Chapter 6

9 1 0
                                    

So Min terjaga dari lenanya. Mana taknya, dah kalau Jimin tak bagi So Min bergerak. Haa, ditumpang sekali lah tidurnya pun.

"Ermmhh... dah pukul berapa ni...?" So Min melihat jam di pejabat Jimin. Dah pukul 8.15.

So Min menepuk tangan Jimin perlahan.

"Encik... Encik.. bangun."

"Ermmhhh... dah pukul berapa ni?" Jimin mengangkat kepalanya dan menggeliat.

"8.15."

"H-Huh!? 8.15? Aku kena balik rumah grandma aku! Kau pergi cari Taehyung, cakap aku suruh hantar kau balik. Aku nak cepat ni." Jimin pantas mengambil barang-barangnya dan berjalan terus meninggalkan So Min di bilik itu.

"Aaaa... aku nak buat apa ni?"

Tepat Jimin keluar, Taehyung masuk ke bilik Jimin.

"Jimin kenapa tu?"

"Dia cakap nak cepat."

"Pergi mana?"

"Rumah grandma...?"

"Ouh.."

"Oppa.. Encik Jimin suruh hantar saya balik." sengih So Min.

"Ouh, kajja."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Jimin, kamu kat mana? Tak sampai-sampai lagi?"

"Jimin dalam kereta dengan Yera ni, grandma. Kejap lagi Jimin sampai."

"Yelah, cepat sikit."

"Ne. Yera, laju sikit. Grandma dah tunggu tu."

Cheon Yera, satu-satunya kakak Jimin. Ya, kakak. Kakak angkat yang di ambil oleh ibu bapa mereka sebelum mereka mendapat Jimin. Mereka mengambil Cheon Yera dari seorang kerani wanita di syarikat bapanya yang mati dibunuh.

"Ehh, aku dah bawa cukup laju la ni. Kau tu, kenapa call aku lambat sangat?"

"Aku tertidurlah dekat office tadi."

"Kau? Tidur kat office? Hahahaha. Kau biar betik, Chim..."

"Yelah. Aku penat sangat."

"Ini kali pertama dalam seumur hidup aku sejak kau buka syarikat sendiri, aku dengar adik aku kata dia tidur dekat office."

"Ehh, Cik Kak. Cepatlah bawa kereta tu. Nanti grandma marah lah, sengal."

"Apa? Sengal? Cakap sekali lagi? Aku tumbuk muka kau nanti kang." kata Yera sambil menunjukkan penumbuk kecilnya.

"Yelah... mianhe my beloved noona~"

"Pandai membodek."

"Bila masa aku bodek? Perasan."

"Kau-"

"Bawa lah kereta tu diam-diam...!"

Kereta itu meluncur laju sehingga tiba di perkarangan rumah agam yang dipenuhi dengan beberapa orang pengawal di setiap sudut rumah itu. Bukan hanya Jimin, malah neneknya juga seorang ahli perniagaan yang terkenal di serata pelusuk negara.

Pin! Pin!

Hon dibunyikan Yera. Dua orang bodyguard datang dan membuka pintu kereta untuk mereka berdua.

"Ouhhh, my grandson! I miss you so much." ujar neneknya sambil memeluk Jimin.

Rindu, rindu yang teramat kepada satu-satunya cucu yang mempunyai pertalian darah dengannya. Sudah hampir 2 tahun Jimin tidak pulang ke rumah itu kerana sibuk dengan syarikatnya yang penuh dengan projek besar.

The Real Honey || PJMWhere stories live. Discover now