semalam ada something jadi kat dia."
"Apa yang jadi?"
"So Min rasa macam ada orang ikut dia semalam masa dia beli makanan."
"Ehh, kau biar betul? Dia ada apa-apakan So Min ke?" soal Taehyung risau.
"Tak ada. Tapi tu lah, dia macam ketakutan sikit."
YOU ARE READING
The Real Honey || PJM
FanfictionWARNING‼️ - Banyak kata-kata kesat yang tidak ditapis - Banyak bahagian yang akan membuatkan anda 'BUTTERFLY' - Kalau rasa tak boleh baca benda 'cringe', this is not for you (aku sendiri pun cringe) _____ "Kau tak nampak ke kereta aku keluar ni? Bu...